Bab 5

Mystery & Detective Completed 6483

Saira memakai baju kurung yang diberi oleh Zafran. Zafran tersenyum melihat Saira. "Cantik." puji Zafran.

"Mesti awak beli baju kurung nak kasi dekat girlfriend awak kan?" Zafran tersenyum. "Mana awak tahu. Ooo stalker saya iya?"

"Eh takda maknanya saya nak stalker awak. Saya agak ja la." riak muka Zafran berubah.

"Sepatutnya saya bagi dekat dia ,tapi itu lah, Allah lebih sayangkan dia. Dua bulan lagi kita orang nak kahwin. Tunang saya kemalangan jalan raya. Dia meninggal." Saira terkejut.

"Saya mintak maaf. Saya tak sepatutnya cakap macam tu tadi." Zafran tersenyum.

"Apa yang jadi kehendak Allah. Saya berharap jodoh kami kuat walaupun bukan didunia."

"Tapi awak kena tahu yang dia dah tak ada dekat dunia ni." Zafran hanya membalas dengan senyuman.

Saira duduk di atas batu besar. Kelihatan anak anak kecil sedang bermain air. Telifon Saira berdering. Nama ayah tertera. Saira memandang Zafran. Zafran memberi isyarat menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, Ayah."

"Waalaikummusalam, Saira. Saira sihat?" Saira tidak dapat menahan air mata. Sudah lama dia ingin bercakap dengan ayah. Tetapi ayah seakan menjauh dengannya selepas perkahwinan dia dan Fahim tak dibatalkan. Agaknya ayah kecewa.

"Sihat ayah. Ayah sihat? Along cakap ayah jatuh bilik air. Saira nak balik tengok ayah.Masa Saira dalam perjalanan nak balik tengok ayah, Saira kemalangan. Tapi ayah jangan risau, Saira dah sembuh cuma tunggu kereta siap. Nanti Saira balik tengok ayah ok."

"Ayah sihat. Jatuh sikit saja. Ayah ok. Kamu jangan risau. Ayah tau kamu kemalangan."

"Macam mana ayah tahu?" bila masa Zafran bagi tahu. Haih pelik..

"Kawan kamu yang bagitahu ayah." Saira pandang Zafran. Zafran tidak mengerti dengan pandangan Saira.

"Kalau macam tu ayah suruh along ambik Saira ayah."

"Tak usah la susahkan along. Nanti kereta dah siap kamu balik ya. Pasal ayah kamu jangan risau. Ayah ok. Yang penting kamu rehat dulu. Ayah tau anak ayah penat. Buat masa tenang fikiran dulu. Lambat pun tak apa. Asalkan kamu selamat."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience