Bab 5 - Rasa Bersalah

Romance Completed 59171

IMANI mengenakan sehelai dress labuh yang berwarna biru cair sesuai dengan kulitnya yang putih gebu. Dihujung lengan dan bawah dress tersebut terdapat perincian manik swarovski yang berkilau. Manakala tudung, imani memakai square scarf daripada jenama Duck yang berwarna putih dengan gaya yang sesuai.

Pemakaiannya nampak begitu elegan namun kekal simple dan sopan sahaja. Imani memusingkan badannya dihadapan cermin biliknya untuk melihat sentuhan terakhirnya.

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia tersenyum sambil menggeleng kepala melihat nama pemanggil di iPhone 11 nya itu.

" ish minah ni, tak menyempat betul.. janji pukul 8, sekarang baru pukul 7:50, entah apa yang dia kalut pun tak tahu la.." gumam Imani sendirian sambil menekan punat angkat panggilan dari Ilyia.

" haa ye cik Ilyia, saya dah siap. awk dah sampai ke? tak menyempat betul awk ni ye.."

" heehehe, ya aku dah sampai.. dah ada depan pagar rumah kau dah pun sekarang ni.. turunlah cepat.." gesa Ilyia tidak sabar.

Imani menuruni tangga sambil mencari ibunya didapur untuk memaklumkan keberangkatannya selepas ini.

Hampir terkejut Puan Harlina apabila sepasang tangan memeluknya dari belakang semasa dia membasuh pinggan di sinki. Siapa lagi kalau bukan Imani.

Di rumahnya ini hanya tinggal dia dan 2 anak perempuannya iaitu Imani Medina dan Izzie Maisara selepas arwah suaminya meninggal dunia akibat kanser luekimea. Izzie pula tiada dirumah kerana melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang perubatan di negara Mesir. Maka tinggal lah dia berdua dengan Imani sepanjang Izzie belajar disana selama 5 tahun pembelajaran disana dan berbaki 1 tahun saja lagi sebelum kembali ke tanah air.

" Anak ibu seorang ni.. manja betul.. macam mana nak kahwin ni kalau asyik nak melekat dengan ibu je.. " Puan Harlina berpaling ke belakang mengadap Imani sambil mengeringkan tangannya di bajunya.

" ish ibu ni.. ke situ pulakk.. Imani rasa serba salah la tinggal ibu sorang sorang kat rumah ni.. dah la Izzie tak ade.. Ibu betul ke takpe?" soal Imani dengan wajah yang runsing

" Alahai Imani, tak payahlah risaukan ibu.. ibu bukan budak kecil lagi.. ibu dah biasa.. sudah la tu pergi cepat, kesian Ilyia tunggu kat luar tu.."

Bunyi hon dari tadi menandakan Ilyia telah memanggilnya untuk bertolak ke destinasi mereka bagi mengelakkan kelewatan.

" Okayy ibu, baiklah.. ibu jaga diri tau! kunci semua pintu nanti duduk dalam bilik.. kalau ada apa apa terus call imani eh?"

" ya.. kamu jangan risau.. taulah ibu jaga diri nanti.." terang Harlina..

Imani menyalami tangan ibunya dan mencium kedua dua belah pipi tersebut sebelum melangkah keluar rumah menuju ke kereta Honda City milik Ilyia.

Ilyia merela hati untuk menjemput Imani hal ini kerana dia yang beria- ia untuk mengajak Imani ke majlis tersebut.

" Jaga Imani elok- elok ye! Kamu pun bawa kereta pun hati- hati jangan laju sangat!" Pesan Puan Harlina sedikit kuat kepada Ilyia

Kereta Ilyia membunyikan hon kepada Puan Harlina sebelum kereta nya laju memecut meninggalkan perkarangan rumah Imani.

*******

Semasa dalam perjalanan Imani mula bersuara memulakan perbualan mereka.

" Liyaa.. aku rasa nervous laa.. aku tak biasa la dengan event macam tu... kalau event kecil okay lah, ni event besar dengan ramai orang kenamaan hadir lagi.." Imani meluahkan rasa gemuruh didadanya

" kau relaks je lah babe. aku kan ada.. kau stay je dengan aku.. kalau nak pergi tandas pun ku ajak la aku.. lagipun, kita tak payah lama lama kat situ.. kesian ibu kau duk sorang-sorang kat rumah kan.." terang Ilyia panjang lebar sedikit sebanyak menenangkan hati sahabatnya itu..

" okayy Liyaa.. lega aku bila kau cakap begitu.. aku bukan apa, aku risau kat ibu sorang- sorang kat rumah.. sorry sebab aku kau tak boleh stay lama kat majlis tu nanti"

Imani rasa sedikit serba salah kepada Ilyia. Kerananya Ilyia tidak boleh berlama - lama di majlis tersebut. Sebab tu juga antara salah satu sebab dia tak mahu pergi ke event seperti ini, takut ibunya keseorangan di rumah selalu.

" Aku okay la Imani.. aku faham keadaan family kau.. kau jangan risau okay? aku pun tak boleh nak stay lama jugak esok aku ada meeting pagi-pagi lagi dengan klien dari Johor, so kena tidur awal"

Ilyia faham keadaan family Imani. Semenjak kematian arwah ayah Imani, mereka hanya tinggal berdua di rumah itu. Hal ini kerana Izzie, adik bongsu Imani sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.

" Thanks sebab selalu faham aku.. kau lah sahabat dunia akhirat aku.. "

" ye, kau pun sahabat dunia akhirat aku juga.. dah lah, tak mau sedih sedih macam ni.. kita nak pergi event untuk release stress, makan dan paling penting boleh cuci mata, hahahaha" sakan Ilyia gelak ketawa

Imani hanya menggelengkan kepala melihat teman disebelahnya ini. Ilyia memang sahabat yang memahami dan baik meski dia merupakan seorang yang happy go lucky, tapi masih peka dan ambil berat tentang dirinya selalu.

Dalam tak sedar, perjalanan mereka yang mengambil masa 30 minit dari Bangi telah sampai ke destinasi yang dituju iaitu di hotel Royale Chulan Damansara yang bertaraf 5 bintang di bandar Kuala Lumpur.

*******
P/S: kalau korang suka cerita ni, boleh komen dan follow nur! Thank you sudi baca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience