Bab 27 - Permulaan Baru

Romance Completed 59171

SUDAH hampir seminggu Melissa mula berkerja di Syarikat Gemilang. Setakat ini dia senang dan selesa berada di situ. Para pekerja di aras ini juga sudah dia kenali nama dan jawatan mereka. Mudah saja untuknya membuat kawan dengan pekerja lain memandangkan dia seorang yang peramah dan tidak sombong.

Syarikat Gemilang merupakan sebuah syarikat pemaju yang melibatkan perbandaran baru, pembangunan komersial bersepadu, kompleks kediaman pencakar langit yang mewah, serta taman-taman perniagaan hijau yang bercirikan alam semula jadi.

Melissa berjalan sendirian untuk keluar makan tengah hari pada ketika itu. Kebetulan rakan sekerja yang selalu makan bersamanya MC hari ini. Terpaksa la dia pergi makan seorang. Niat di hati nak bungkus saja. Baru saja dia mahu menekan lif untuk turun tanpa dia sedari Umar juga mahu menekan butang lif yang sama.

" Eh hi Encik Umar. Seorang je, yang lain mana? nak turun lunch kan?" soal Mel ramah sambil mereka menunggu lif terbuka di aras itu.

" Oh hi Cik Melissa, ya saya seorang je yang lain dah pergi dari tadi lagi, cuma saya lambat sikit ada kerja sikit nak siapkan.. ingat nak pergi bungkus je lah sekejap kat bawah tu je sebab tak best pulak makan seorang diri kan.. awak pula kenapa seorang saja?" tanya Umar kembali setelah menjawab soalan Mel sebentar tadi.

Sebenarnya Umar tidak pernah pula bercakap dengan Melissa sepanjang seminggu dia bekerja di sini, hanya senyum ketika berselisihan saja. Tapi memandangkan dia kelihatan ramah saja apa salahnya jika dia juga beramah mesra.

" Ouhh sama la kita, saya pun kawan saya MC hari ni so terpaksa turun sendiri lah.. Nak ikut yang lain pun, takut mengacau pula.. Ermm apa kata kita lunch sekali? Eh maksud saya, saya belanja Encik Umar makan tanda pengenalan?" ajak Mel bersungguh-sungguh

" Eh malu pula saya cik Melissa yang nak belanja, sepatutnya saya la yang belanja tanda mengalu-alukan kedatangan Cik Melissa. Kalau betul kita nak pergi lunch sekali, biar saya yang belanja ya?" Balas Umar.

" Hahaha, baiklah kalau dah Encik Umar cakap macam tu, emm jom lah kita pergi" ujar Mel sejurus pintu lif terbuka. Umar hanya menbontoti dari belakang.

Mereka berdua berjalan beriringan memasuki sebuah kedai makan berdekatan dengan bangunan tempat mereka berkerja.

" Erm Cik Melissa nak pesan apa? Kat sini semua lauk-pauk dia sedap-sedap, kedai ni antara favourite saya juga la sepanjang saya kerja di sini. " jelas Umar sementara pelayan kedai itu menghampiri mereka berdua.

" Ouh ye ke, okay baiklah kalau macam tu biar Encik Umar yang orderkan untuk saya, saya makan je semua benda" jawab Mel

Umar memesan dua pinggan nasi putih, sayur goreng dan kari ayam berserta dua laici susu ais. Usai itu, mereka mula berbual sementara menunggu makanan sampai.

" By the way tak payah la berencik-encik bagai. Panggil saya Umar saja. Lagipun kita kan rakan sekerja juga"

" Okay baiklah, kalau macam tu, awak pun panggil saya Mel saja tak payah cik Melissa, panjang sangat, hehehe. Ouh ya, boleh saya tau awak memang kenal rapat ke dengan Ridz? maksud saya Tuan Ridz? Jangan salah sangka, saya tahu sebab rakan-rakan di sini yang bagitahu yang korang berdua kawan" jelas Mel bimbang Umar salah sangka dengannya.

