Bab 6 - Terlanggar

Romance Completed 59171

SEWAKTU mereka tiba di dewan utama, majlis belum lagi bermula. Majlis itu dijadualkan bermula pada jam 9 malam nanti. Masih berbaki 15 minit lagi sebelum majlis dimulakan secara rasmi.

Tiba- tiba sahaja Imani rasa mahu membuang air kecil. Dia mula meluahkan hajat nya kepada Ilyia yang berada disebelahnya sekarang.

" Liyaa, kau tunggu sini kejap eh.. aku rasa nak pergi buang air la kejap.. dah tak tahan ni.."

" Ouhh okay, kau nak aku temankan tak? takut sesat pulak sorang sorang nanti.." Ilyia menyoal Imani bimbang akan rakan nya tidak berjumpa jalan untuk kembali.

" Eh takpe takpe.. aku boleh pergi sorang.. tadi aku dah nampak sign board laluan ke tandas masa kita menuju ke dewan ni.. aa..akuu pergi dulu lahh.. nanti majlis start pulak" Imani pergi dengan tergesa gesa

" Haa ye lah, hati- hati tau.. apa apa call aku" laung Ilyia sedikit kuat kepada Imani yang telah membawa diri keluar dari dewan. Dia mula mencari meja makan yang telah menempatkan nama mereka sebagai tetamu majlis tersebut.

*******

Selesai melunaskan hajatnya, Imani membetulkan dirinya di hadapan cermin. Sekali bedak kompak di dalam tas tangannya diambil dan detekapkan secara nipis di muka nya yang putih bersih tanpa cela itu untuk mengemaskan apa yang patut.

Imani sememangnya wanita yang cantik. Walaupun dia tidak begitu tinggi namun badan nya yang ramping sesuai dengan ketinggiaanya cukup mempersonakan orang yang melihatnya. Wajahnya yang bujur sirih dan mata yang sedikit bundar pasti membuatkan mana mana mata yang memandang memuji dirinya itu.

Terdengar suara bergema di dewan utama menyambut tetamu yang datang, Imani cepat cepat ingin melangkah keluar dari tandas bimbang Ilyia mencari nya pula. Namun nasibnya begitu malang sekali apabila...

"Gedebukkkk!"

Imani memejam mata, serasa dirinya tadi melanggar sesuatu.. tetapi kenapa rasa macam dirinya seolah olah dipeluk seseorang pula.
Pantas dia membuka mata. Alangkah terkejutnya Imani apabila dia sekarang dalam pelukan seorang lelaki.

Setelah tersedar, Imani cepat cepat merungkaikan pelukan lelaki tersebut dan memandang ke arah wajah lelaki tersebut. Dia begitu terkejut melihat sang lelaki dihadapannya ini. Lelaki yang telah dilupakannya 2 tahun yang lalu.

" Err Iii.. Imani.. maaf saya tak sengaja terpeluk awak tadi niat saya nak selamatkan awak dari jatuh saja.." jelas Umar Faliq yang jelas terkejut kepada gadis jelita di depannya ini. Gadis yang sangat dirinduinya dan menjadi igaun dirinya setiap malam. Masih sama dan malah lebih cantik dari 2 tahun yang lalu semasa kali terakhir dia melihat Imani.

Terdengar saja ungakapan maaf dari sang jejaki yang sangat dikenalinya itu, Imani cuba menenangkan perasaan nya yang bergelodak ketika ini. Ketika ini air mata nya mula bertakung di kelopak matanya apabila secebis memori tentang lelaki di hadapannya ini kembali terlayar di fikirannya. Namun Imani cuba mengawal air matanya dari terjatuh ke atas pipi gebunya itu.

" Takpe, saya maafkan.. Maaf juga saya terlanggar awak tadi.. saya pergi dulu dan terima kasih" Imani meminta diri dengan suara yang bergetar menahan perasaan didada.

" Imani! Tunggu! saya nak cakap dengan awak sekejap..ada benda lagi yang belum kita selesaikan.. dah lama saya cari awk.. bagi saya satu peluang..please.." tegah Umar meminta Imani supaya tunggu seketika

" Maaf, dah takde apa yang kita nak bincang lagi.. Peluang tu telah saya bagi dulu, namun awak sia siakan dengan memlih untuk meninggalkan saya sewaktu hari pertunangan kita..jangan cari saya lagi.." Imani berkata lalu berlalu meninggalkan Umar Faliq terkebil kebil sendirian

********

Imani kembali ke dewan utama dengan mata yang sedikit merah dan berair. Cepat- cepat Imani mencari meja dimana Ilyia duduk bimbang temannya itu mula risau akan dirinya yang lambat kembali.

Setelah ketemu meja dimana tempat Ilyia duduk, Imani menghampiri meja tersebut dan duduk di sebelah Ilyia. Matanya yang sedikit berair cepat cepat di lap. Dia cuba berlagak biasa di hadapan teman baiknya itu seolah olah tiada apa yang berlaku.

" Imani! kau pergi mana lama sangat? aku dah mula risau tau, mana tau kau tak jumpa jalan ke dewan ni ke dan sesat ke mana mana entah. Dah lah aku sorang sorang kat sini.. eh jap! ni asal mata merah ni? Kau nangis ke?" soal Ilyia yang mula perasan akan mata Imani yang sedikit merah

" Ouhh ta..tadii.. aku... emm mata aku masuk habuk.. tu yang lama dekat tandas nak cuci mata ni.. haihh entah macam mana la habuk ni boleh masuk.. hehehe sorry Ilyia buat kau bimbang dan tunggu lama.." jelas Imani cuba berselindung dengan perkara yang sebenar terjadi di hadapan tandas tadi.

Bukan niatnya mahu menyembunyikan perkara sebenar tapi, dia tidak mahu keadaan menjadi rumit. Imani sangat mengenali Ilyia, apabila perkara yang berkaitan dengan kisah lalunya pasti Ilyia akan bising dan mencari lelaki berkenaan.

"laa ye ke..aku ingat kan apa la tadi.. pastu elok dah ke mata kau? dah keluar habuk tu?

" Dah.. dah kekuar dah pun.. kau jangan risau eh.. dah jom lah kita fokus ke majlis ni.. MC dah nak nak mulakan majlis tu.." terang Imani cuba berdalih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience