Bab 3 - Cuai

Romance Completed 59171

"ARGHHH!!!" bunyi suara seorang lelaki sedang menyeringai akibat berlaku perlanggaran. Air yang dibawa oleh lelaki itu juga tertumpah ke atas bajunya.

"Excuse me, you buta ke? Mata you letak kat mana hah? Kalau jalan tu tengok ke hadapan bukan tengok kebawah kan dah langgar orang lain. Habis baju I basah. Menyusahkan orang betul" bebel sang jejaka di hadapannya kini dengan nada yang tegas dan sinis sambil bajunya di pegang dengan dua jari.

" Ya Allah! Ma..Maaf kan saya encik.. saya be..betul tak sengaja tadi.. salah saya sebab cuai masa berjalan.. Maafkan saya sekali lagi Encik" ucap Imani kepada sang jejaka tersebut sambil menundukkan kepalanya tanda dia bersalah.

Imani cuba mencari paket tisu di dalam beg tangannya untuk diberikan kepada gerangan lelaki tersebut untuk mengelap bajunya yang basah akibat terkena tumpahan air yang dipegang oleh lelaki tersebut.

Setelah paket tisu tersebut dijumpai, Imani menghulurkan tisu tersebut kepada lelaki itu.

" Abang, dah la tu.. dia dah minta maaf tu kan.. lagipun cik ni betul- betul tak sengaja tadi.. Takpe baju ni nanti abang tukar yang lain dalam kereta nanti ya..jom lah kita pergi.. kita dah lambatkan? terang seorang wanita yang cantik dan ayu di sisi lelaki tersebut. Mungkin dia teman wanita sang jejaka itu. Wanita tersebut tersenyum lembut ke arah Imani sambil menyambut huluran tisu yang diberikan olehnya.

" Hmmm okay, bukan saya nak marah sangat, cuma saya tak nak perkara macam ni berulang lagi.. dan lain kali tolong hati-hati.. pastikan tak berlaku pada orang lain pula" jelas jejaka itu panjang lebar dengan muka yang ketat.

" Baiklah encik dan cik, saya mintak maaf sekali lagi atas kecuaian saya.. terima kasih atas nasihat tu.. In Sha Allah lain kali saya lebih berhati- hati" luah Imani kepada dua insan di hadapannya kini dengan rasa bersalah.

Setelah selesai, masing -masing berpecah menuju ke haluan sendiri.

*******

Setibanya di restoran tersebut, Imani cepat cepat mencari kelibat Ilyia untuk meluahkan perasaan malunya tadi akibat kecuaian dirinya.

Seperti biasa, Ilyia mangambil tempat duduk sedikit belakang daripada pelanggan lain untuk mencari sedikit privasi. Kelihatan di hadapannya sudah tersedia makanan tengah harinya.Tanpa berlengah Imani memanggil pelayan restoran tersebut untuk memesan makanan sebelum menceritakn peristiwa tadi kepada Ilyia.

" Kau dah kenapa muka merah sangat ni? ada apa- apa yang berlaku ke tadi? soal Ilyia kebingungan.

"Liyaa.... aku malu.. tadi aku terlanggar seorang lelaki ni dengan awek dia.. pastu yang paling sadis, air yang dia bawa pun tertumpah sekali atas baju dia.. haih.. salah aku sebab aku cuai tak tengok depan.. aku tengah fokus letakkan phone dalam handbag sambil berjalan.." terangnya panjang lebar dan laju tanpa henti.

" Ya Allah Imani kau ni.. selalu je cuai.. haish habis tu lelaki tu macam mana? Baju dia? Dia marah tak? Dah la ada awek dia sekali.." soal Ilyia bertalu- talu.

" Haa tu la.. nasib baik awek dia yang sejukkan dia.. garang habis lelaki tu tadi.. kecut perut aku.. tahulah aku salah tapi nada dia cakap tu menakutkan.. aku bagi tisu yang ada dalam beg ni, pastu awek dia yang ambil.. Then, aku minta maaf dan pergi dari situ.. Malu aku dibuatnya kena bebel depan awek dia tu.. " luah Imani tentang perasaannya tadi.

" Memang padan la dia marah kau, dah tu kau yang cuai.. lain kali hati - hati tau.. Kali ni nasib baik terlanggar badan dan tertumpah air je, bukan terjatuh hati eh? hahahahha... " ketawa Ilyia sakan.

Imani sudah menunjukkan muka cemberutnya " Banyak lah kau punya terjatuh hati. Mahu masuk berita sensasi aku sebab rampas kekasih orang.. Minta jauh la.. "

"Haa ye lah, aku gurau je lah dengan kau.. dah tadi muka merah macam tak cukup oksigen je aku tengok.. sekarang dah boleh bebel balik maknanya dah okay la tu kan? soal Ilyia meminta kepastian kepada teman rapatnya itu.

Imani ketawa dengan ayat temannya itu. Ilyia memang merupakan sahabat sejatinya ini kerana dia tahu bagaimana nak kembalikan mood dirinya itu semula.

" Eh Ilyia.. aku lupa nak bagitahu kau, semalam kan aku jumpa dengan klien kita.. kau tahu tak, Puan Sri tu baik sangat dan peramah.. Dia tak sombong langsung macam orang- orang kenamaan lain yang pernah kita berurusan sebelum ni.." cerita Imani mengubah topik perbualan diantara mereka.

Ilyia menunjukkan tampang berkerut seribu. Keningnya hampir bercantum mendengar cerita dari Imani.

" Puan Sri mana yang satu kau berurusan ni? gembira semacam je aku tengok kau ni? soal Ilyia

" Emm nama dia Puan Sri Auliya, dia siap suruh aku panggil dia aunty lagi.. mula-mula aku macam segan.. tapi bila lama -lama berbual tu timbul rasa selesa pula.." terang Imani dengan bersungguh.

" Puan Sri Auliya? Isteri Tan Sri Hisham CEO Syarikat Gemilang tu ke? Puan Sri tu ke yang kau berurusan semalam? Dia nak suruh kau deko apa?" bertalu - talu soalan dari ilyia kepad Imani

"Eish kau ni kalau ye pun satu- satu laa tanya aku.. kau ingat aku ni robot ke nak jawab semua soalan kau tu dalam satu masa?" bebel Imani dengan nada sedikit tegang

Ilyia mula menjukkan sengihan bibirnya sehingga menampakkan gigi. " Okay2.. kau jawab satu- satu..kenapa dia berurusan dengan syarikat kita? Dia nak deko rumah ke?

" Ha ah.. katanya nak renovate rumah tu balik dan deko dengan konsep yang baru.. dan nak kena siapkan dalam masa dua bulan.. kalau cepat lagi bagus.. Puan Sri tu bagitahu , yang tujuan dia buat semua ini sebab anak lelaki sulongnya nak kahwin lebih kurang dua bulan lagi"

"Hah? Anak lelaki sulong dia nak kahwin? Dua bulan lagi?" soal Ilyia dengan muka terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience