Bab 19 - Ijab dan Kabul

Romance Completed 59171

"AKU terima nikahnya Imani Medina binti Eimran dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai" ucap Ridz melafazkan ijab dan kabul antara dirinya dan juga Imani dengan sekali lafaz sahaja. Masing-masing menadah tangan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT selepas saksi mengungkapkan perkataan sah.

Maka terikat lah satu ikatan perkahwinan antara dua insan tersebut. Bapa saudara sebelah arwah ayah Imani, Encik Elham telah menjadi wakil wali kepada Imani disebabkan dia tidak mempunyai adik -beradik lelaki untuk majlis akad nikah tersebut.

Ketika lafaz sah kedengaran, air mata Imani berguguran menyentuh lembut pipi gebunya yang telah disolek tipis sewaktu menadah tangan. Sungguh dia sebak ketika ini. Tiada kata yang mampu mengungkapkan perasaannya sekarang. Imani tidak menyangkakan bahawa dia akan berkahwin dalam masa terdekat ini dan dengan orang yang tidak dicintainya malah lelaki itu pula membencinya.

Ridz dan Imani bersetuju untuk berkahwin apabila kedua-dua ibubapa meraka merestui perkahwinan mereka. Puan Sri Auliya memujuk Ridz untuk menerima Imani memandangkan ini juga merupakan amanat terakhir dari Dahlia. Justeru, Dato Arash dan Datin Salmi juga merestui perkahwinan ini kerana mereka berdua ingin menunaikan hasrat terakhir anak kesayangannya itu. Mereka yakin bahawa Imani mampu membahagiakan Ridz seperti mana Dahlia mampu membahagiakan Ridz. Sudah dianggap Ridz itu sebagai anak mereka sendiri.

Sudah tiga hari berturut-turut sebelum ini,Imani membuat solat istikarah dan ternyata gerak hatinya mengatakan bahawa Ridz adalah jodohnya. Meski dia tidak cintakan Ridz, tapi tekadnya usai saja lafaz ijab dan kabul antara mereka, dia akan belajar untuk mencintai suaminya itu perlahan-lahan demi janjinya pada Dahlia untuk bahagiakan Ridz. Imani percaya dengan takdir yang diaturkan oleh Allah.

Puan Harlina juga menyokong segala keputusan yang dibuat oleh Imani. Dia yakin bahawa Imani cukup tahu dengan keputusan yang dibuatnya. Ini kerana segala keputusan diletakkan pada tangan Imani sendiri demi masa depannya.

Majlis persandingan yang diadakan di hotel itu hanya diadakan dengan ringkas berbanding yang dirancang sebelum ini. Ini kerana, untuk menghormati pemergian Dahlia yang baru sahaja genap seminggu.

" Dahlia.. abang harap Dahlia tenang dan bahagia disana dengan keputusan yang abang buat. Abang dah buat apa yang Dahlia mahukan.." gumam Ridz di dalam hatinya saat ini yang sedang bersanding di atas pentas bersama Imani disisinya.

Usai majlis tersebut semua hadirin sudah beransur pulang kerumah masing-masing. Hari juga sudah menginjak ke tengah malam. Ridz membawa Imani pulang ke kondominium miliknya. Barang- barang kepunyaan Imani juga sudah dibawa oleh Imani tadi sebelum ke dewan ini dari rumah. Mereka menumpang kereta Encik Elham untuk ke hotel tersebut sementara kereta Imani masih lagi di bengkel.

********

Imani menaiki kereta milik Ridz menuju ke kondo lelaki tersebut. Ridz mula bersuara memecahkan kebisuan antara mereka sedari tadi.

" Kau tau kan, yang aku setuju dengan perkahwinan ni sebab amanat Dahlia? Jadi aku tak nak kau berharap apa-apa pun dengan perkahwinan ni.. Aku tak cinta kan kau, malah tengok muka kau pun aku rasa sakit hati..Jadi aku tak tau sampai bila ianya akan bertahan, tapi yang pasti ia takkan kekal lama.. kau hanya bersedia bila masanya tiba.." ujar Ridz terang-terangan tanpa menjaga hati Imani sedikit pun.

Sungguh dia tiada hati buat Imani. Setiap kali dia melihat wajah Imani hanya kebencian yang dia lihat hal ini kerana mengigatkan dirinya bahawa Imani lah penyebab dia kehilangan Dahlia. Baginya juga, Imani hanya mahu mengambil kesempatan atas dirinya dalam perkahwinan ini tambahan pula dia akan menjadi CEO dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, Imani disebelahnya agak tersentak dengan pengakuan terlalu jujur seorang Ridzwan Haqeem itu. Sedikit sebanyak kata- kata Ridz itu telah mengguris perasaan Imani.

" Saya faham yang awak terpaksa terima saya.. tapi walaubagaimapun saya nak ucapkan terima kasih sebab sudi menikahi saya walau kita berdua saling tidak mencintai.." ucap Imani lembut menjawab kata-kata Ridz meski hatinya kini dirobek kesedihan.

'Imani.. kau jangan tunjukkan kesedihan kau.. kau kena kuat demi mempertahankan perkahwinan ini... sekarang kau dah jadi isteri dia..Macam mana pun, tanggungjawab kau kepada dia, jangan diabaikan meski dia berlaku sebaliknya pada kau.. sekarang ni syurga kau di bawah telapak kaki Ridz, ingat janji kau dengan Dahlia..' Tekad Imani sendirian di dalam hati memberi semangat kepada dirinya itu.

" Okayy baguslah kalau kau faham.. aku tak kisah kau nak buat apa lepas nk janji kau jangan campur hal aku dan aku takkan campur hal kau. kita buat haluan masing-masing.. faham? soal Ridz bernada tegas sambil memandang kejap Imani disisnya sekarang.

" Saya faham.. awak jangan risau.. saya tau batas saya Ridz.." lirih Imani berkata.. Sungguh dirinya juga tidak tahu selama mana perkahwinan ini akan bertahan, namun selagi mampu dia akan pertahankannya.

********
Semasa memasuki kondo tersebut, Ridz meminta mereka untuk duduk bilik berasingan. Bagi Imani dia tidak kisah, kerana dia juga tidak sedia untuk tinggal sebilik dengan suaminya itu.

" Sebelum tu aku nak bagitahu beberapa perkara. First, kalau kau lapar kau boleh masak untuk diri kau sendiri. Nanti barang dapur kita boleh pergi beli lepas ni. Second, jangan sesekali masuk dalam bilik aku especially semasa aku tiada di rumah.. dan yang terakhir jangan sibuk hal aku kalau aku tak balik ke kondo ni.. faham?" ujar Ridz memberi syarat kepada Imani.

" Okay baiklah.. Emm, kalau takda apa-apa saya nak minta diri untuk masuk bilik dulu, nak bersihkan diri.. terima kasih sebab bagi saya tumpang tinggal kat sini.." Imani masuk menuju bilik yang ditunjukkan oleh Ridz tadi. Sungguh mental dan fizikal nya penat sekarang ni. Imani masuk berbaring merehatkan dirinya diatas katil yang sudah tersedia dalm bilik tersebut. Baju pengantin yang dipakainya masih lagi lerletak elok di atas badannya. Entah bila dia terlelap semasa berbaring tadi..

*******

Umar memandang gambar persandingan Imani dan Ridz di dalam Instagram yang telah dimuat naik oleh Ilyia. Air mata jantannya mengalir. Musnah segala perancangannya untuk menawan hati Imani kembali. Sungguh dia cintakan Imani. Perasaanya tidak pernah berubah dari dulu meskipun hingga saat ini.

Umar sangat terkejut apabila mengetahui bahawa Imani akan berkahwin dengan temannya sendiri, Ridzwan. Mereka berkawan ketika sama-sama melanjutkan pelajaran di London Business School dalam bidang MBA semenjak dua tahun lepas.

Meskipun Umar dijemput ke majlis tersebut namun dia tidak sanggup pergi untuk melihat cinta hatinya sedang bersanding dengan lelaki lain. Hancur hatinya saat ini. Sungguh takdir tidak pernah menyebelahinya.

" Dalam banyak-banyak lelaki di dunia ni kenapa Ridz,Imani? Dia kawan aku sendiri... sungguh aku kecewa ya Allah.." ucap Umar dengan suara yang serak basah akibat menangis. Sungguh hatinya dirobek teruk kali ini. Sudahlah cinta hatinya sudah berkahwin malah, temannya pula yang menjadi suami kepada Imani.

" Mungkinkah ini kifarah pada aku dengan apa yang aku dah lakukan kepada Imani.." gumam Umar sendirian agak sesal

*******

Bagaimana agaknya kehidupan Imani selepas ini? Selamat membaca semua! -Nur-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience