Bab 14 - Niat

Romance Completed 59171

HARI ini genap seminggu Dahlia dan Izzie dalam keadaan koma namun tahap kritikal telah dilepasi dan mereka berdua ditempatkan di wad biasa. Dahlia di letakkan di bilik VIP yang menempatkan katilnya seorang dan mempunyai ruang untuk orang menjaga. Manakala, Izzie di tempatkan diwad kelas satu iaitu wad yang mempunyai dua buah katil.

Meski hari berganti hari ketiga- tiga buah keluarga tersebut tidak pernah lekang dari menjaga dan memantau keadaan semasa anak-anak mereka.

Ada juga ketika Puan Harlina dan Imani datang melawat keadaan Dahlia semasa Ridz pulang ke rumah untuk rehat seketika dan membersihkan dirinya. Hal ini, untuk mengelakkan dari hatinya tersakiti dan terluka apabila menerima kata- kata ugutan dan kemarahan dari Ridz.

Ridzwan sekelurga dan Dato Arash serta Datin Salmi juga tidak putus-putus menjaga dan melawat Dahlia setiap hari. Mereka bergilir- gilir menjaga Dahlia kerana ada tugas dan tanggungjawab yang perlu di selesaikan di pejabat masing-masing.

Sewaktu Ridz merenung Dahlia yang masih koma diatas katilnya, tiba- tiba...

" Mama, papa, uncle, aunty! Jari Dahlia! Jari Dahlia bergerakk sedikit! Ya Allah, cepat panggilkan doktor!" jerit Ridz sedikit kuat kerana terkejut akan kejadian itu. Mujurlah mereka berada di bilik VIP sekarang ini. Tidaklah menggangu pesakit yang lain.

Seketika terdengar suara doktor dan dua orang jururawat menuju ke ruangan wad itu.Doktor meminta untuk mereka keluar sebentar supaya dia boleh membuat pemeriksaan lanjut terhadap Dahlia.

Pintu bilik dibuka, semua ahli keluarga mula mendekati doktor yang bernama Zariff itu.

" Bertenang semua, Alhamdulillah cik Dahlia sudah mula sedar dan sekarang ini dia sedang tidur kembali. Keadaannya juga stabil. Cuma dia perlukan rehat yang cukup dan tidak boleh ada gangguan buat masa sekarang kerana keadaanya yang masih lemah. InsyaAllah bila dia bangun nanti, semuanya baik- baik saja" ungkap Doktor Zariff kepada semua ahli keluarga tersebut.

Semua orang yang berada disitu mengucapkan kata syukur kepada Allah Swt kerana memakbulkan doa mereka untuk melihat Dahlia sedar dan stabil kembali.

" Err doktor, boleh ke kami masuk ke dalam sekarang?" Ridz bersuara tiba-tiba.

" Boleh tapi dengan syarat tidak boleh menggangu pesakit. Dan hanya dibenarkan seorang saja dalam satu masa" terang Dr Zariff

Ridz menggangukkan kepalanya dan tersenyum nipis menampakkan lekuk di pipi kirinya itu. Dalam hatinya mengungkapkan sejuta rasa syukur kepada Allah swt kerana doanya dimakbulkan.

*******

Dalam masa yang sama, sekembalinya Imani dari rumah menuju ke wad adiknya ditempatkan, Imani terdengar akan perbualan beberapa orang jururawat yang berkumpul di kaunter pertanyaan utama aras tersebut. Kakinya mula berhenti melangkah apabila terdengar nama Dahlia.

" Alhamdulillah.. Cik Dahlia anak dato Arash tu dah sedar kata Dr Zariff tadi.. Beruntung lah cik Dahlia ramai orang yang sayang kan dia ye lah, terutama sekali Encik Ridz tu, berapa kali dia datang sehari untuk jaga dan pantau keadaan cik Dahlia kan.. sweet betul! " kata salah seorang jururawat yang berada di situ.

Imani yang mendengar berita gembira tersebut mengucapkan syukur. Sekurang- kurangnya kurang sedikit rasa bersalahnya terhadap pasangan tersebut.

Imani lekas- lekas berlalu di situ untuk memberitahu Ibunya yang sedang menjaga Izzie di wad tentang khabar gembira ini. Di dalam hatinya tidak putus- putus berdoa agar adiknya, Izzie juga akan sedar dan pulih tidak lama lagi.

*******

" Assalamualaikum ibu, maaf Imani lambat. Ohh ya Ibu, Imani ada berita gembira nak bagitahu ibu" ujar Imani

" Waalaikumussalam Imani.. ye kenapa tu kak? bagitahulah ibu cepat" ujar Puan Harlina sedikit menggesa

" Ibu, tadikan Imani tak sengaja terdengar jururawat kat depan kaunter tu berbual, Imani dengar diorang cakap yang Cik Dahlia dah sedar, bu. Alhamdulillah!" ujar Imani sedikit teruja

" Alhamdulillah, semunya dalam keadaan baik. Bagus lah begitu. Ibu harap adik kamu pun akan sedar dan pulih sepeti biasa kembali" luah Puan Harlina sedikit sayu melihat anaknya yang terbaring kaku di atas katil itu yang hanya ditemani bunyi mesin yang menunjukkan nadi pesakit itu.

" InsyaAllah ibu, Imani harap adik pun akan pulih secepatnya dan boleh bercakap serta bergurau dengan ibu macam biasa" Imani berkata kepada ibunya untuk memeberi semangat.

Puan Harlina hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum nipis. Dalam hatinya tak pernah putus berharap dan berdoa kepada Allah supaya semua kembali sihat seperti sedia kala.

" Kalau ada masa, ibu berhajat nak ajak Imani pergi melawat cik Dahlia, Ibu rasa serba salah kalau tak pergi memamdangkan dia dah sedar. Memang la keluarga mereka baik-baik saja dengan kita tapi Ibu tak nak mencetuskan kemarahan Encik Ridzwan tu.. ermm kalau keadaan dah reda sikit kita pergi jenguk meraka ya? ataupun Imani wakilkan ibu je, boleh? tanya Puan Harlina bimbang untuk meninggalkan Izzie seorang diri di wad ini.

" InsyaAllah ibu, Imani pun ada niat juga nak melawat keadaan cik Dahlia.. nanti keadaan reda sikit, Imani pergi ya.. ibu jangan risau.." getus Imani

*******

Jangan lupa untuk komen dan rate ya! thank you for your support ❤️ happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience