Bab 26 - Cantik

Romance Completed 59171

USAI sahaja memasak, Puan Sri Harlina dan Mak Wan meminta diri naik ke bilik untuk membersihkan diri dan terus menunaikan solat maghrib serta isyak. Untung saja Imani datang bulan petang tadi. Tak usah la dia kalut untuk naik ke bilik dan bersemuka dengan Ridz lagi. Imani mengambil kesempatan ini untuk menyediakan dan menghidangkan makan malam yang telah disiap masak tadi.

Jam menujukkan hampir lapan malam, Imani mula bergegas naik ke bilik Ridz untuk membersihkan kan dirinya. Sajian makan malam juga sudah siap dihidangkan dan ditutup dengan saji sementara menunggu semua orang selesai solat Isyak.

Mujur saja ketika dia naik ke bilik, Ridz sudah tidak ada. Ini kerana, semua orang di dalam villa tersebut sedang solat berjemaah di ruangan solat yang telah dikhaskan. Imani berasa lega, sekurang-kurangnya dia bebas untuk membuka tudung dan menukar pakaian.

Sebelum masuk ke bilik air, semua kelengkapan dari hujung rambut sehingga hujung kaki sudah Imani bawa ke dalam tandas. Bimbang jika bila dia keluar nanti terpancul muka Ridzwan di dalam bilik tersebut. Jadi sebelum itu, dia sudah sedia dengan pakaian dan tudung dibawa sekali ke dalam tandas.

Imani hanya mengenakan seluar track dan baju t-shirt lengan panjang serta tudung sarung mengenangkan dia akan turun kebawah untuk makan malam bersama. Ternyata Ridz sudah berada di bawah semasa dia keluar dari tandas. Mungkin terlalu lama dia mandi sebab itu la Ridz turun dahulu. Biasa la orang perempuan bila datang bulan pasti lama untuk membersihkan diri supaya diri mereka berasa betul-betul bersih dan segar. Lagipula, dia juga tak ingin turun sekali dengan Ridz.

Di meja makan kelihatan semua orang sudah bersedia di tempat duduk masing-masing. Saat Imani menghampiri, semua mata memandang pelik ke arahnya. Kecuali Ridz. Dia hanya pandang sekilas dan terus fokus memandang lauk-pauk di atas meja tersebut.

" Eer kenapa semua pandang Imani macam tu? Imani pakai baju terbalik ke?" soal Imani lalu melihat di tubuhnya bimbang sekiranya dia benar -benar memakai baju terbalik.

"Bukan macam tu Imani.. tu.. kenapa kamu pakai tudung lagi kat dalam villa ni.. kan dah siap mandi tukar baju dah. Kalau tadi takpe la kamu bagitahu sebab malas nak buka tudung lagi ketika sampai ke sini. Bukan sesiapa kat sini kan. semuanya dah jadi halal"soal Puan Sri Auliya bila melihat Imani mengenakan tudung lagi walaupun di hadapan suami dan bapa mertuanya.

" Ouhh.. tudung ni.. takpelah mama.. Imani tak biasa lagi buka tudung depan lelaki.. kat rumah dulu pun semua perempuan kan.. lagipun kita semua kan masih baru lagi.. Imani perlu masa sikit untuk biasakan.. hehehe" ujar Imani memberi alasan agak segan setelah mengetahui bahawa tudung nya menjadi isu di situ. Tapi Imani tidak bohong, memang benar dia tidak biasa. Dia mula mengambil tempat duduk di sebelah Ridz. Ridz memandang nya kejap. Imani tidak menghiraukan pandangan Ridz. Takut pula bila Ridz memandangnya tajam sebegitu rupa.

" Ouhh tapi jangan kata depan Ridz pun kamu tak buka tudung Imani?" soal Puan Sri Auliya lagi mengejutkan kedua-dua pasangan tersebut.

Ridz dan Imani tergamam seketika bila Puan Sri Auliya menebak soalan sebegitu.

"Iyaa.. dah la tuh. kita kan depan rezeki ni.. tak baik biarkan rezeki lama-lama terbiar macam ni.. Jom makan dulu.. nak sembang sambung lepas ni.." tegur Tan Sri Hisham menyelamatkan keadaan.

********

Usai makan semua beransur ke bilik masing-masing untuk berehat pula. Ridz dan Imani juga menuju ke bilik mereka. Setelah memasuki ruangan bilik tersebut, Imani mangambil langkah mendekati sofa yang terletak dihadapan katil tersebut. Ridz hanya memerhati tingkah laku Imani dari belakang.

" Imani.. Jangan lah tidur atas sofa tu, kau tidur lah dekat atas katil.. biar aku tidur kat atas sofa, aku kan lelaki.. Lagipun mama bagitahu tadi kau datang bulan kan? Nanti bertambah sakit belakang kau lagi. " Ujar Ridz jujur. Dia bukanlah kejam sangat tetapi egonya selama ini yang menguasai dirinya. Kali ini dia benar-benar bertekad untuk cuba menerima Imani secara perlahan-lahan selepas dinasihati oleh papanya petang tadi.

" Sejak bila pula awak ambil berat pasal saya? takpe Ridz saya okay je tidur kat sini. Awak tak payah la risau kan saya.. saya tak nak menyusahkan awak lagi" ujar Dahlia lembut tapi masih ada perlian di hujungnya. Dia mula baring diatas sofa itu membelakangkan Ridz. Tudungnya juga masih lagi tidak dibuka.

Sebenarnya memang dia rasa sakit belakang tambahan lagi disebabkan datang bulan ini makin membuatkan dirinya kurang selesa tidur di tempat sebegini. Tapi untuk tidur dia atas katil milik Ridz tidak akan dia lakukan walau seperit mana pun dia rasa. Dia juga ada egonya tersendiri.

Hari ini saja sudah berapa kali Imani menyebut ayat menyusahkan itu. Nampak gayanya Imani memang benar-benar terkesan dengan kata-katanya pagi tadi. Dia harus berusaha memohon maaf kepada Imani. Sungguh dia tidak suka melihat kedinginan Imani dengan nya sekarang. Ridz mengeluh perlahan. Dia keluar dari bilik untuk mengambil angin.

Entah bagaimana semasa diruang tamu menonton televisyen, Ridz tertidur di atas kerusi tersebut. Dia mula bangun dan melihat jam di ruangan itu. Jam menunjukkan pukul satu suku pagi ketika ini. Dia mula bangun dan menutup semua suis televisyen serta naik ke atas biliknya semula.

Semasa dia membuka pintu, Ridz melihat Imani tidur dalam keadaan meringkuk dan membelakanginya. Mungkin dia kesejukan dengan keadaan pendingin hawa bilik itu tanpa selimut pula. Ridz tidak sampai hati melihat keadaan itu. Dia mula menghampiri dan duduk disebelah sofa yang Imani tidur.

' Haih Imani, boleh tahan degil jugak kau ni ya, sampai sanggup menyeksa diri sebegini' getus Ridz di dalam hati.Dia memandang Imani yang sedang ketiduran itu dengan tudung yang masih belum dibuka.

' Maaf sebab aku buka tudung kau tanpa keizinan kau '. Ridz yang melihatnya juga rimas apatah lagi si pemakainya. Perlahan-lahan Ridz menarik tudung sarung itu dari kepala Imani supaya tidak mengejutkannya. Ikatan rambutnya juga dirungkaikan perlahan-lahan. Imani mempunyai rambut yang panjang dan lebat iaitu hampir separas pinggang. Rambut nya juga lurus beralun.

"SubhanAllah.. Cantik sekali kau Imani tanpa memakai tudung di atas kepala" Ridz seakan-akan tergamam melihat keindahan ciptaan tuhan dihadapannya kini. Jantungnya juga berdegup kencang saat ini apabila tubuh Imani dekat dengannya begini. Halkumnya bergerak-bergerak saat ini menahan gelora didada, mujur saja dirinyaa masih waras lagi memikirkan keadaan dia dan Imani ketika ini.

Kelihatan Imani sedikit bergerak apabila Ridz mula mahu mengangkatnya. Tetapi hanya sebentar dia kembali lena. Niat Ridz hanya ingin mengangkat Imani ke tempat pembaringan di atas katil miliknya itu. Ridz mula mencempung Imani perlahan bimbang jika dia tersedar.

'Laahh, ringan je berat dia ni' sempat lagi Ridz menilai

Setelah Imani selamat dipembaringan, Ridz menarik selimut menutupi badan Imani sehingga paras bahunya. Wajah Imani ditatap. Rambut Imani juga dielus lembut dari permukaan wajahnya yang terlindung.

" Maaf kerana selama ini aku selalu menyakiti kau Imani.. terutama sekali tentang kejadian pagi tadi.. Aku tahu kau begitu terluka.. Aku akan cuba belajar mencintai kau sebagai isteri aku yang sah seadanya Imani.. Semoga kau juga boleh memaafkan kesilapan aku selama ini.."

"Jangan pernah penat untuk bertahan dengan aku, please.. Aku percaya kau mampu bukakan hati aku sekali lagi untuk bercinta" ujar Ridz perlahan dengan nada yang agak sebak.

Ridz menenangkan dirinya yang hampir menangis. Dia tidak mahu Imani tersedar disebabkan perbuatannya itu. Setelah reda, Ridz berginjak perlahan ke atas sofa yang Imani tidur sebentar tadi. Perlahan-lahan matanya memberat lalu dia juga turut terlena.

********

Lena Imani terganggu apabila dia terasa sedikit sejuk hingga ketulang badannya. Dia kurang biasa tidur di dalam keadaan berpendingin hawa kerana kebiasaannya hanya kipas yang menjadi penyejuk untuk dirinya ketika tidur.

Imani mula membuka mata dan memandang sekeliling yang kelihatan lain dari bilik biasanya di kondo mereka. Dia cuba memutarkan kembali apa yang terjadi kelmarin. Baru dia teringat bahawa sekarang ini dia berada di rumah mentuanya. Serasa dirinya begitu penat semalam hingga dia tidur begitu lena. Seolah-olah jika perang dunia berlaku pun dia masih lena. Begitu la Imani bila mana dirinya begitu penat pasti tidurnya akan begitu lena dan tidak sedar dengan keadaan sekeliling.

Imani pantas menegakkan badannya apabila dia teringatkan sesuatu. Ya, semalam dia tidur di atas sofa bilik Ridz ni, tetapi kenapa sekarang dia lena di atas katil pula siap berselimut bagai? Imani mula panik, dia melihat pakaiannya di sebalik selimut.

'Nasib baik cukup lengkap lagi.. kejap! tudung? Macam mana aku boleh bukak tudung pulak ni?' gumam Imani apabila dia menyentuh kepalanya itu.

Jangan bagitahu yang Ridz angkat aku dan bukakan tudung aku ni semalam? Tapi tak mungkin lah. Aku sendiri yang berjalan tanpa sedar barangkali. Mata Imani meliar disekeliling bilik itu. Matanya berhenti setelah menangkap figura yang dicarinya sekarang ini kelihatan sedang lena diatas sofa itu.

' Aik macam mana dia boleh tidur kat situ pula?' Imani kehairanan. Tapi dia mengabaikan saja tanpa berfikir panjang

Dia mula bangun dari tempat pembaringan nya itu untuk ke tandas dan membersihkan diri. Serasa dirinya juga sudah tidak selesa dengan period yang datang. Maklumlah hari pertama.

Imani mengambil segala kelengkapan nya seperti biasa sebelum memasuki ke tandas. Jam sekarang masih lagi menunjukkan pukul 5.45 pagi. Masih awal untuk dia kejutkan Ridz bangun. Niat dihati selepas mandi saja dia kejutkan lelaki itu.

Setelah hampir tiga puluh minit Imani di dalam tandas. Tidur Ridz seakan-akan terganggu oleh bunyi percikan air dari tandas. Ridz mula membuka mata. Lalu dia memandang kearah katil. Kelihatan figura Imani diatas katil itu kosong. Dia ingin menegakkan badannya, tetapi...

"Aaarghhh! Aduh sakitnya belakang aku.. Jahanam betul sofa ni" Ridz meringis kesakitan akibat tidur diatas sofa yang jelas bukanlah sesuai dengan saiznya yg tinggi dan besar itu.

Bunyi pintu tandas dibuka mengejutkan Ridz yang tadinya sedang mengomel sofa yang didudukinya sekarang ini. Imani juga terpaku melihat pandangan mata Ridz tajam memerhatikannya. Kedua-dua nya seolah-olah terpukau. Imani cepat-cepat mengalihkan pandangannya tatkala itu.

"Emm, maaf saya guna tandas lama buat awak menunggu" kata Imani dengan nada mendatar memecahkan kesunyian ketika itu. Mujur saja dia sudah lengkap berpakaian.

" okay, ehh bukann.. maksud saya takpe.. saya baru je bangun ni tak menunggu pun" jawab Ridz tersenyum manis kearah Imani.

' Dia ni dah buang tabiat ke bersaya bagai ke tengah mamai lagi?, siap pakej senyuman di pagi hari lagi, ingat aku cair la tu!' getus Imani

" Okay baiklah kalau macam tu..saya nak turun kebawah dulu, nak tolong siapkan sarapan" balas Imani sambil berjalan menuju ke pintu untuk turun ke dapur. Kalau boleh dia malas lama berdua-duan dengan Ridz ketika ini.

"Imani tunggu dulu! Emm maaf sebab saya angkat awak ke katil semalam.. tudung pun saya tolong buka kan.. saya nampak macam awak rimas tidur pakai tudung tu.." ujar Ridz jujur.

Imani tergamam. Sangkaannya meleset! Dia sangkakan bahawa dirinya sendiri yang berjalan menuju ke katil dan buka tudungnya sendiri, tapi sebenarnya Ridz yang buatkan semua tu. Aduh malunya! Muka Imani mula memerah menahan malu. Apa yang penting sekarang ini dia tidak mahu melihat muka Ridz.

" Erkkk, takpe lah Ridz saya turun dulu, jangan lupa solat subuh!" lekas Imani menjawab

" Imani sekejap! boleh tak kalau awak turun tak payah pakai tudung? Bukan apa saya takut mama tanya lagi.." ujar Ridz memberi alasan. Padahal dia sudah ketagih untuk melihat kecantikan Imani dengan mahkotanya itu semalam.

" Awak ni dah kenapa pagi-pagi dah merepek ni? kan mama dah faham yang saya belum biasa lagi.. Lagipun bukannya berdosa kalau saya tak buka tudungkan.. dah la, lambat pula saya nak tolong Mak Wan dibawah.." kata Imani lalu segera keluar dari bilik itu meninggalkan Ridz terkebil-kebil di situ.

'Takpe Ridz, banyak lagi masa yang kau boleh buat dia lembut hati!' getus Ridz memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Bahagia itu sederhana, cukup dengan dua hal saja, bersyukur dan bersabar.

Bersyukur untuk apa yang sudah atau masih ada dalam genggaman, dan bersabar untuk apa yang harus diikhtiarkan

*****

Happy Reading! mana yang kurang boleh komen hihihi jangan lupa follow nur, komen dan rate dekat novel ni! ig: nur_lavend3r untk sebarang update thank you for your support❤️ ‹NL›

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience