Bab 25 - Redha

Romance Completed 59171

SEPANJANG perkahwinan mereka, ini merupakan kali pertama mereka berada di dalam satu bilik yang sama. Mana mungkin mereka duduk di bilik berasingan di sini, apa pula kata Puan Sri Auliya dan Tan Sri Hisham nanti. Banyak pula persoalan yang harus dijawab jika mereka berbuat demikian.

" Erm, Imani kau okay ke duduk sebilik dengan aku ni ?" tanya Ridz

" Kenapa? Awak dah muak tengok muka saya ke? Takpe awak jangan risau saya takkan ganggu awak tidur atas katil awak tu. Saya akan tidur atas sofa itu saja" jawab Imani bersahaja tapi mendalam.

" Bukan macam tu maksud aku, maksud.."

" Sudahlah Ridz, saya nak turun ke bawah dulu. Nak tolong yang mana patut.. Saya turun dulu" potong Imani

Ridz mendecit perlahan. Rasa bersalahnya tidak lagi hilang bila Imani dingin dengannya.Bukan itu maksudnya. Dia cuma bimbang jika Imani kurang selesa harus sebilik dengannya. Jika tidak boleh saja dia cuba menyelinap masuk tidur di bilik tetamu bila malam nanti. Lagipun, dia tidak kisah langsung jika Imani mahu tidur diatas katil itu. Itu bukanlah keutamaanya yang dirisaukan.

Ridz beransur turun kebawah juga untuk berjumpa dengan Ibubapanya dan mengambil angin diluar.

********

" Mama, Mak Wan ada apa -apa yang Imani boleh tolong?" tegur Imani dari belakang

" Eh, Imani.. kenapa turun ke bawah.. kan mama suruh kamu berehat saja diatas tu. Kamu kan baru saja sampai." larang Puan Sri Auliya.

" Betul tu Imani.. Mak Wan ada boleh siapakan semuanya.. lagipun sikit saja lagi nak siap ni.." jawab Mak Wan sedari tadi hanya memerhati perbualan diantara Puan Sri Auliya dan Imani.

" Takpa, biar la Imani tolong.. duduk kat atas pun bukan boleh buat apa, baik tolong Mak Wan dan mama sediakan apa yang patut. Lagipun , Imani tak penat pun, yang bawa kereta kan Ridz. " jawab Imani sambil menunjukkan tampang senyum.

" Ish Imani, ada saja alasan dia eh.. Hah, kalau macam tu tolong mak wan potongkan sayur ni" ujar Mak Wan sambil mensuakan sayur itu kepada Imani.

Imani menyambut huluran Mak Wan. Dia mula memotong batang sayur itu perlahan-lahan dek kerana jari disebelah kiri tangannya itu luka disebabkan peristiwa pagi tadi.

" Rajin betul Imani, tak salah lagi mama ambil Imani jadi menantu mama.. " puji Puan Sri Halrlina sambil melihat Imani memotong sayur tersebut.

"Eh sekejap, jari tu kenapa Imani?" tanya Puan Sri Auliya kalut apabila terpandangkan jari Imani yang berbalut plaster. Dia mendekati Imani dan memegang jari tersebut.

"Ouhh.. in..ini luka terkena pisau semasa potong lobak merah untuk masak semalam" bohong Imani. Tipu sunat sikit takpe kan!

" Macam mana boleh terluka pula? kalau macam tu, tak payah lah nak potong sayur bagai ni.. pergi duduk je dekat kerusi sana tu.." ujar Puan Sri Auliya menyuruh Imani duduk di kerusi meja makan di bahagian dapur itu.

"Ehh takpa mama. Sikit je ni, tak sakit sangat pun.. Imani okay laa.. mama jangan la risau.. Lagipun sikit je lagi sayur ni nak siap dipotong.. biar Imani habiskan dulu ya.." balas Imani membuatkan Puan Sri Auliya sedikit mengeluh.

"Hmm ye lahh.. dah kalau kamu cakap begitu.. tapi kamu hati-hati guna pisau tu jangan sampai terluka lagi.." pesan Puan Sri Auliya

Imani hanya menjawab ringkas. Dia menghabiskan kerja pemotongan sayur itu lalu menolong apa yang selebihnya. Tetapi hanya kerja-kerja yang ringan saja dibenarkan.

********

Ridz berjalan menuju ke tempat kolam ikan yang terletak di sisi halaman rumah Ibubapanya itu. Dia memandang ke arah ikan-ikan koi yang berenang berulang-alik di dalam kolam dihadapannya kini. Sekali sekala, Ridz menabur makanan ikan ke dalam kolam tersebut. Fikirannya jauh menerawang saat ini. Dia memikirkan bagaimana hala tuju perkahwinan mereka. Ridz melepaskan keluhan perlahan. Fikirannya buntu ketika ini.

Tiba - tiba serasa badannya diusap perlahan dari arah belakang. Pantas Ridz menoleh ke arah tersebut.

" Eh, papa rupanya.. terkejut Ridz" ucap Ridz apabila Tan Sri Hisham mengusap belakangnya tadi.

" Jauh Ridz termenung, sampai papa datang pun Ridz tak perasan. Apa yang Ridz fikirkan sangat tu? Macam masalah berat saja.. Pejabat okay ke atau papa terlalu membebankam Ridz? " soal Tan Sri Hisham.

Ridz menggeleng perlahan. Dia memandang kejap kearah Tan Sri Hisham di sisinya kini.

" Hmm alhamdulillah office okay saja,pa. Setakat ni Ridz boleh handle lagi dengan bantuan pekerja-pekerja di pejabat tu.. cuma.." luah Ridz. Berat baginya untik bercerita kepada papanya itu. Ridz bukan lah seorang yang gemar berkongsi cerita peribadi namun adakala dia perlu juga memberitahu segenap perkara kepada papanya itu untuk meminta pandangan dari orang yang lebih makan garam katakan.

" Cuba Ridz kongsikan dengan papa..mana tau papa boleh tolong.. ni mesti masalah berkaitan dengan Imani kan? Ridz tak bahagia?" tebak Tan Sri Hashim

Ridz agak terkejut apabila Tan Sri Hisham menebaknya begitu. Adakah terlalu jelas terpancar bahawa dia tidak bahagia dengan perkahwinan ini?

" Ehem.. ehem.." Ridz membetulkan suaranya yang seakan tersekat di kerongkong tekaknya itu. Berat untuk dia menjawab sebenarnya. Dia mengambil nafas sebelum memulakan bicara nya.

" Papa, kalau lah papa berada di tempat Ridz kan, apa yang papa lakukan? Adakah papa akan bahagia dengan perkahwinan yang sebegini?" Ridz mengabaikan pertanyaan Tan Sri Hisham itu tetapi sebaliknya dia menyoal papanya pula untuk meminta pandangan.

" Ridz dalam hidup ni kan, apa yang penting kita kena redha. Itu yang utama. Kenapa papa cakap macam tu? Sebab kita kena percaya dengan takdir yang telah diaturkan oleh Allah. Walau sejauh mana pun kita merancang, kita jangan lupa yang manusia hanya mampu merancang tapi.. Allah yang tentukan semuanya.. Setiap yang Allah uji pasti ada hikmahnya.. Percayalah selepas hujan pasti akan terbitnya pelangi"

Ridz memandang redup kearah Tan Sri Hisham. Nafas berat dilepaskan.

" Ridz.. papa tahu Ridz sedih sangat dengan pemergian Dahlia.. Papa kenal anak papa, anak papa ni seorang yang sangat penyayang sebenarnya. Tapi Ridz sendiri tahu kan setiap yang hidup pasti akan mati cuma masa, bila dan bagaimana itu semua rahsia Allah. Dengar cakap papa, kalau kita redha dengan apa yang terjadi dan tak menunding jari kepada orang lain, pasti kita akan bahagia. Belajar bukakan hati untuk orang lain. Belajar untuk terima Imani dalam hidup Ridz sebagai isteri. Perlahan-lahan pun takpe Ridz yang penting jangan menolak takdir yang Allah tentukan. Papa yakin Imani mampu menjadi isteri yang terbaik untuk Ridz.. Ridz cuba fikirkan apa yang papa cakap" Terang Tan Sri Hisham panjang lebar memberi nasihat.

Mata Ridz mula bergenang. Sebenarnya dia sebak. Dalam sekali maksud ayat papanya itu. Ya, betul bila difikirkan balik,selama ni memang salah dia sendiri. Dia yang tidak redha dengan permergiaan Dahlia sehingga menyebabkan Imani menjadi mangsa keegoannya. Ridz tidak bercakap banyak, terus dia memeluk tubuh Tan Sri Hisham.

" Ridz salah papa selama ni.. Ridz ego.. Ridz tundingkan kesalahan pada Imani sedangkan Imani tak bersalah dalam hal ni" ujar Ridz dalam sebak. Air mata jantannya menitis kali ini. Sungguh dia seolah-olah baru tersedar.

" Papa.. papa tolong doakan Ridz supaya Ridz kuat untuk bangkit dan mulakan hidup baru.." pinta Ridz yang masih lagi dalam dakapan. Tan Sri Hisham menggosok perlahan belakang Ridz untuk memberi semangat.

" InsyaAllah Ridz. Papa dan mama selalu doakan Ridz dan Imani supaya bahagia bersama. Papa tahu Ridz mampu lakukan semua ini. " kata Tan Sri Hisham sambil meleraikan pelukan.

" Terima kasih papa atas nasihat ni.. InsyaAllah Ridz cuba"

********

Sorry lambat update hari ni, nur busy sikit! apa-apa pun selamat membaca ❤️ tenkiu 4 ur support ;)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience