Bab 1

Family Series 2580

“Handsome sungguh suami aku.” Puji Manisa seraya menggigit buah epal yang sudah dia kupas dari tadi. Matanya tak kedip memandang wajah suaminya. Ya, dia memang tampan. Tak pernah dia jumpa lelaki setampan itu. Dirinya sangat bertuah kerana memilih lelaki itu untuk dijadikan pasangan hidup.

Bagai bulan jatuh ke riba rasanya bila dia dipilih menjadi isteri sah kepada lelaki itu. Bahkan yang lebih menarik, selang seminggu perkahwinan mereka, lelaki itu akan membawanya tinggal di luar negara. Tidak cukup bertuahkah itu?

Segala bagasi telah disusun atur secara kemas di ruang bilik. Esok mereka akan berangkat ke negara Eropah. Ya, sudah seminggu mereka sudah bergelar sebagai sepasang suami isteri. Sudah tentu ahli keluarga Manisa berasa sedih kerana Manisa akan pergi meninggalkan mereka untuk suatu tempoh yang agak lama. Empat tahun lamanya.

Iqwan yang sedari dari tadi diperhati oleh Manisa berjalan menuju ke arah isterinya. Perlahan sahaja dia merangkul pinggan isterinya.

“Kenapa ni?” Dia seakan dapat membaca gerak hati isterinya. Manisa hanya senyum sahaja. “Tidak ada apa. Cuma dah rasa rindu dekat semua orang.”

Iqwan menetap wajah isterinya. Ya, ,memang manis semanis namanya. Antara percaya tidak dia sudah bergelar suami kepada wanita ini. Esok mereka akan mengorak langkah mereka tanpa keluarga di sisi. Terus terang memang ini yang dia nanti, tapi dia dapat rasakan hati Manisa berbelah bagi. Baginya, itu bukanlah suatu masalah sekiranya Manisa ingin terus menetap di sini. Lagi pula, hanya empat tahun sahaja tempoh yang mereka ada untuk mengenal dunia luar. Bagi Iqwan, empat tahun ini amat penting baginya. Ada atau tidak isteri di sisi, dia tetap akan teruskan perjuangan dirinya.

“Apa kata awak masuk tidur dulu. Esok nak bangun awal pagi. Kita tak mahu terlambat.” Iqwan memujuk. Dia tidak mahu isterinya menggagalkan rancangan yang telah mereka rancang selama hampir dua bulan lepas. Ini sahaja peluang yang mereka ada.

Manisa mengangguk perlahan. Barangkali dia mengantuk. Sebab itu fikirannya celaru.

*****

“Nisa jangan lupa abah ya nak.” Pak Derus mengusap tangan anaknya. Tinggal lagi beberapa jam anaknya akan meninggalkan bumi Malaysia buat pertama kalinya. Tidak, bukan hanya Malaysia. Inilah pertama kali Manisa keluar dari negeri Johor untuk suatu tempoh yang agak lama. Pak Derus jarang sekali membenarkan anaknya pergi jauh. Dia terlalu sayangkan anaknya. Bukan tidak pandai si Manisa itu. Tapi dia tetap tidak percaya pada anaknya. Macam mana makan pakainya? Adakah tempat itu selamat untuk Manisa? Bermacam soalan bermain di fikirannya sewaktu Iqwan melontarkan hasrat untuk membawa Manisa pergi.

Mujur Mak Temah penyabar melayan karenah suaminya. “Anak kita tu dah ada tanggungjawab dia. Dia kena ada dekat dengan Iwan.” Terngiang-ngiang ayat Mak Temah dua hari kelmarin sewaktu Pak Derus ingin menghalang kepergian Manisa. Dan kini, kakinya berat melangkah untuk menghantar Manisa ke balai berlepas.
“Abah, empat tahun sahaja. Tak lama. Nanti Nisa balik.” Nisa cuba memujuk. Dia tak mahu melontarkan kata-kata azimat kepada ayahnya. Kalau tidak, mahu tak jadi dia mengikut suaminya ke luar negara. Jangan terbawa-bawa emosi, Manis!

Iqwan menyalami kedua orang tuanya. Kemudian mertuanya pula. Dia faham perasaan Manisa. Ini pertama kali berjauhan dengan keluarga. Hati mana yang tidak berat. “Awak, kita dah kena masuk ni.” Lembut sahaja pertuturan Iqwan kepada isterinya. Manisa mengangguk bererti faham. Dia kena kuat. Untuk semuanya. Dia menyalami Mak Temah. Lama.

“Mak, jaga kambing Nisa ya mak.” Manisa bergurau. Sejak bila dia ternak kambing? Kemudian dia mencium tangan ayahnya. “Rumput untuk kambing tu Nisa dah asingkan belakang rumah.” Seloroh Manisa lagi. Ya, dia tak mahu semua bersedih.

Perlahan dia mengikuti Iqwan ke pintu gerbang. Selamat tinggal semua. Selamat tinggal sangkar lama!

*****

“Tak jadi nak ikut ke?” usik Iqwan. Terkejut Manisa dibuatnya. Lelaki itu tiba-tiba rapat dengannya. Dia dapat rasa bahang nafas suaminya.

“Saya dah duduk ni. Sebelah awak. Sekejap lagi kapal ni dah nak bergerak. Awak nak suruh saya terjun ke dari kapal ni?” Mata Manisa terjegil. Ya, tiada lagi manis-manis cinta. Tak perlu lagi dia berpura-pura terpesona dengan suaminya. Semua itu cuma lakonan semata-mata!

“Garang ya Cik Manisa kita ni. Takut saya sepanjang seminggu duduk rumah awak.” Iqwan menghela nafasnya. Cukup dalam. Mungkin inilah pertemuan terakhir mereka. Dia, Iqwan, berkahwin dengan Manisa bukan atas nama cinta. Aturan keluarga juga bukan. Namun takdir menentukan mereka untuk bersatu di bawah satu misi yang sama.

“Dah dapat tempat tinggal ke?” Iqwan cuba berbasa-basi.

“Sudah. Kawan saya dah tunggu. Dekat sana, dia dah tempah teksi untuk bawa ke rumah dia. Rasa tak jadi masalah lepas ni.” Manisa mengeluarkan dua helai selimut. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk Iqwan.

“Saya tak ada ni, jaga diri ya. Makan minum, baju semua cari sendiri. Awak dah besar kan?” Manisa mengiring memandang tingkap. Cuba untuk melelapkan mata.

“Lagi satu, good luck for your study.” Manisa mengukir senyuman paling manis buat suaminya sebelum kembali ke posisi asal untuk tidur. Welcome to the outside world Manisa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience