Bab 23 - Gambar

Romance Completed 59171

MELISSA datang ke Syarikat Gemilang hari ini untuk ditemu duga. Kali ini Ridz sendiri yang menemuduga dirinya.

Ridz meneliti fail berkenaan maklumat milik Melissa satu persatu. Serius sahaja mukanya melihat perincian di dalam fail tersebut.Dia mula bertanyakan beberapa soalan kepada Melissa berkenaan kerjanya dulu.

" If you never mind, I nak tanya, kenapa you berhenti kerja dekat Australia dulu? Setahu I, company yang you berkerja tu bukan calang-calang company."

"And one more thing, why you dah berhenti dari setahun yang lalu? " Ridz bertanya kepada Melissa.

" Err.. sebenarnya I saja nak tukar angin. Lagipun I dah puas merantau di negara orang.. So I decide nak balik stay Malaysia duduk dengan abang I sahaja. Incase kalau ada apa-apa terjadi at least I ada abang I kat sini. Lagipun dia sorang kat sini. Kalau kat Australia tu pun i'm only alone. Then, pasal I dah berhenti setahun yang lalu tu err sebab I-I.. I nak travel around Australia dulu sebelum air kembali ke Malaysia. " jawab Mel sedikit kalut.

" Ouh you ada abang? I'd never know that, abang you kerja apa by the way?" soal Ridz betul - betul ingin tahu.

" Emm.. He's a doctor, a government doctor. " jawab Mel ringkas.

" Ouh i see, alright Mel. Emm, apa yang I lihat dengan pencapian you, i'm very satisfied with it. Ridz menutup fail yang berada di hadapannya kini lalu dia memandang ke arah Melissa
" So Melissa, tahniah you diterima kerja disini as accountant, if there's nothing problem, you can just start you work by tomorrow" ucap Ridz kepada Mel yang duduk dihadapannya kini sambil melemparkan senyuman manis kepada Mel sehingga menampakkan lekuk di pipi sebelah kirinya.

" Oh my god, alhamdulillah, thanks Ridz, ehh Tuan Ridz. Sorry I tersasul.. Okay mulai esok I datang ke pejabat. Kalau tiada apa-apa I minta diri dulu ya. Thank you again for hiring me" pamit Melissa kegirangan. Di dalam hatinya kini sudah berbunga riang kerana dia diterima berkerja di sini. Akhirnya dapat juga dia berada dekat dengan Ridz.

Ridz hanya membalas ringkas sambil mempamerkan senyum tipis kepada Mel.

Semasa Mel berjalan keluar dari bilik Ridz, dia berselisih dengan Umar. Hanya senyuman nipis yang dipamerkan oleh Mel kepada Umar. Umar pula hanya menganggukkan kepalanya membalas tanda dia berbudi bahasa.

'Siapa pula perempuan ni, tak pernah nampak pun kat sini. Gembira betul pulak tu aku tengok dia keluar dari bilik Ridz' desis Umar di dalam hati. Dia hanya melihat Melissa berjalan keluar dari situ.

*******

Kawasan Perkuburan Islam

"Assalamualaikum sayang.. Abang datang ziarah sayang.. Maaf lama abang tak datang jenguk Dahlia.. Abang busy sikit.." luah Ridz

Ridz mula duduk disamping kubur arwah Dahlia sambil membaca Yaasin kepada arwah. Pagi-pagi lagi Ridz sudah berangkat keluar dari kondonya untuk menziarah kubur Dahlia. Sungguh dia rindu akan cinta pertamanya itu. Setiap malam dia menatap gambar dirinya dan juga Dahlia sebelum tidur. Tidak pernah sehari pun tidurnya tidak berteman gambar mereka berdua.

Usai membaca yaasin, Ridz duduk berteleku di sisi kubur tersebut. Dia ingin meluahkan apa yang dirasakan kini kepada Dahlia meski dia tahu tiada siapa pun di situ yang mendengar apa yang dibicarakannya. Tetapi sekurang-kurangnya dia akan lega dapat melepaskan bebanan di hati.

"Sayang, abang tak tahu apa nak jadi dengan hidup abang sekarang. Abang tak mampu nak lupakan Dahlia.. Abang tak pasti macam mana hala tuju hubungan abang dengan Imani lepas ni.. Pintu hati abang dah tertutup untuk terima orang lain selain dari sayang.. Abang minta maaf sebab tak mampu nak tunaikan hasrat sayang sebaik mungkin.. Bagi abang masa dan ruang.." Ridz meluahkan apa yang terbuku di hati. Setelah lama dia berada di situ, Ridz mula berkira-kira untuk bangun dari tempat duduknya.

"Sayang berehat lah disana dengan tenang ya.. abang balik dulu.. insyaAllah ada masa lagi abang datang ziarah Dahlia lagi" ujar Ridz sebak sambil mengusap batu nisan milik kubur Dahlia. Lalu dia pergi meninggalkan kawasan perkuburan itu.

********

Hujung minggu begini banyak benda yang harus Imani selesaikan setelah seminggu bekerja. Imani sudah berfikir untuk membereskan semua kerja rumah termasuk lah membasuh pakaian kerja mereka yang hampir seminggu tidak dibasuh itu.

Ridz pagi- pagi lagi sudah keluar entah ke mana. Mungkin dia keluar bersarapan diluar barangkali. Imani juga tidak tahu Ridz keluar pada waktu bila. Walau Ridz tiada di rumah, Imani tetap memakai tudung bimbang jika Ridz tiba-tiba muncul dalam keadaan dia tidak bersedia.

Usai membasuh kain dan mengeringkan baju kerja mereka, Imani mula mengasingkan dan melipat terus baju miliknya dan Ridz untuk dihantar ke bilik masing-masing. Kebiasaannya dia akan mengetuk pintu bilik Ridz untuk memberi kain yang telah disiap lipat teesebut. Kali ini dia lupa pula yang Ridz tiada di kondo itu.

" Emm, nak letak sini ke nak masuk letak kat dalam? Duduk terbiar kat sini semak pula.. Tapi Ridz tak bagi masuk bilik dia.. Hmm, takpa kut kalau masuk kejap letak kat dalam dan lepas tu keluar terus.." getus Imani sendirian

Akhirnya dia membuat keputusan untuk memasuki bilik milik Ridzwan Haqeem itu. Lagipula lelaki itu kan berada di luar sekarang. Niat dia hatinya bukan mahu membuat benda buruk atau mengacau barangan milik Ridz tetapi hanya untuk menghantar kain yang sudah dilipat.

Kali pertama membuka pintu, mulut Imani sedikit melopong. Dia agak terkejut melihat keluasan bilik itu. Sungguh luas dan kemas sahaja. Hiasan dalamannya yang berkonsepkan luxury itu juga cantik sekali.
'Pandai juga Ridz pilih konsep bilik dia. Sesuai dengan reka bentuk bilik ni. ' gumam Imani sendirian sambil memasukkan bakul kain tadi, lalu dalam tidak sedar dia menutup pintu bilik itu kembali dek kerana terpaku melihat kecantikan bilik tersebut. Selaku Interior Designer, dia sungguh mengagumi dekorasi bilik tersebut.

Dalam matanya menjelajah setiap pelosok bilik itu, dia terpandangkan sebuah bingkai gambar di sisi katil bersaiz king milik Ridz itu. Dalam tidak sedar, kaki Imani berjalan menghampiri ke tepi katil tersebut lalu memegang bingkai gambar itu.

Kelihatan gambar Dahlia dan Ridz sedang tersenyum mesra semasa hari pertunangan mereka. Terpancar kegembiraan pada wajah kedua-dua pasangan itu dalam gambar tersebut. Imani sudah lupa akan tujuan asalnya untuk meletakkan baju milik Ridz di dalam bilik ini sahaja. Sepatutnya setelah meletakkan bakul baju itu, dia harus segera keluar sebelum Ridz pulang. Tapi lain pula jadinya bila dia tertarik dengan gambar milik Ridz itu.

' Andai saja Ridz bisa tersenyum begini bila bersama dengan aku' ujar Imani di dalam hati sambil tangannya mengusap wajah Ridz di foto tersebut.

Sedang dia ralit melihat gambar tersebut, Imani tidak perasan bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar...

"Imanii!!" jerit Ridz yang terkejut melihat Imani di dalam biliknya itu.

*******

Hi semua, Selamat membaca! Mana yang kurang boleh komen kat bawah ya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience