Bab 22 - Cemburu?

Romance Completed 59171

"AWAK.. saya tak perasan awak ada dekat belakang, sorry.." ujar Imani yang agak terkejut melihat kelibat Ridz di belakang nya dan kini turut sama berada didalam lif itu.

" Hmm manalah kau nak perasan kalau tengah seronok keluar dengan jantan lain kan? Nak hantar adik kau ke hospital konon, tapi sebenarnya menggatal dengan laki lain kat luar tu.." tempelak Ridz kepada Imani

" Ridz, awak salah faham ni. Saya bukan yang macam awak fikirkan tu.. Tadi tu kawan saya yang tolong hantar kan tadi.. Memang betul saya dari hospital..kalau tak percaya awak boleh call ibu tanya ibu sendiri" terang Imani bagi menjelaskan perkara sebenar

" Ehh sudah lah.. kau tak payah nak tunjuk baik lah.. entah - entah jantan tadi juga kau nak perangkap kan? mangsa seterusnya lepas aku ceraikan kau, macam tu? " tuduh Ridz melulu

" Ya Allah! apa yang awak merepek ni.. saya.."

" Dah lah, aku tak nak dengar apa- apa alasan kau tu laa.. pura-pura baik konon!" Ridz memotong percakapan Imani. Lalu dia keluar dari lif setelah lif itu terbuka ke tingkat yang telah ditekan oleh nya sebentar tadi.

Sekali lagi Imani terkedu. Lidahnya ternyata kelu untuk berkata- kata. Sanggup Ridz menuduhnya sebegitu rupa. Dia buntu ketika ini. Semua perkara yang dia lakukan, kelihatan buruk di mata Ridz.

Mampukah Imani melembutkan hati lelaki yang bernama Ridzwan Haqeem itu demi menunaikan hasrat arwah Dahlia? Imani berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu kondo mereka dengan perasaan yang bercampur baur. Sungguh dia kecewa dengan Ridz. Dalam masa yang sama dia juga marah. Marah kepada dirinya sendiri kerana tak mampu untuk mempertahankan dirinya dihadapan lelaki sinis itu setiap kali dia dituduh melakukan perkara yang buruk itu.

Ridz masuk ke dalam biliknya. Kebetulan dia balik mahu berehat di rumah tengah hari itu setelah semalaman dia tidak pulang ke kondo kerana tertidur di pejabatnya itu dek terlalu kepenatan meyelesaikan banyak kerja.

Namun kebetulan semasa dia sampai di tempat parking, dia pelik apabila melihat kelibat kereta Umar di kawasan parking kondonya itu. Setahu dirinya, Umar tidak tahu dimana tempat dia tinggal selain dari rumah ibubapanya.Lagi mengejutkannya apabila dia melihat Imani keluar dari perut kereta Umar. Dia hanya memerhati dari jauh dan apabila kereta Umar berlalu, barulah dia menghampiri Imani.

Pelbagai persoalan yang menjengah di benak fikiran Ridz ketika ini. Macam mana Umar mengenali Imani? Apa hubungan mereka? dan kenapa Umar menghantar Imani sedangkan Imani memberitahunya mahu ke hospital.

Patutlah dia melihat Umar kelam kabut keluar masa waktu makan tengah hari tadi. Rupanya-rupanya dia sibuk nak berjumpa dengan Imani.

Umar sememangnya bekerja dengan syarikat Gemilang. Tan Sri Hashim mengambilnya berkerja sebelum ini selepas kepulangannya dari London. Lagipula Umar merupakan kenalan Ridz semasa di sana dan sememangnya Umar mempunyai kredibiliti yang bagus dalam kerja. Sebab itulah dia diterima masuk di syarikat besar tesebut.

******

" Hanan, panggil Umar masuk bilik saya sekarang." Ridz memberi arahan kepada pembantu peribadi nya melalui sambungan interkom biliknya itu.

" Baiklah Tuan Ridz, sebentar saya panggilkan" jawab Hanan di sebelah sana.

Seketika kemudian terdengar ketukan diluar pintu biliknya itu menandakan Umar sudah berada diluar. Ridz memintanya untuk masuk. Lalu Umar duduk di kerusi meja hadapannya itu.

"Ada apa kau panggil aku pagi- pagi lagi ni bro? Ada benda penting ke? soal Umar Faliq dengan nada yang bersahaja. Ridz dihadapannya kini sudah menunjukkan tampang serius.

" Aku tak nak berkias. Terus terang aku tanya kau, semalam aku nampak kau hantar Imani ke kondo aku. Apa sebenarnya hubungan kau dengan Imani? macam mana kau kenal dia?" soal Ridz bertalu-talu.

Umar agak terkejut dengan soalan Ridz. Macam mana Ridz tahu dia kenal Imani?

" Sa-sabar Ridz.. Aku dan Imani dah lama kenal.. Emm panjang ceritanya.. " jawab Umar

"Pendekkan" celah Ridz

"Err..sebenarnya dia tu bakal tunang aku dulu sebelum aku berangkat ke London.. tapi disebabkan ada masalah yang terjadi aku tak jadi bertunang dengan dia..so balik ni pum aku hanya berkawan saja dengn dia" ujar Umar bersungguh bagi menjelaskan situasinya itu

" Ohhh jadi korang dah kenal lama la? Kau tau ke dia tu isteri aku? Ke korang berdua ada komplot apa-apa belakang aku hah? Kau masih sayang kan dia ke Umar?" Ridz bertanya dengan nadanya yang sudah naik seoktaf. Sungguh kepalanya serabut kini

" Ridz, aku dengan dia dah takde apa-apa.. Aku cuma kawan dengan dia.. dan aku takda rancang apapun belakang kau.. Lagipun,aku tahu dia isteri kau.. Percayalah " kata Umar cuba meyakinkan Ridz yang sudah kelihatan berserabut

" Haishh entah lah! aku tak tahu nak percaya ke tak sekarang ni. Kenapa semua orang yang aku kenal ada kaitan dengan dia hah! " tempelak Ridz sedikit kuat

"Ridz.. percayalah.. aku dengan Imani dah tiada apa hubungan.. Dia dah lama lupakan aku.. aku pun hanya kawan biasa dengan dia..tak lebih dari tu pun.. "

"Tapi.. satu je aku nak pesan dengan kau tolong jaga dia baik-baik Ridz.. Imani wanita yang sangat baik.. kalau kau tak mampu nak bahagiakan dia, tolong lepaskan dia dengan cara yang baik.. aku tak nak dia terseksa.." Ujar Umar. Sungguh dia maksudkan ayat terakhirnya itu.

"Haahhaahahah.. kedengaran Ridz gelak..kenapa? Dia ada mengadu apa-apa ke dengan kau? Eh Umar! kau ingat aku tak tahu ke kalau aku ceraikan dia kau nak kahwin dengan dia kan? Lepastu korang berdua suka la tengok aku ni dah jatuh tersungkur, begitu? Jangan harap aku akan lepas kan dia lah!" tempik Ridz

" Ridz! apa kau cakap ni. Tolong fikir rasional sikit boleh tak? Aku betul-betul hormatkan kau sebagai kawan aku dan bos aku.. Aku tak nak gaduh dengan kau sebab hal ni.. tapi kalau kau buat apa- apa dengan Imani, mungkin apa yang kau cakap tu boleh jadi benar.. dah lah kau fikir lah apa yang aku cakap, aku keluar dulu.. kau fikirlah baik-baik" ujar Umar sambil berlalu pergi

'Arghhhhhhh! tak guna betul! Imani kau betul- betul huru-harakan hidup aku, aku takkan benarkan kau bahagia selagi kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang ni kau takkan aku lepaskan!' getus Ridz sendirian

*******

Malam itu Imani memasak lauk untuk makan malam mereka. Semua hidangan sudah terhidang di atas meja. Dia hanya memasak simple sahaja malam ini. Hanya spagetti bersama kuah carbonara. Tinggal untuk panggil Ridz sahaja untuk makan sekali. Kalau dia sudi la. Sedang dia ralit membasuh tangannya, kedengaran suara Ridz menegurnya dari belakang.

" Eh, Imani. Kau tak panas ke asyik pakai tudung je atas kepala hah? Rimas pulak aku tengok " tanya Ridz. Imani mula mengelap tangan yang basah di bajunya. Dia memandang Ridz yang mengadapnya sekarang ini. Imani kadang pelik dengan Ridz, adakala mood lelaki itu baik adakala sebaliknya pula. Tetapi jarang benar mood untuk menegur Imani itu ada, biasanya dia abaikan saja Imani.

" Ya Allah awak.. terkejut saya.. Takpe saya selesa saja.. Lagipun dah terbiasa pakai tudung" ujar Imani jujur

" Kalau kau bukak pun bukannya aku heran nak tengok rambut kepunyaan kau pun.. " jawab Ridz sambil duduk di depan island table dihadapannya kini.

'kalau tak sakitkan hati aku tak sah betul dia ni' kata Imani dalam hati

" Saya pun tak nak buka depan awak lah.." ujar Imani sedikit perlahan tetapi masih lagi kedengaran di pendengaran Ridz.

"Meh sini saya tolong letakkan.. Awak duduk je.. " kata Imani sambil tangannya pantas menghidangkan spagetti dan kuah carbonara di dalam pinggan Ridz. Ridz hanya membiarkan saja.

" Aku nak tanya kau ni.. kau ada hati lagi ke dengan Umar? " tanya Ridz terus-terang selepas menyuap suapan pertamanya. 'Sedap jugak dia ni masak' getus hati Ridz. Dalam pada itu entah kenapa terbit rasa debar pula bila menunggu jawapan dari Imani. Sebenarnya dari tadi lagi kata-kata Umar berlegar-legar dalam fikirannya. Sebab itu lah dia cuba bertanya kepada Imani.

'Kalau dia jawab ya bagaimana?' getus Ridz dalam hatinya lagi.

Hampir tersedak Imani yang sedang mengunyah makanannya.

' Macam mana pula mamat ni kenal Umar, dia stalk aku ke? '

" Saya kan dah kahwin dengan awak. Seorang isteri haram baginya jika dia menaruh hati kepada lelaki selain dari suaminya sendiri. Takkan lah saya nak ada hati dengan lelaki lain pulak sedangkan saya kahwin dengan awak. Saya sedar status diri saya. Lagipun Umar tu kisah silam saya.. Tapi kan, macam mana awak kenal Umar Faliq? ' Ujar Imani dengan tenang. Sungguh dia tiada apa perasaan dengan Umar. Cukup hanya sekadar kawan.

Entah mengapa bila Ridz mendengar jawapan dari Imani dia sedikit lega. Eh, tapi mana mungkin dia cemburu sebelum ini. Dia tak pernah sukakan Imani pun.

" Kenal tapi bukan lah rapat sangat macam kau rapat dengan dia dulu.. Umar tu kawan aku masa aku study dekat London dulu.. Baguslah kau sedar status kau tu, jaga maruah aku sikit.. Hmm kau kata haram ada perasaan kepada lelaki selain suami kan, jadi kau ada perasaan dengan aku la ye?" soal Umar tiba-tiba membuatkan Imani memandang ke arahnya tajam.

' Alahai kecilnya dunia ni, dengan Ridz juga lah Umar berkawan' sempat lagi Imani termenung.

Setelah tersedar dari lamunannya, Imani segera menundukkan kepalanya. Terus dia bangun dan meletakkan makanannya di dalam peti ais.

" Ermm, kalau awak dah siap makan awak tinggal je lah pinggan tu dalam sinki. Nanti saya basuhkan. Saya nak masuk solat isyak dulu" kata Imani. Sebenarnya dia mahu mengelak daripada menjawab soalan Ridz. Sungguh dia tiada jawapan untuk soalan itu. Namun apa yang pasti bila bersama Ridz, pasti jantungnya mengepam dengan laju sekali. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

Ridz hanya memandang Imani berlalu. Pertanyaannya hanya dibiarkan sepi tanpa dijawab oleh Imani.

' Aduhh, aku dah kenapa tanya dia soalan macam tu! hish aku dah hilang akal ke?' getus Ridz lalu menyambung baki spagetti di dalam pinggannya itu.

Selepas makan dia membasuh pinggannya sendiri. Hal ini kerana serba salah untuknya meninggalkan pinggan miliknya sahaja di dalam sinki itu. Masing-masing hanya senyap di dalam bilik sendiri selepas itu.

*******

Selamat membaca semua! Terima kasih sudi baca karya nur ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience