Bab 16

Mystery & Detective Completed 6483

Fahmi pulang ke rumah dalam keadaan tidak terurus. Kamariah yang sedang menyidai baju di ampaian berlari mendapatkan anaknya.

"Ya Allah, Fahim.Mana kamu pergi selama ni? Kenapa kamu jadi macam ni Fahim." Kamariah menangis. Tubuh anaknya dipeluk.

"Sudah la mak. Fahim lapar. Fahim nak makan." Fahim bercakap orang tak ada perasaan sedangkan keluarga sedang menanti kepulangnya.

"Jom kita masuk. Mak dah masak. Kebetulan hari ni mak masak lauk kegemaran kamu."

"Dah empat tahun kamu hilang. Aku ingat kamu dah lupa jalan balik ke rumah. Ini apa kehendak kamu balik ke sini. Kamu dah malukan keluarga kita dan Saira tahu tak!." walaupun tubuh Daud tidak sebesar mana namun suaranya bisa di dengar oleh jiran. Marah Daud pada Fahim masih belum reda.Fahim hanya diam.

"Apa abang ni. Anak dah balik. Kenapa nak marah-marah."

"Kamu tu manja kan sangat dia. Itu yang jadi begitu."

"Fahim tahu Fahim salah, mak ayah. Fahim mintak maaf. Sebab itu Fahim balik. Fahim nak tebus balik kesalahan Fahim. Mak ayah, Fahim nak kahwin dengan Saira." terbeliak biji mata Kamariah. Kamariah menggeleng kepala.

"Kamu dah gila ka Fahim. Kamu tinggal Saira terkontang kanting pastu kamu nak balik dia. Mak tak setuju. Dari awal mak tak bekenan dengan dia. Bila kamu tak jadi kahwin dia, mak paling gembira tahu tak." Daud menggeleng kepala dengan sikap isterinya. Apa yang dia benci dengan Saira tak tahu la.

"Sudah la Fahim. Kamu cari la orang lain. Aku tak rasa mereka sekeluarga nak terima kamu.Tengok keadaan kamu sekarang, dengan tak kerja. Macam mana nak tanggung anak anak orang. Kamu dah buat Saira kecewa. Kamu malukan mereka. Belajar terima kenyataan yang Saira bukan jodoh kamu.Lagi pula Saira tengah koma sekarang."

"Koma?" Fahim terkejut. Fahim tiada niat nak tinggalkan majlis perkahwin mereka.

Fahim di tipu oleh kawannya. Fahim termakan ajakkan kawannya untuk masuk skim cepat kaya. Dengan harapan duit pulangan itu akan lebih banyak dan dia tidak perlu bekerja lebih masa. Habis duit untuk dibuat kahwin dia guna untuk melabur. Merata dia meminjam wang. Akhirnya dia tiada pilihan untuk membayar balik. Dia terpaksa membuat perkara keji untuk melunaskan hutangnya. Walaupun Kamariah tidak menyukai Saira, dia tetap mahu buat majlis besar-besaran. Nak tak nak Fahim terpaksa kerja keras.

Kamariah berkata "kalau kamu nak juga kahwin dengan Saira, mak nak kita buat majlis besar-besaran."

"Mana Fahim nak cari duit mak. Kita buat kenduri biasa-biasa sudah la." niat Kamariah hanya ingin membuat Fahim berputus asa untuk berkahwin dengan Saira. Kamariah yakin Fahim tidak dapat mengumpul wang sebanyak yang mungkin dalam masa terdekat. Namun jangkaan Kamariah salah. Fahim bekerja keras demi Saira. Dia cuba sedaya upaya untuk menghalalkan Saira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience