Bab 20 - Kawan Lama

Romance Completed 59171

RIDZ diberi cuti selama 3 hari oleh Tan Sri Hashim. Selepas sahaja cuti Ridz harus menggantikan tempat Tan Sri Hashim sebagai CEO Syarikat Gemilang yang akan bersara sejurus saja Ridz kembali ke pejabat.

Imani juga diberikan cuti oleh Ilyia selama 3 hari sebagai cuti perkahwinan. Pada mulanya dia tidak mahu mengambil cuti tersebut ini kerana tiada sebab untuk dia duduk berduaan di dalam kondo Ridz tersebut sedangkan hubungan mereka bukan seperti pasangan yang baru berkahwin yang lain. Mereka hanya berkahwin hanya sekadar termaktub di atas kertas namun hubungan langsung tidak menunjukkan seperti pasangan pengantin baru. Lagipun dia sudah banyak bercuti sebelum ini. Namun, dipaksa jua oleh Ilyia alasannya supaya Imani dapat merehatkan dan menenangkan fikiran sebelum kembali bekerja semula.

Memandangkan hari ini merupakan hari pertama mereka bercuti, Ridz mengajak Imani untuk membeli barang dapur di pasar raya. Hal ini kerana sebelum ini dia tidak pernah memasak dirumah hanya makan diluar atau balik ke rumah mamanya. Disebabkan hal itu, Ridz terpaksa mengajak Imani membeli barang dapur tersebut kerana dia tidak begitu mahir akan jenis dan nama-nama barangan dapur.

" Imani.. Heii.. Bukak pintu ni kejap! Aku ada benda nak cakap ni.. cepatlah!" Ridz mengetuk pintu bilik Imani dengan kasar.

' hishh perempuan ni, betul-betul mencabar kesabaran aku lah' gumam Ridz sendirian

" Awak kejap, sorry saya pakai tudung tadi.." Ujar Imani memberi alasan sambil membuka pintu. Memang betul dia sedang mencari tudung ini kerana tiba-tiba sahaja Ridz menerjah mengetuk biliknya dengan keras.

" Dah kenapa kau nak pakai tudung pulak dalam rumah ni? hmm suka hati kau lah kepala kau kan.. bukannya aku hadap pun.. oh yaa.. kan semalam aku ada cakap nak pergi beli barang basah? kau lupa ke? kalau tak beli takut kau kebulur pulak dalam rumah ni. Tak pasal-pasal aku dituduh menyeksa kau sebab tak bagi makan.." Tempelak Ridz kepada Imani dihadapannya kini yang sedang menunjukkan tampang berkerut.

Di dalam kepala Imani sekarang ini sedang giat mengingat kembali perbualan mereka semalam. Bukanlah perbualan sangat tetapi lebih kepada Ridz memberitahu peraturan di dalam kondo tersebut.

Seingat Imani, tiada pula Ridz memberitahunya untuk keluar membeli barangan pada pagi ini. Dia hanya beritahu untuk membeli barang sahaja tetapi tidak memaklumkan waktunya bila. Salah dirinya juga tidak terus bertanya semalam lantaran terlalu penat.

" Err awak ada cakap ke awak nak pergi beli pagi ni? Emm awak tunggu kejaplah saya tukar baju dulu.." Ujar Imani sambil tergesa-gesa menutup pintu untuk menukar baju secepat mungkin. Bimbang Ridz bising kepadanya pula.

' Haish kalau kereta aku dah baik, tak payah la susah payah aku nak pergi membeli dengan dia. Naik seriau aku duduk berdua dengannya' getus Imani sendirian sambil tangan pantas sedang bersiap.

" Imani cepat la sikit! aku takda masa nak tunggu kau lama-lama. Banyak lagi benda yang aku nak kena buat! " laung Ridz dari luar.

" Ya kejap awak, dah siap ni.. " ucap Imani yang telah sedia di depan pintu. Imani hanya mengenakan shawl hitam bersama dengan blouse putih labuh dan seluar jeans biru sahaja.

Ridz sedikit tergamam melihat Imani, namun cepat-cepat dia memalingkan mukanya. Takut lain jadinya. Sempat dirinya tadi memuji kecantikan semula jadi wanita itu. Ridz akui memang Imani seorang wanita yang jelita tetapi hatinya tidak ada pada wanita ini. Hanya kemarahan dan benci yang tersisa di hati. Cintanya hanya setia pada yang satu iaitu hanya kepada arwah Dahlia.

" Hmm cepat turun ke bawah. Kau kunci semua pintu ni.. lambat aku tinggal" Ujar Ridz bersahaja dan pantas keluar dari kondo itu segera meninggalkan Imani terpinga-pinga keseorangan di situ.

********

Imani dan Ridzwan beriringan memasuki pintu pasaraya Giant yang berdekatan dengan kawasan kondo mereka. Semasa dalam kereta tadi, sempat Imani menyenaraikan barang-barang yang ingin dibeli memandangkan mereka ke sini dengan tiba-tiba sahaja. Lagi pula, semasa dalam kereta tadi masing-masing hanya diam melayan perasaan sendiri.

" Hei, kau pergi ambil troli dekat sana tu, lepas tu pergi la cari barang yang nak dibeli tu. Aku nak pergi toilet dulu" Ridz bersuara beku memberi arahan.

Imani menggangukkan kepalanya tanda setuju dan berlalu untuk mengambil troli. Di dalam hatinya juga mengucapkan syukur Ridz tidak ikut bersama dengannya. Tidak selesa dibuatnya. Imani mula menuju ke bahagian basah untuk memilih lauk-pauk dan sayur-sayuran sendirian.

*******

Usai ke tandas, Ridz mula mencari kelibat Imani. Lupa pula dia untuk memberitahu Imani untuk tunggu dimana-mana tempat yang senang untuk dirinya bertemu kembali dengan Imani. Sudahlah dia tiada nombor telefon Imani.

Dalam dia meliar matanya mencari Imani, kelihatan dari jauh dia ternampak kelibat belakang seorang wanita yang berpakaian seakan - akan Imani sedang memilih sayuran. Kakinya mula melangkah ke sana.

' kat sini rupanya kau, penat aku cari' getus Ridz dalam hati.

Apabila sampai ke tempat wanita tersebut, Ridz mula memanggil Imani.

" Imani! kat sini rupanya kau!" ujar Ridz sedikit kuat

" Excuse me, are you talking with me?" Perempuan itu mula berpaling ke arah suara yang menegurnya. Mukanya berkerut memandang wajah Ridz seperti mengingati sesuatu.

Ridz agak terkejut apabila melihat wanita dihadapannya kini kerana ternyata wanita itu bukan Imani.Tetapi seperti seseorang yang dikenalinya.

" Wait... waitt.. you Ridz kan? Ridzwan Haqeem right? Heii, what a coincidence.. ingat lagi tak I? Melissa? Melissa kawan Dahlia dekat Universiti dulu? Wanita yang bernama Melissa itu cuba untuk mengingatkan Ridz.

" Ohh right! yes.. yes! I ingat.. Patutlah I macam kenal you.. Wow lama betul I tak jumpa you.. So you sihat? buat apa sekarang? Kerja dekat mana?" soal Ridz bertalu-talu. Sudah lupa akan tujuan asalnya untuk mencari Imani.

" Yeah as you can see Alhamdulillah, I sihat.. You? Erm, actually I tengah cari kerja sekarang, baru saja sampai Malaysia dua hari lepas.. I kerja dekat Australia hari tu as accountant.. Wait? You datang dengan siapa ni? Dahlia ke? "

" Ahh Alhamdulillah I pun sihat macam ni lah. Ouh really? Syarikat papa I pum tengah ada job vacancy sekarang ni. Why not you try apply? Who's know kita boleh kerja sekali kan?.. Err, I datang dengan..Is..isteri I." ujar Ridz sedikit perlahan apabila sampai ke ayat yang terakhir itu.

Melissa sedikit tergamam mendengar perkataan Isteri yang disebut oleh Ridz sebentar tadi walaupun perlahan. Ya, memang lelaki dihadapannya ini merupakan orang yang dia cintai dalam senyap ketika mereka belajar di Universiti dulu. Hal ini kerana, ketika itu Ridz bersama Dahlia. Dahlia pula rakan baiknya. Mana mungkin dia mengaku isi hatinya itu. Tidak menyangka pula mereka sudah berkahwin tanpa dirinya dijemput.

" Alright insyaAllah I will apply, thank you in advance.. Ouhh you mean Dahlia right? Mana dia pergi ? Lama dah I tak jumpa dia.. Lepas univeristi dulu I lost contact dengan dia.. " Melissa mula meliarkan mata nya memandang ke sekitar kawasan tersebut untuk mencari kelibat Dahlia. Dia agak teruja dalam masa yang sama kerana sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baiknya itu.

" Emm actually isteri I bukan Dahlia.. dia orang lain.. panjang ceritanya.. I guess you tak tahu la kan apa yang terjadi pada Dahlia since you baru je sampai Malaysia. Emm sebenarnya Mel, Dahlia dah meninggal seminggu yang lalu.." Ridz sedikit sebak mengucapkan ayat terakhir itu.

" Innalillah.. Ya Allah, I serious tak tahu Ridz, tak sempat I nak jumpa dia.. I'm sorry for that. " Ucap Mel lirih. Dia benar-benar tekejut bahawa rakan baiknya itu sudah pergi sebelum sempat mereka berjumpa. Tapi dia agak pelik kerana Ridz sudah ada isteri sedangkan Dahlia baru sahaja pergi seminggu. Cepat sungguh dia dapat pengganti.

" Its okay Mel.. I pun tak sedia lagi nak hilang dia.. ni semua dah takdir.. Emm, Kalau you nak pergi melawat kubur dia I boleh tolong bawakkan.." ucap Ridz.

" Err Ridz, saya dah cari semua barang dapur.. tinggal tunggu awak, sekiranya awak ada nak beli apa-apa lagi ke? Imani yang tiba-tiba menghampiri Ridz dari arah belakang cuba menyelit percakapan mereka. Dari tadi lagi dia perhatikan dua insan di hadapannya kini sedang berbual mesra.

' Tadi berbual dengan perempuan ni boleh pulak senyum ketawa bagai, bila aku datang tegur terus muka beku dia keluar. Teruk sangat ke aku ni? Salah ke aku tegur dia?' getus Imani di dalam hati sewaktu Ridz memandangnya dengan muka beku seperti yang biasa dia tunjukkan.

" By the way kenalkan Mel, ini Imani..Ohh ya, kalau you nak pergi melawat kubur arwah you can call me anytime.. this is my card.. nice to meet you Mel.. i got to go, see you soon.. " ujar Ridz sambil memberikan kad nama miliknya kepada Mel dan dia mengajak Imani untuk membayar barangan dapur tersebut dengan segera.

" Alright Ridz, nice to meet you and you too Imani.." balas Mel sambil menghulur salam kepada Imani dan mengambil kad dari tangan Ridz. Melissa melihat pemergian kedua-dua insan dihadapan nya tadi. Sangat aneh kelakuan mereka itu tadi tidak seperti suami isteri yang lain. Lagipun, Ridz tidak kenal kan Imani sebagai isterinya walaupun barusan Ridz memberitahu bahawa dia datang bersama isterinya.

'Aku harus cari tahu sebabnya ni.. mana tahu masih ada peluang untuk aku selepas ini.. ' gumam Melissa sambil melangkah pergi dari situ.

********

Jangan lupa untuk komen,rate dan follow nur! Selamat membaca semua❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience