Bab 4 - Tujuan

Romance Completed 59171

"ABANG... abang okay? abang masih teringatkan kejadian tadi?" soal Dahlia

Dahlia memandang redup ke arah tunang kesayangannya yang sedang memandu stereng kereta milik lelaki itu. Baju yang basah tadi pun telah ditukar sebelum mereka bertolak tadi. Dia melepaskan sedikit keluhan perlahan dari bibir mungilnya itu.

Dahlia sudah sedia maklum bahawa tunangnya ini mempunya sikap sedikit panas baran dan terlalu terbawa- bawa akan emosi.

Kelihatan si tunang dengan wajah yang serius memandang ke hadapan tanda dia sedang fokus memandu. Mulutnya juga masih terkunci diam seribu bahasa tidak menjawab pertanyaan kesayangan hati.

"Abang sayang, jangan lah macam ni.. tadi tu kan perkara kecil je.. tak mau la muka masam-masam macam ni.. tak handsome dah bakal suami saya buat muka macam tu.. " Dahlia cuba memujuk insan yang dicintai nya

Ridzwan Haqiem sembunyi senyum. Sebenarnya dari tadi lagi moodnya sudah kembali seperti sedia kala. Cuma dia sengaja ingin dipujuk oleh kesayangannya itu.

" Tak boleh merajuk lama lah ... kalau ada bidadari jelita yang pujuk dengan suara meleret macam ni.. cairlah abang" sambil ketawa menampakkan lesung pipit di belah kiri pipinya

" Macam ni la cinta hati sayang.. eii comel je dia senyum nampak lekuk kat pipi tu.. "

" Ada - adalah sayang ni.. abang tengah bawa kereta ni.. kang ada juga yang berhenti tepi ni.." usik Ridz.

" eishh jangan lah bang... kita dah lambat nak pergi fitting baju ni.." dalih Dahlia mengingatkan Ridz kepada tujuan sebenar mereka untuk ke butik pengantin.

*******

" Imani! kau dah ada baju ke nak pergi dinner malam minggu ni nanti?" soal Ilyia

" Baju? Baju untuk dinner apa ni?

Otaknya mula befikir ligat memikirkan pertanyaan Ilyia itu tadi

" Haaa ni yang malas ni.. dah mula la tu penyakit nyanyuk diaa.. kan kau dah janji dengan aku nak pergi jemputan dinner syarikat Gemilang tu hujung minggu ni? kau lupa eh? " suara Ilyia sudah naik seoktaf bertanya kepada sahabat di depannya ini.

" Ya Allah! sorry Ilyia.. aku betul-betul terlupa pasal dinner tu.. emm pasal baju tu pun aku tak fikir lagi nak pakai baju apa.. " Imani cuba memeprtahankan dirinya.

Sebenarnya dia memang betul- betul terlupa. Ini kerana dia sibuk untuk menguruskan projek rumah Puan Sri Auliya yang baru diterimanya dua hari lalu itu.

" Okay kalau macam tu habis je waktu kerja ni jom kita pergi cari baju.. aku pun takde baju yang sesuai lagi.. maklumlah semua baju yang aku ada tu dah recycle banyak kali kat event sebelum ni"

Ilyia memang seorang yang sangat mementingkan penampilan diri. Dia sangat teliti apabila melibatkan fesyen terkini. Walaupun dia bukan lah seorang yang suka bereksperimentasi dengan fesyen tapi dia tetap tidak ketinggalan dengan fesyen terbaru zaman kini.

" Iya lah.. nanti habis waktu kerja kita pergi ke mall sekali.. aku ikut je kau" balas Imani dengan nada bersahaja.

Kalau ikutkan dia malas saja untuk menghadiri majlis tersebut tapi mengenangkan dia telah berjanji dengan Ilyia mana mungkin dia boleh ingkari. Mahu merajuk temannya itu nanti. Sudah lah susah nak memujuknya.

" Tapi kan, aku terfikirlah.. kenapa kau beria-ria sangat nak ajak aku pergi dinner tu? ya lah, aku bukan apa, sebelum ni kau okay je kalau aku tak pergi.. kau kan tau aku ni jenis tak suka pergi majlis orang ramai macam tu.. lagi-lagi orang kenamaan semuanya.." tanya Imani panjang lebar dengan bersungguh-sungguh.

" Ouhh itu ke.. sebenarnya, aku nak tengok anak Tan Sri Hisham yang baru balik dari luar negara tu.. Aku dengar ramai orang cakap anak dia tu handsome sangat.. dengan tingginya, kulit sederhana putih, ada lesung pipit dan yang penting berilmu.. lagipun majlis tu nanti kan untuk melantik dia sebagai pengganti Tan Sri untuk jawatan CEO syarikat Gemilang tu.. so, aku ajaklah kau.. mana tau kau pun tersangkut sekali tengok dia.."

"Laa, sebab tu je ke.. ish baiklah kau ajak orang lain.. buang masa aku je lah.. kau tau kan, aku tak ready lagi nak ada someone again dalam hidup aku.. lagipun, dia tu siapa.. kita ni siapa.."

Imani merasakan apa yang dikatakan oleh Ilyia itu merepek. Ialah, lihat sahaja dirinya yang biasa- biasa ini nak dibandingkan dengan si dia yang bakal CEO. Bagai enggang dengan pipit katakan.

" Hmm ye lah, aku faham kau tak ready lagi. takpelah.. yang penting kau ikut aku eh? boleh kita cuci -cuci mata nanti dekat majlis tu..heheheh" ujar Ilyia

Ilyia faham akan keadaan Imani yang sedikit sensitif dengan isu percintaan. Ini kerana kisah cinta silamnya yang pahit dan tidak berpihak kepada dirinya untuk terus bertahan itu sangat melukakan dirinya.

*******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience