Bab 33

Mystery & Detective Completed 6484

Rizman memandu pancuan empat roda. Kereta yang dipandu menuju ke kampung Dewa.Dia mengerling ke arah Siara yang duduk di sebelah.Gadis kelihatan letih sekali. Ralit Saira tidur. Rizman tersenyum. Rizman menurunkan suhu aircond kereta.

Rizman memberhentikan kereta di perhentian rehat dan rawat. Rizman keluar dari perut kereta untuk membeli makanan. Saira terjaga dari tidur. Rizman sudah tiada disebelah. Saira mengeliat malas.

"Apasal aku rasa letih sangat ni." Saira menumbuk perlahan bahunya. Pinggangnya terasa sengal.

Rizman kembali bersama makanan ringan. Rizman menutup pintu kereta. " Awak ok tak ni?"

"Saya ok. Jauh lagi ke?" Rizman menyuakan makan serta air." Saira menggeleng.

"Jauh lagi. Makan dulu. Nanti awak sakit saya susah tahu." risau dia melihat keadaan Saira.

"Kejap lagi saya makan. Saya pergi toilet kejap."

Rizman dan Saira mengagih barang yang dibawa kepada penduduk kampung Dewa. Setelah selesai agihan. Pak Samad mempelawa Saira dan Rizman untuk bermalam di rumah mereka.

Habis makan malam bersama.Mereka duduk diruang tamu.Pak Samad membalut daun bersama tembakau. Rizman lihat Saira seperti tidak selesa. Ikut hati memang dia nak balik juga petang tadi sebab Saira cakap dia tertinggal ubat tahan sakit. Terkejut juga la tadi Saira cakap dia sakit.

"Saya ok je. Sakit saya bukan serius pun. Perempuan tengah bendara jepun maksud saya datang bulan." Rizman blur bila Saira sebut 'bendara jepun'. Terpaksa dia cakap terus terang bagi Rizman faham. Kang jenuh mikir si Rizman.

"Saira kamu tak sihat ke?" Wajah Saira kelihatan tidak bermaya. "Ros, kamu bawa Saira masuk bilik. Aku risau kalau ada yang menumpang." Tanpa banyak soal Saira hanya mengikuti langkah Rosnah. Orang kalau tengah badan lemah memang akan ada benda yang suka.

" Terima kasih sebab kau orang dah tolong orang kampung. Dah lama orang kampung Dewa tak dapat bantuan dari luar." Pak Samad membalut rokok daun. Bukan Pak Samad tidak pernah memohon tiap-tiap tahun untuk kampungnya. Memang ada peruntukkan untuk tiap-tiap kampung. Tapi itu la kadang-kadang barang itu dapat cuma di salurkan pada orang yang bukan amanah.Mungkin tiada rezeki mereka barangkali.

"Saya yang patut cakap terima kasih. Alhamdulillah dengan bantuan orang kampung adik saya ditemukan. Kalau orang kampung perlu bantuan. Telefon saya insyallah yang mana saya boleh tolong. Saya tolong." Pak samad agak terharu dengan jawapan anak muda seperti Rizman. Masih ada lagi orang yang prihatin pada penduduk kampungnya.

"Aku pun tak sangka ada orang boleh masuk ke situ. Orang kampung memang tak berani masuk kawasan situ. Pernah ada yang memburu dulu tapi tak dapat jalan pulang. Kawasan hutan tu dulu memang tempat tinggal Awang Hitam. Banyak kisah Awang Hitam kalau nak diceritakan. Alhamdulillah berkat Si Yassin Awang Hitam berjaya di hapuskan. Lepas ni orang kampung boleh ke sana mencari akar-akar kayu untuk dijual.Aku tak sangka mak kamu berani buat perjanjian dengan Awang Hitam." Zarina sanggup memberi makan kepada Awang Hitam semata-mata nak sembunyikan mayat Zafran. Sebenarnya ada jalan kecil untuk sampai ke kampung bunian. Tapi Awang Hitam telah mengaburi tempat itu."Aku kecewa Ali tak mahu pulang." Asap rokok berkepul di udara. Sekilas nampak sedih di wajah Pak Samad. Hati ini rindu akan adiknya. Namun apakan daya, Ali lebih selesa tinggal di sana.

Alhamdulillah berkat bantuan Ali serta izin Allah Awang hitam berjaya di hapuskan. Menurut kata Yassin, batu yang dihuni oleh Awang Hitam telah di buang ke tengah laut. Kata Pak Samad Awang Hitam merupakan belaan dari moyang terdahulu. Awang Hitam telah membuat perjanjian bahawa di akan menjaga sesiapa yang tinggal disini. Entah bagaimana ada beberapa orang anak muda telah membuat onar.Hal itu membuat Awang Hitam marah. Semenjak lah itu setiap sepuluh tahun (tahun terakhir) dia akan bunuh manusia untuk minum darah untuk panjangkan umurnya. "Hati yang kotor layak mati dan darahnya perlu ku minum." itu kata-kata Sang Awang Hitam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience