Bab 13 - Amaran

Romance Completed 59171

SUDAH tiga hari Dahlia dan Izzie berada di dalam ICU. Masing-masing masih tidak sedarkan diri dan masih tiada tanda- tanda positif untuk sedar. Seluruh keluarga masing-masing hanya mampu berdoa kepada Allah.

Ridz dan Imani sudah pun dibenarkan keluar dari hospital kelmarin. Keadaan mereka juga semakin baik.Hubungan antara tiga keluarga itu juga baik sewaktu mereka bertemu di hospital tempoh hari. Masing-masing saling memberi semangat untuk anak-anak mereka untuk pulih.

Namun, disebalik hubungan silaturrahim yang tercipta, ada yang masih bermasam muka dan menyimpam dendam di dalam hati.

Ridz masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa Dahlia masih tidak sedarkan diri.. sudah lah tarikh perkahwinan mereka hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi. Ridz menyalahkan Izzie dan Imani diatas kemalangan yang berlaku.

Ilyia dan Imani berjalan menuju ke wad Izzie ditempatkan. Hari ini baru Ilyia dapat melawat keadaan Imani dan Izzie hal ini kerana selama 3 hari sebelum ini dia terpaksa ke Pahang untuk menguruskan satu projek yang baru diperolehi di sana. Meskipun, dia disana Ilyia selalu bertanya khabar kedua beradik itu melalui telefon Puan Harlina.

Kerja Imani yang tergendala juga telah diberikan tanggungjawab kepada staf lain untuk menguruskannya sementara Imani bercuti sakit dan menjaga adiknya di hospital untuk beberapa hari ini.

Mereka menunggu pintu lif terbuka untuk naik ke tingkat atas, tiba - tiba pintu lif terbuka dan ketika itu juga muncul wajah yang digeruni oleh Imani iaitu Ridzwan. Ridz berjalan keluar dari lif dan melintasi kedua wanita tersebut sebelum mulutnya bersuara..

"Ouh ya, Ingat Imani.. kau jangan ingat kau boleh terlepas macam tu je setelah apa yang terjadi. kalau apa- apa yang berlaku pada Dahlia aku tak kan maafkan kau orang dua beradik! Ini semua terjadi sebab kecuaian kau dan adik kau! " ujar Ridz memberi amaran dengan nada yang sinis lalu dia berlalu dari situ.

Imani tergamam mendengar amaran dari bibir Ridzwan. Matanga juga mula bergenang dengan air mata. Dadanya naik turun menahan sebak didada.Sungguh dia takut dengan kata- kata lelaki itu tadi. Meski dia sendiri juga menyalahkan dirinya sendiri kerana leka sebelum kejadian tersebut.

"Perkara ni takkan jadi kalau aku tak benarkan Izzie bawa kereta hari tu.. Padahal aku dah tahu dia tak biasa bawa kereta kat jalan Malaysia ni.. Dan waktu tu aku, lalai dengan berbual dengan dia.." Imani meluahkan dengan perasaan yang sayu.. sungguh dia meletakkan kesalahan terjadinya kejadian itu berpunca darinya.

" Imani.. kau jangan peduli sangat dengan kata- kata Encik Ridz.. mungkin dia masih bersedih dan tak boleh berfikir secara rasional lagi..lagipun tiada siapa pun yang nakkan benda ni jadi. Semua ni aturan dan ujian dari Allah.. kau banyak bersabar dan berdoa ye? lepas ni walau apa- apa jadi aku akan sentiasa ada dengan kau.. kau jangan risau ya? " Pujuk Ilyia sambil menggosok perlahan belakang Imani dengan hasrat dapat menenangkan Imani disebelahnya itu.

" A..Akuu.. tak tahuu nak rasa apa sekarang liya.. aku tak boleh nak salahkan dia kalau dia nak menghukum aku begitu.. memang kami cuai.. tapi.. adik aku pun masih kat dalam ICU dan tak sedarkan diri.. aku pun rasa apa yang dia rasa, rasa takut kehilangan orang tersayang..." luah Imani dengan air mata yang akhirnya jatuh jua ke pipi gebunya itu.

Dia juga takut, takut akan ayat nya yang terakhir jika ianya menjadi kenyataan.

" Aku faham Imani, kita sama - sama doa okay? insyaAllah semuanya baik- baik. Dah kau jangan nangis lagi, nanti ibu tengok keadaan kau macam ni, ibu pun turut sedih tau." ujar Ilyia

" Thanks Ilyia sebab selalu faham dan sokong aku"

Imani hanya tersenyum nipis memandang Ilyia. Mereka berdua beriringan memasuki ke dalam lif menuju ke tingkat atas.

********
Ridz dalam perjalanan menuju ke kondominium miliknya untuk membersihkan diri. Kepala nya berserabut saat ini. Banyak yang difikirkan termasuk pertemuan antara dia dan Imani di depan lif tadi.

Bukan niat sebenarnya untuk mengatakan sebgitu kepada Imani, namun setiap kali dia memandang Imani jiwa nya meronta ronta menyalahkan Imani dan adiknya diatas kemalangan yang berlaku.

"Arghhhhhh! Kenapalah kau selalu bawa malang dalam hidup aku Imani!" jerit Ridz di dalam keretanya itu

Setelah sampai ke kondo miliknya itu, Ridz merebahkan badannya di atas sofa ruang tamu kondonya. Matanya meliar ke segenap ruang rumah itu.

Timbul rasa kesal di hati kerana, sepatutnya sekarang ini mereka sedang menghitung hari untuk menjadi pasangan suami isteri. Dan kondo yang didiami nya kini merupakan kondo yang dibeli khas oleh Ridz untuk mereka tinggal selepas berkahwin nanti.

" Abang besarnya kondo ni.. view dia pun cantik sangat.. boleh nampak KLCC..tak sabarnya Sayang nak mulakan hidup baru dan mencipta kebahagian dengan abang dekat rumah ni! Cantik sangat kondo ni.. Sayang suka, pandai abang pilih.." ujar Dahlia penuh kegembiraan dan teruja.

Terbayang kegembiraan Dahlia sewaktu pertama kali dia menunjukkan kondominium ini kepada Dahlia selepas mendapat kunci kondo itu. Perasaan sebak mula hadir ke dalam dirinya bila mengenangkan Dahlia yang sedang bertarung nyawa dalam ICU sekarang ini.

Ridz bangun lalu memasuki biliknya untuk membersihkan diri dan kembali ke hospital untuk melihat tunang kesayangannya itu.

*******

p/s: kalau suka boleh tinggalkan komen, rate dan follow nur! thank you for your support :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience