Bab 17 - Perkara Sebenar

Romance Completed 59171

IMANI dan Umar beriringan masuk ke sebuah kafe yang berdekatan dengan kawasan hospital tersebut. Mereka mengambil tempat duduk dan mula untuk membuat pesanan kepada pelayan kafe yang telah menghampiri mereka berdua.

" Err Imani, awak nak makan apa?" tanya Umar kepada Imani.

Imani menggelengkan kepala. Setelah apa yang terjadi tadi, dia tiada selera untuk makan mahupun minum saat ini. Meskipun dari pagi tadi lagi dia tidak mengambil sebarang alas perut hanya sekadar minum segelas air mineral sahaja sebelum melawat Dahlia tadi. Sekarang sudah pun menjengah tengah hari.

" Takpa, awak pesan saja la Umar. Saya takda selera nak makan sekarang.. hmm, cepat la bagitahu apa yang awak nak bagitahu sangat tu.. saya nak pergi tengok keadaan adik saya pula lepas ini" ujar Imani dengan suara yang sedikit menggesa.

" Ouh awak pasti ni? Minum pun tak nak? Okay kalau macam tu bagi saya order kejap ya.. saya tak sarapan lagi pagi ni.. sabar jap ya Imani.." luah Umar sambil cuba memujuk Imani supaya bersabar sebentar.

Imani sekadar mengangguk kan kepala untuk memberikan kepastian. Dia hanya melihat Umar yang berada di hadapannya kini memesan makanan dan minumannya.

" Okay Imani.. Sebelum tu, saya betul-betul nak minta maaf atas apa yang terjadi sebelum ni.. semua berlaku ni salah faham saja.. sa.."

" Saya dah maafkan awak Umar. Saya dah lupakan awak pun. Lagipun saya tak nak dituduh jadi perampas atau pengganggu rumah tangga orang lain" Imani memotong percakapan Umar terlebih dahulu tanpa mendengar penjelasan Umar yang sebenar.

" Imani... awak tolong denagar dulu penjelasan dari saya okay? Macam ni, sebelum ni ya saya mengaku memang salah saya sebab tinggalkan awak macam tu saja masa hari pertunangan kita.. Bonda saya.. dia yang rancang semua ni.. dia bagitahu yang dia sakit semasa berada di luar negara sana dan bonda ugut saya kalau saya teruskan juga pertunangan ini, saya takkan dapat jumpa dia selamanya.. saya buntu.. saya tak dapat fikir dengan baik masa tu.." terang Umar panjang lebar.

Imani sedikit tergamam apabila mendengar penjelasan Umar itu. Tidak pasti sama ada Umar bercakap benar atau tidak.

" Habis tu, yang surat awak hantar dekat saya mengatakan awak dah ada calon isteri dan nak kahwin dekat luar negara tu macam mana?"

" Okay, yang ni satu lagi... Bonda bagitahu saya yang dia sengaja buat surat tu dan hantar pada awak.. Dia tak nak awak ganggu saya lagi.. saya tak tahu pun tentang kewujudan surat tu sebelum ni. Semua tu tipu.. Saya tak pernah kahwin dengan sesiapa pun dekat sana dan tak pernah jadi suami orang pun selama dua tahun di sana, "

Imani sangat terkejut kali ini. Ternyata dia hidup dalam kebohongan selama ini. Perasaannya dipermainkan.

" Dan satu lagi.. ya bonda saya memang sakit.. Dia menghidap penyakit lemah jantung..Dia tak tipu sebab tu saya stay dekat sana jaga bonda sekaligus saya teruskan pengajian Master saya semasa di sana.. Saya terpaksa lupakan awak sementara..sebab bonda selama ni tak berkenan dengan awak sebab awak bukan dari golongan kenamaan.. tapi lepas kematian ayah, bonda nak balik Malaysia.. dia dah sedar segalanya bahawa kebahagiaan bukan datang dari harta dan wang.. Bonda juga dah jelaskan semua perkara.. lagi pula bonda sudah minta maaf pasal kejadian ni dan berharap dapat jumpa awak untuk pohon kemaafan atas apa yang berlaku dua tahun ni.."

Kelopak mata Imani sudah penuh denagn linanangan air mata. Dadanya turun naik menahan sebak. Sungguh dia tidak sangka kisah cintanya sebelum ini tidak direstui seperti kisah yang dipamerkan dalam drama di televisyen kini.

" Saya tak tahu nak cakap apa... saya tak sangka.. saya ditipu selama ni.. susah untuk saya terima semua ni dalam sekelip mata.." ujar Imani dengan nada yang tersekat-sekat menahan gelora didada.

" Imani.. awak, saya tahu awak terkejut.. saya pun terkejut semasa bonda beritahu perkara sebenar. Tapi sekurang-kurangnya saya bersyukur yang bonda dah berubah dan dia juga merestui kalau saya kembali bersama awak.. Tolong bagi saya peluang sekali lagi Imani untuk saya tebus segala kesilapan saya sebelum ni?" Umar meminta untuk diberikan peluang sekali lagi. Dia benar- benar berharap bahawa Imani boleh menerimanya kembali setelah apa yang berlaku.

Kendengaran deringan telefon Imani berbunyi secara tiba-tiba memotong perbualan antara Imani dan Umar ketika itu. Tertera nama ibunya diatas paparan skrin telefon miliknya itu. Imani segera mengangkat panggilan tersebut.

" Hello ibu.. ada apa bu? Haa! Apa? "

*******

"Alhamdulillah ibu, adik dah sedar! " ungkap Imani semasa melihat adiknya yang telah membuka mata di hadapannya kini.

" Syukur pada Allah sangat! Alhamdulillah ya Allah kau kabulkan doa ku"

Imani dan Puan Harlina mengucapkan syukur dengan apa yang terjadi. Ketika ini Dr Sofhea sedang memeriksa keadaan semasa Izzie.Meraka diminta keluar terlebih dahulu.

" Macam mana keadaan anak saya dr?" soal Puan Harlina kepada Dr Sofhea selepas dia keluar dari bilik tersebut.

" Alhamdulillah, cik Izzie dah sedar puan. Keadaan dia juga stabil tapi masih sedikit lemah. Cik Izzie perlu rehat yang cukup. Tapi, ada benda penting yang perlu saya bagitahu juga.." ujar Dr Sofhea mendatangkan debar pada dua wanita dihadapannya kini.

" Kenapa dengan adik saya dr? ada apa- apa yang teruk ke berlaku? " gesa Imani bertanya

" Sabar.. jangan risau tiada yang teruk cuma saya lihat dia mengalami sedikit trauma. Ini mungkin terjadi kerana dia yang memandu saat kemalangan tersebut. Cik Izzie perlukan rawatan susulan dengan pakar Psikologi selepas ini. Nanti saya akan uruskan pasal itu. Buat masa sekarang ini, jangan terlalu menggesa pesakit tapi selalulah bagi sokongan dan semangat yang positif kepadanya.." terang Dr Sofhea panjang lebar kepada dua beranak tersebut.

" Baiklah dr.. kami faham.. apa- apa nanti dr update kepada kami ya? "

Dr Sofhea sekadar mengangguk dan meminta diri dari situ. Mereka berdua memasuki ke wad Izzie kembali untuk berjumpa dengannya.

" Adik.. adik ada nak minum? atau apa- apa yang lain adik mahu? soal Puan Harlina

Izzie mengangguk dan meminta untuk meminum air kosong untuk menghilangkan haus di tekaknya. Dia kelihatan masih lemah dengan bibir yang pucat dan wajah yang lesu terpancar dimukanya.

Selepas memberikan air, Imani dan Puan Harlina membiarkan Izzie berehat dan tidur dulu. Puan Harlina meluahkan perasaan sedikit runsing kepada Imani melihatkan keadaan Izzie yang sedikit muram seketika tadi. Imani cuba menyakinkan ibunya bahawa Izzie akan pulih secepatnya selepas ini dengan izin Allah Swt.

******

Hai! Happy reading semua

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience