Bab 11 - Bawa Kereta

Romance Completed 59171

IMANI memandang sekliling. Matanya melilau ke kanan dan kiri mencari gerangan satu-satunya adik yang dia miliki.

Kelihatan dari jauh, seorang perempuan tinggi kurus yang memakai cermin mata melambai-lambai kearahnya dari arah tempat duduk orang menunggu.

Tidak salah lagi, yang melambai itu adalah adiknya Izzie. Izzie sedang berlari- lari anak ke arahnya sambil mulutnya tidak lekang dari senyuman.

Sungguh Imani rindukan adiknya itu. Sudah hampir setahun Izzie tidak pulang ke rumah. Oleh kerana Izzie mendapat biasiswa, dia hanya dibenarkan pulang sekali setahun untuk cuti semester selama 3 bulan. Waktu itu la dia mangambil kesempatan untuk meluangkan masa dengan keluarga kecilnya ini.

" Adikkkk! Rindunyaa akak dekat adikk.. Ya Allah rasa dia lain macam sangat kali ni.. Rasa macam tak nak lepas peluk adik.. Yang lain dah balik ke? " Imani berkata sambil tangannya masih memeluk tubuh tinggi ramping itu.

" Ha ah dah, awal- awal lagi dorang semua dah balik.. Hmm Adik pun rindukan akak dengan ibu.. Rindu dengan masakan ibu.. especially asam pedas ibu.. Sedapnya! Tak sabar nak surprise kan ibu, akak tak bagitahu ibu lagi kan pasal adik dah balik ni?" soal Izzie

" Belum dik, akak pun niat nak kejutkan ibu, mesti ibu happy sangat bila tengok adik. Masa keluar tadi pun, akak cakap nak pergi beli barang kejap" ujar Imani

" Hah, sebelum tu akak nak tanya ni, bukan ke sepatutnya tahun depan Izzie balik? tahun akhir kan?" soal Imani kehairanan

" Ouhh sebenarnya memang betul pun tahun depan, tapi adik dapat kebenaran balik awal sebab adik boleh buat klinikal dekat Malaysia, sebab tu la adik balik awal ni"

" Macam tu ke, so kiranya adik akan buat klinikal dekat hospital Malaysia la ni? wah bangganya akak dengan adik!"

"Ha ahh.. insyaAllah, nampaknya begitulah kak!"

Mereka berdua berlalu dari situ menuju ke tempat kereta Imani di parking.

" Akak, adik nak request something boleh? adik rindu la nak bawak kereta.. boleh tak kali ni adik bawak? lagipun akak kan tak cukup tidur semalam.. takut nanti terlelap pulak.. boleh eh? Izzie cuba memujuk kakaknya itu.

Tidak tahu kenapa tiba- tiba dia teringin sangat membawa kereta kali ini. Mungkin kerana semasa di sana dia tidak pernah bawa kereta kerana urusan untuk memperoleh lesen di sana agak leceh.

" Hmm ye laa.. tapi bawa hati- hati tau? jangan naik laju laju.. awak tu tak biasa lagi bawa kereta kat sini.." ujar Imani

Izzie sungguh gembira kerana kakaknya itu memberi kebenaran kepadanya untuk memandu kereta. Lalu mereka bertolak balik untuk memberi kejutan kepada ibu mereka.

*******

Ridzwan dan Dahlia sedang dalam perjalanan menuju ke tempat makan.

Entah mengapa pagi ini, Dahlia menelefon Ridzwan untuk bersarapan di luar. Sedangkan selama ini, susah betul dia hendak keluar di waktu pagi kerana dia lebih suka memasak sendiri untuk sarapan.

Dahlia tersenyum manja di samping tunangnya yang memandu kereta sekarang ini. Terasa dirinya tidak percaya bahawa cinta yang didambakan selama ini akan menjadi miliknya dan lelaki di sebelahnya ini akan menjadi hak dirinya buat selama- lamanya selepas ini.

Entah mengapa, terasa sebak didada bila Dahlia memikirkan akan hal itu. Dia tersenyum nipis sambil memandang ke arah Ridzwan yang sedang fokus memandu.

" Eish tunang abang yang cantik ni dah kenapa pandang abang senyum- senyum pulak tu? Tau la abang ni handsome kan. Takpe sayang lepas nikah nanti, abang milik sayang sepenuhnya. Buat la apa pun abang tak kisah. sayang nak tenung abang sampai tembus pun abang tak kisah. emm nak lebih dari tu lagi lah boleh! hahahaha " meletus ketawa dari bibir merah semula jadi Ridzwan mengusik Dahlia

Dahlia di sampingnya itu tertunduk malu. Mukanya sudah kemerah-merahan menahan malu.

" Abang ni, main-main eh dia, Dahlia bukan apa, Dahlia rasa macam tak percaya yang kita akan berkahwin selepas ni. Ye laa, kita kan dah bercinta 5 tahun lamanya.. Rasa sebak pun ada.. harap harap semua urusan persiapan pernikahan kita berjalan lancar lah selepas ini.. Satu lagi, Dahlia nak abang tau, hanya abang yang Dahlia cinta dan sayang sampai hujung nyawa Dahlia, hanya abang seorang di hati Dahlia.." luah Dahlia bersungguh-sungguh

" Sayang.. Abang tahu semua tu.. abang pun rasa macam tak percaya.. masa berlalu terlalu cepat.. hanya 3 minggu lagi kita akan menjadi suami isteri, Abang pun sayangkan Dahlia sangat-sangat.. sampai bila-bila pun.." ujar Ridz. Dia merasakan tidak sedap hati ketika ini, apabila mendengarkan ayat terakhir Dahlia itu tadi.. walhal itu ayat biasa yang didengarinya. Namun, Ridz hanya mengabaikan rasa itu. Dia memandang Dahlia disisinya itu, namun....

Satu bunyian yang kuat terdengar.

" Abang!! "

*******
p/s : kalau suka cerita ni, silalah komen, rate dan follow Nur! thank youuuu for your support ;)

Share this novel

Ella Halim
2021-01-27 08:26:21 

mesti berlaku kemalangan


NovelPlus Premium

The best ads free experience