" Saya dengan dia berkawan semasa kami sama-sama belajar di London semenjak 2 tahun lepas, kebetulan saya minta kerja dekat sini dan Tan Sri yang luluskan. Rapat tu takde lah rapat sangat tapi still kawan lah. Emm awak pun saya tengok macam salah seorang kenalan Ridz sahaja? Ex- girlfriend dia?" teka Umar. Malangnya tekaannya itu menimbulkan gelak tawa Mel dihadapannya kini.

" I wish la hahaa, yes memang kenalan but not his ex- girlfriend but actually a friend of her late fiance. Kami kenal masa zaman univeristi tengah belajar ijazah dulu. Lepas tu dah tak jumpa dah dia and arwah Dahlia" ujar Mel sedikit sayu bila mengucapkan ayat yabg terakhir itu.

"I see, its okay Mel I yakin she is in better place right now. But, you know yang Ridz dah kahwin?" soal Umar serius dengan tampang berkerut. Cuba mencari jawapan di wajah Mel.

" Yes, of course and I dah jumpa pun her wife. Cantik. Sesuai sangat. " ujar Mel bersahaja. Dalam hati hanya dia sahaja yang tahu.

" Ouh, you know what, not to mention but his wife is my future fiance back then. But long short story, she's his for now" Ujar Umar sekadar mahu memberitahu sahaja tiada niat lain. Ini kerana dia melihat Mel seorang yang boleh dipercayai. Dia juga selesa dengan Mel walau ini kali pertama mereka berbual. Ketika itu, pelayan datang menghidangkan makanan yang dipesan mereka.

Mel yang agak terkejut dengan kenyataan Umar tadi hanya memandang pelayan itu meletakkan makanan meraka. Kata-kata Umar lebih menarik ketika ini berbanding hidangan di hadapannya kini meski perutnya sudah berbunyi.

" Oh my god, what a small world. Pi mai pi mai tang tu jugak! Are you still love her?" tanya Mel cuba mengorek isi hati Umar lebih dalam.

Umar hanya mengabaikan pertanyaan Mel itu, sebalik nya dia mengajak Mel untuk makan makanan mereka.

" Eh jom lah makan, waktu lunch pum dah suntuk ni!" kata Umar cuba mengubah topik.

*******

Petang selepas habis waktu kerja, Imani meminta tolong Ilyia untuk menghantarnya mengambil kereta di bengkel. Alhamdulillah akhirnya kereta vious putih kesayangannya telah siap dibaiki. Tak usah lagi dia menaiki grab. Ada juga tadi Ridz menawarkan untuk menghantarnya ke pejabat namun ditolaknya lembut lagipula dia sudah memaklumkan untuk mengambil keretanya dibengkel petang ini bersama Ilyia.

" Imani.. aku nak tanya kau sikit boleh?" tanya Ilyia memulakan bicara mereka sambil memandu keretanya itu.

" Ehh sejak bila pula Nur Ilyia Qairina ni reti minta izin pula nak tanya aku hah? Tanya je lah tak payah nak minta izin bagai" jawab Imani yang terdengar ketawa kecil dihujung bicaranya.

" Err takdelah.. Aku cuma nak tanya, macam mana hubungan kau dengan Ridz sekarang ni? Kau.. Bahagia?" tanya Ilyia berhati-hati bimbang jika Imani terasa dengan soalannya.

Riak wajah Imani berubah semena-mena. Tak sangka soalan mengenai perkahwinan nya yang ingin ditanya oleh Ilyia. Namun, dia tidak kisah kerana Ilyia sudah dianggap sepeti saudara kandungnya sendiri.

" Alhamdulillah okay.. setakat ni okay saja " jawab Imani perlahan cuba menyembunyikan perkara sebenar yang terjadi.

" Imani Medina.. aku kenal kau sangat, dari riak wajah kau aku tau kau ada masalah.. tapi aku tak nak la masuk campur kalau ia melibatkan rumah tangga kau, cuma kalau ada apa-apa yang kau nak share aku sentiasa ada untuk tempat kau mengadu, okay?" terang Ilyia sambil melihat Imani kejap disebelahnya yang sedang termenung saja.

" Liyaa.. kau rasa betul ke apa keputusan yang aku buat selama ni? maksud aku keputusan untuk setuju kahwin dengan Ridz ni?" soal Imani

" Kau kena tanya hati kau Imani, kau bahagia tak sekarang? atau sebaliknya? Semua tu terletak pada diri kau. Tiada siapa yang tahu apa yang kau rasa melainkan diri kau sendiri. Aku hanya dapat beri pendapat aku, tapi kau yang buat keputusan Imani"

" Tapi Liya, aku sakit hati.. sakit sangat bila dia tuduh aku macam-macam.. selama ni aku pendamkan sendiri tapi aku rasa aku dah tak mampu.. aku takut aku dah tawar hati dengan dia" ujar Imani seakan-akan sebak. Ya, selama ini duka yang melara hanya dia pendamkan saja hingga dirinya sendiri sengsara.

" Aku ni bukanlah pandai sangat Imani, tapi kau tahu kan rumah tangga mana yang tak bergolak? sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Kau cuba maafkan dia, beri dia peluang kedua. Aku tak tahu apa yang terjadi antara korang berdua tapi aku tahu kau yang banyak terluka dalam kes ni. Kau cuba bincang dengan dia dari hati ke hati. Fikir masa depan korang macam mana. Jangan diikutkan sangat amarah di hati kelak akan memakan diri. Syaitan ni memang dia suka kalau rumah tangga ada masalah, okay?" jelas Ilyia panjang lebar cuba memberi nasihat

" Maksud kau aku kena maafkan dia ke liya? macam mana kalau dia layan aku tak elok lagi?" tanya Imani meminta pendapat.

" Jangan fikir benda yang belum terjadi lagi, yang ni kau serah dan tawakkal pada Allah. Sekarang ni apa yang penting fikir pasal situasi kau sekarang macam mana nak selesaikan masalah antara korang berdua, cuba cari punca tercetus nya masalah korang" ujar Ilyia. Dia betul-betul mengharapkan yang terbaik untuk Imani.

Imani melepaskan keluhan berat. Apa yang dikatakan oleh Imani ada benarnya juga. Sampai bila dia harus hidup sebegini. Ya, dia harus selesaikan masalah ini dengan Ridz.

" Baiklah Ilyia, masalah takkan selesai sendiri kalau kita tak cuba selesaikannya kan? Thank you, kau selalu jadi penyelamatkan aku!" ujar Imani sedikit lega.

Mereka juga sudah sampai ke destinasi yang dituju. Imani berjanji dengan Ilyia untuk membelanjanya makan esok hari memandangkan hari sudah lewat petang. Hal ini kerana Ilyia sudah membantu dia mengambil kereta miliknya petang ini.

********

Imani sedang duduk menonton televisyen diruang tamu kondo tersebut. Drama yang sedang ditayangkan tidak begitu menarik perhatiannya ketika ini. Walau jasad di situ, namun fikirannya sudah jauh melayang jauh.

Ridz yang baru keluar dari bilik melihat Imani sedang termenung jauh walaupun televisyen dihadapannya sedang terbuka. Kaki mula menghampiri ke ruang tamu tersebut. Niat di hati ingin menegur Imani. Hari ini dia belum berbicara dengan Imani. Terasa rindu pula ingin mendengar suaranya.

" Imani.." tegur Ridz lembut dari arah sisi Imani. Namun panggilannya tidak bersahutan. Ridz cuba memanggil lagi tetapi dengan sedikit kuat pula kali ini.

" Imani!" panggil Ridz

" Ya abang! eh ya Allah maksud saya Ridz, sorry saya tersasul! Kenapa awak panggil saya macam tu! Nasib baik saya takde sakit jantung kalau tak dah K.O dekat sini" marah Imani. Dia betul-betul terkejut tadi serasa sepeti mahu gugur jantungnya.

" Sorry.. saya panggil awak baik-baik tadi tapi awak tak dengar. Jadi saya panggil la kuat sikit. Baru awak tersedar dari lamunan yang jauh tu.. Apa yang awak fikirkan tu?" tanya Ridz. Sebenarnya dia suka melihat Imani membebel sebentar tadi. Comel saja mulut kecil tu bergerak. Arghhh! inikah yang dinamakan angau dengan bini sendiri?

" Takde apa lah.. bukan urusan awak juga.. " cuba bersembunyi. Sebenarnya dari tadi lagi dia terfikir bagaimana nak bercakap dari hati ke hati dengan Ridz mengenai hubungan mereka. Tapi sekarang ni dia pula jadi takut melihat Ridz yangs sedari tadi asyik tersenyum manis kearahnya. Dia ni dah kenapa!

" Jangan lah cakap macam tu, saya ni kan suami awak.. awak boleh share dengan saya apa-apa saja yang awak nak" ujar Ridz dengan kenyitan mata dihadiahkan kepada Imani di sebelahnya kini.

Eh dia ni, macam takde masalah apa-apa pula! siap mengaku sebagai suami lagi, sebelum ni hampeh!

" Sejak bila pula awak mengaku yang awak suami saya ni? Selama ni takde pun nak claim" kata Imani seolah-olah memerli.

Ridz merenung tajam Imani. Dia menarik nafas yang dalam sebelum mula berbicara.

" Imani.. sebenarnya saya nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku sepanjang perkahwinan kita ni. Saya mengaku khilaf saya selama ini. Saya ego, saya buta. Buta nak menilai orang yang ikhlas macam awak. Saya dah banyak sakitkan hati awak.. saya.. saya betul-betul minta maaf.. saya tahu kata maaf saya tak mampu hilangkan kesakitan awak selama ini, tapi saya minta tolong bagi peluang untuk saya tebus segala kesilapan saya sebelum ni, please... Bagi peluang pada perkahwinan kita untuk jadi seperti pasangan lain.. Kita mulakan hidup baru?" ujar Ridz betul-betul maksudkan apa yang dibicarakannya. Suara nya juga seakan-akan sebak. Kali ini dia sudah bersedia untuk mulakan hidup baru dengan Imani.

Imani agak tergamam. Dia memandang tajam ke arah mata milik Ridz cuba mencari keikhlasan apa yang dibicarakan sebentar tadi. Ya, Imani nampak semua tu, dia nampak yang Ridz betul-betul maksudkannya. Imani terkelu seketika.

" Awak.. awak betul maksudkannya? awak janji takkan sakiti saya lagi? Janji takkan mengungkit kisah lama yang terjadi?" soal Imani bertalu-talu meminta kepastian. Dia perlu memastikan dulu sebelum dia memaafkan apa yan sudah terjadi bimbang jika dia terluka untuk kali kedua. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Imani sebak ketika ini.

" Saya betul - betul maksudkannya.. insyaAllah saya tak mampu nak janjikan bulan dan bintang, tapi saya janji akan jaga awak dengan sebaik mungkin dan takkan sakiti awak lagi.." jujur Ridz. Dia betul-betul berharap agar Imani memberinya peluang. Tangan Imani di gapainya buat kali pertama. Diusap lembut kura-kura tangan itu cuba menyalurkan kejujuran. Mata nya juga tajam menikam mata si isteri disebelahnya itu.

Imani terkaku lagi bila diperlakukan begitu. Namun tidak pula dia menarik tangannya tidak mahu Ridz terasa hati. Air mata juga sudah berguguran. Dia terharu, seolah-olah inilah jawapan kepada doa yang dipinta dari Allah tentang hubungan mereka.

" Err.. okay Ridz.. sa-saya maafkan awak kali ni.. Saya harap kepercayaan yang saya beri ini, tidak akan awak sia-siakan.. Saya pun minta maaf dengan apa yang terjadi saya tak berniat untuk berdingin dengan awak sebelum ni.. emm kita mulakan hidup baru? Kosong-kosong okay?" ujar Imani sambil mengesat air matanya yang sudah mengalir di pipi gebunya itu.

" Okay kosong-kosong sayang.." ujar Ridz dengan suara meleret. Terkaku lagi dibuatnya Imani seperti terkena renjatan elektrik saja. Mukanya juga merah bak delima menahan malu bila Ridz berkata begitu.

‘Peluang kedua berhak diberikan bagi orang yang betul-betul ikhlas memerlukannya, namun haruslah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin’

********

Hai selamat membaca semua! Jangan lupa untuk komen, rate dan follow nur ;) Thank you for your support ❤️ -NL-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience