Bab 15 - Sedar

Romance Completed 59171

PAGI keesokannya, Ridz datang kembali ke hospital untuk melawat Dahlia. Semalam, Datin Salmi yang menjaganya, ini kerana tidak elok Ridz dan Dahlia berdua -duaan di dalam bilik tersebut meskipun Dahlia belum lagi sedar. Kalau ikutkan hatinya yang teruja untuk menunggu Dahlia bangun, mau saja dia menunggu dan tidur di situ. Takut terlepas saat- saat pertama kali Dahlia sedar.

" Assalamualaikum aunty" sapa Ridz sambil membuka pintu bilik Dahlia tersebut.

"Waalaikumussalam Ridz, awalnya Ridz datang.. sorang je ke?" soal Datin Salmi.

" Ha ah sorang je dulu aunty, lepas ni mama dan papa datang.. Ni Ridz ada bawakan sarapan untuk aunty, mama kirim tadi.. ermm aunty, kalau aunty nak balik rehat dan bersihkan diri dulu boleh lah lepas sarapan ni.. biar Ridz jagakan Dahlia dulu.." ujar Ridz

" Ouhh, terima kasih Ridz, susah- susah je.. ha baiklah, nanti lepas sarapan ni aunty balik kejap dan nanti aunty datang kembali.. Ridz tolong jagakan Dahlia sekejap ye.. kalau ada apa-apa perkembangan Ridz terus telefon aunty okay?"

" Baiklah aunty, apa-apa nanti Ridz terus telefon aunty"

Setelah bersarapan makanan yang dibawa oleh Ridzwan, Datin Salmi meminta diri untuk pulang seketika. Tinggal lah Ridz dan Dahlia berdua di bilik itu.

*******
Ridz terlelap seketika di tepi katil Dahlia berbantalkan lengannya dek kerana dia terlalu letih kebelakangan ini kerana selalu berulang-alik dari hospital, kondo dan villa ibubapanya.

Seketika terdengar suara serak - serak Dahlia memanggil Ridz disampingnya itu. Dek kerana terkejut, Ridz bergegas bangun dari lenanya tadi. Ridz segera menekan butang untuk memanggil doktor.

" Sayang! Sayang dah bangun, abang rindu sangat dekat sayang! Alhamdulillah ya Allah! kejap ye sayang, abang panggil kan doktor dan call aunty kejap " ujar Ridz dalam keadaan sebak dan gembira.

Doktor Zariff dan dua orang jururawat menerjah masuk ke dalam bilik Dahlia. Dia meminta Ridz untuk keluar seketika untuk membolehkan dia memeriksa keadaan Dahlia.

Sementara menunggu Doktor Zariff di dalam, Ridz menelefon Datin Salmi dan ibubapanya untuk menkhabarkan berita gembira ini.

*******

Ibubapa Dahlia dan Ibubapa Ridz datang menghampiri Ridz. Mereka tidak sabar untuk mendengar khabar gembira itu dari mulut Ridz.

" Ridz betul ke Dahlia dah sedar?" soal Datin Salmi bersungguh

" Betul aunty, tadi Dahlia panggil Ridz, terus Ridz panggilkan doktor Zariff untuk memeriksa keadaan dia sekarang.. kita tunggu nanti Dr. Zariff keluar dulu.. aunty sabar ye?" ujar Ridz tenang

Semua berada di situ berdebar menantikan dr Zariff keluar dari bilik tersebut. Seketika terdengar bunyi pintu dibuka dari dalam. Dr Zariff dan dua orang jururawat keluar dari bilik itu sambil tersenyum.

" Alhamdulillah cik Dahlia dah sedar dan stabil.. cuma dia masih memerlukan bantuan pernafasan dari mesin yang disediakan.. tapi jangan bimbang insyaAllah jika dia sudah sedikit kuat, bantuan pernafasan tu boleh dibuka.." terang Dr Zariff panjang lebar..

" Baik lah dr. terima kasih banyak-banyak.. boleh kami masuk sekarang? Soal Dato Arash

" Ouhh ye, silakan.. Cik Dahlia pasti sudah menunggu kamu semua.. tapi jangan lama-lama.. dia perlu rehat yang cukup" pesan Dr Zariff lalu meminta diri dari situ untuk meneruskan kerjanya yang lain.

" Dahlia sayang, anak mummy.. alhamdulillah kamu dah sedar..." luah Datin Salmi dalam sebak

" Kami semu selalu doakan detik ini supaya Dahlia cepat sedar Alhamdulillah.. " Puan Sri Auliya bersuara.

Senyuman manis terlakar dari bibir pucat Dahlia disebalik alat bantuan pernafasan tersebut. Dia juga mengucapkan kata syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan melihat bumi ini.

" Terima kasih semua sebab tak henti-henti doakan Dahlia.. Dahlia hargai sangat.. semoga Allah balas jasa kalian semua.." ujar Dahlia perlahan-lahan selepas mengalihkan alat itu dari wajahnya semasa bercakap.

" Abang, abang okay ke?" Dahlia memandang ke sisi untuk bertanyakan buah hatinya itu. Risau jika dia juga ada terluka akibat Kemalangan itu.

" Alhamdulillah sayang, abang hanya luka ringan. Luka yang abang dapat tak seberat sayang... abang minta maaf sebab abang kita kemalangan dan Dahlia kena alami waktu getir sebegini.." Ridz bersuara sedikit lirih

Tan Sri Hashim yang berada di sisi Ridz menggosok perlahan belakangnya untuk memberikan semangat dan ketenangan.

" Abang, takpe.. kita semua pun tak nak kemalangan ni terjadi.. Dahlia percaya semua ni ujian dari Allah... Dahlia redha... emm, macam mana dengan kereta yang kemalangan sama dengan kita tu? Mereka okay ke?"

" Emm, yang kakaknya alhamdulillah okay hanya cedera ringan.. tapi adiknya yang memandu tu masih lagi koma dan tidak sedarkan diri..." ujar Puan Sri Auliya. Dia tahu Ridz tidak suka bercakap tentang mereka, sebab itu dia tolong jawabkan pertanyaan Dahlia itu tadi.

Ada juga dia pergi melawat keluarga Imani sebelum ini untuk mengetahui keadaan keadaan adiknya. Ini kerana, dia mengenali Imani dan tidak sampai hati untuk tidak menjenguk keadaan adik Imani itu meskipun Ridz masih marahkan mereka.

*******

Alhamdulillah Dahlia dah sedar... Macam mana dengan nasib Izzie yang masih lagi koma? Thank you for your support! Happy Reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience