Bab 2 - Pertemuan

Romance Completed 59171

PETANG itu, Imani menuju ke Old Town White Coffee, sebuah kafe yang terkenal di bandar ini untuk bertemu dengan klien yang telah melakukan temujanji dengannya bagi mendokarasi dan mengubahsuai rumah beliau.

Setibanya Imani di kafe tersebut, dia memesan kopi kesukaannya iaitu Mocha Frappe dan sepotong Burnt Cheese cake untuk melampiaskan perutnya yang belum menjamah makanan dari tengah hari tadi lagi.

Imani mengambil tempat di bahagian kiri kedai tersebut yang berhampiran dengan cermin tingkap supaya ada privasi semasa perbincangannya dengan klien sebntar lagi.

" Hai, Assalamualaikum.. Cik Imani ye?" sapa seorang wanita separuh abad yang berdiri tegak didepannya sekarang sambil menghulurkan tangan tanda pengenalan.

" Hello, waalaikumussalam Puan Sri Auliya.. ya saya Imani.. jemput duduk Puan Sri.." balas Imani dengan tampang yang ceria sambil menyambut salaman Puan Sri Auliya.

Sempat Imani memuji wanita separuh abad didepannya ini di dalam hati kerana meskipun sudah berumur beliau kelihatan sungguh muda, seperti baru mencecah umur 40-an. Hal ini kerana, gaya pemakaiannya yang cukup moden tapi tetap sopan dan wajah yang disolek semula jadi.

" Oh yee, Puan Sri ada nak order apa-apa? Saya boleh tolong orderkan.. Maaf sebab saya dah order terlebih dahulu tadi sebelum duduk ke sini." Tanya Imani dengan sopan selepas tersedar dari lamunan nya tadi.

" Eh Cik Imani takpe, saya dah order dah tadi sebelum ke sini.. jangan risau" terang Puan Sri Auliya.

"Ohh baiklah.. kalau begitu boleh kita mulakan sekarang sesi perbincangan kita sambil menunggu waiter menghantar pesanan makanan? Lagi satu, Puan Sri tak payah panggil saya cik la, segan saya.. panggil Imani je, lebih mesra.." jelas Imani kepada wanita dihadapannya itu.

" okay kalau begitu saya panggil Imani ye? cantik nama sesuai dengan empunya badan.. hmm apa kata Imani pun panggil saya Aunty je, takda lah formal sangat.. Baiklah, jom kita mulakan sesi perbincangan kita.." balas Puan Sri Auliya dengan mesra.

Hampir sejam meraka berbincang untuk menetapkan konsep dan reka hiasan dalaman untuk rumah Puan Sri Auliya, akhirnya kata sepakat dan keputusan telah dibuat.

" Aunty sebenarnya nak renovate dan deko semula rumah tu bersebab.. Anak lelaki sulong aunty nak kahwin 2 bulan lagi.. Harap harap team Imani dapat lah siapkan design ni sebelum tarikh perkahwinan tu nanti.." jelas Puan Sri Auliya

" Ouhh baiklah aunty, insyaAllah team saya akan lakukan yang terbaik dan siap kan dalam date line yang diberi.. Aunty jangan risau.."

" Okay baiklah Imani.. aunty percaya dengan kredibiliti kamu, sebab itulah aunty pilih syarikat kamu. Lagipun, ramai kawan kawan aunty yang menyarankan Imani sebab mereka semua berpuas hati dengan kerja yang Imani lakukan pada mereka sebelum ni"

" Alhamdulillah aunty.. saya dan team hanya lakukan yang terbaik bagi memuaskan hati pelanggan" balas Imani sambil tersenyum manis kepada Puan Sri Auliya.

" Baiklah, saya pergi dulu.. apa- apa update nanti Imani boleh call saya atau jumpa terus dengan saya ya.. jumpa lagi" ujar Puan Sri Auliya sambil berlalu pergi dari kafe tersebut.

Entah kenapa dia begitu selesa sekali dengan Imani walau pun ini merupakan pertama kali dia berjumpa dengan Imani. Mungkin kerana perwatakan Imani yang peramah dan menghormati orang tua.

Setelah pertemuan dengan Puan Sri Auliya, Imani terus pulang je rumah, hal ini kerana jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Waktu berkerja nya juga sudah habis. Dia perlu bertolak sekarang untuk megelakkan sebarang kesesakan jalan raya nanti.

*******

Imani dan Ilyia berjalan beriringan menuju ke sebuah restoren berhampiran dengan pejabat mereka untuk makan tengah hari bersama.

Tiba- tiba Imani bersuara " Ya Allah, Ilyia! aku terlupa bawa phone aku laa.. phone aku tertinggal dalam kereta.. kejap aku pergi ambil kau masuk dulu cari tempat duduk ye.."

" haishh kau ni selalu je cuai.. ye lah aku masuk dulu, nanti kau cari aku kat dalam tu ye.. jangan tak datang pulak.. aku merajuk karang" bebel Ilyia sambil menuju ke dalam restoren.

Usai mengambil phone di dalam kereta, Imani sibuk memasukkan phone ke dalam beg tangannya sambil berjalan. Tanpa dia sedari, dia terlanggar seseorang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience