Bab 34

Mystery & Detective Completed 6484

"Terima kasih kerana datang. Kalau senang-senang jemput la ke mari." kata Pak Samad.

"Insyallah. Terima kasih sebab Pak Samad benarkan kita orang tumpang tidur dekat rumah ni." Saira menghampiri Rizman.

"Nanti balik jangan lupa minum air akar kayu. Boleh kurangkan sakit kamu tu." pesan Rosnah kepada Saira.

"Terima kasih. Susahkan mak cik Ros je."

"Tak ada yang susah. Semua akar kayu tu kutip belakang rumah sahaja. Bagus tu orang perempuan. Kalau dah habis datang ja rumah mak cik. Mak cik bagi lagi." kata Rosnah.

"Kamu pun kalau nak sihat macam aku minum sekali. Elok untuk tenaga dalaman." Rizman dan Pak Samad ketawa. Ketawa bermakna tu. Rosnah menggeleng kepala.

"Makin lama sembang karang tak jumpa balik nanti. Saya mintak diri dulu. Assalamualaikum."

"Sakit lagi?" Rizman perasan Saira menekan perut dari luar.

"Jangan la tanya segan saya." Wajah Saira terasa bahang. Malu bila Rizman bertanya begitu.

"Segan?Kenapa nak segan. Saya tanya sebab saya nak tau. Kalau sakit lagi kita pergi klinik." Saira menggeleng.

"Saya ok.Dua tiga hari nanti elok la."

"Saya bukan apa, saya risau keadaan awak. Semalam muka awak pucat pun, saya duduk tak senang.Terus terang saya cakap dengan awak, saya tak nak hilang awak. Zafran dah tak ada. Saya cuma ada awak. Saya nak awak tau yang saya betul-betul sayang kan awak." Saira diam. Dia sudah malas memikirkan tentang perasaan. Sekarang dia cuma fikir untuk bahagiakan dirinya.

Saira menopang dagu. Matanya meliar mencari seseorang. Tapi masih tidak kelihatan. Dia menghisap air menggunakan straw. Sudah tinggal separuh. Sesekali dia mengerling ke arah telefon. Mana la minah ni. Lambat nau.

"Saira!" jerit Helina. Helina belari anak-anak mendapatkan Saira. Baru saja sebut, sudah muncul.

"Ina." mereka berpelukkan. Mereka tidak hiraukan orang yang lalu lalang memandang mereka.

"Kau sihat?" tanya Helina.

"Alhamdulillah aku sihat. Eh duduk la." Helina menarik kerusi. Pelayan datang mengambil pesanan.

"Terima kasih." kata Helina kepada pelayan itu.

"Kau datang sorang?"

"Ha'ah. Aku datang sorang.Aku tinggal anak dekat suami. Makin kurus kau sekarang eh?" Saira buat muka.

"Pernah ka aku gemuk nyah?" Helina ketawa.

"Aku nampak kau makin kurus. Actually aku nak mintak maaf sebab aku tak datang masa kau koma haritu. Memang niat aku dengan suami nak balik. Aku nak pantang dekat rumah mak aku. Kita orang booking tiket Tak sangka anak aku tak sabar nak keluar awal. Tu pasal terpaksa cancel nak balik. Last last mak ayah aku yang datang Sabah."

"Kurus la sebab rindu kau. Alah aku ok ja la. Hari hari kau whatsapp aku time aku koma. Itu pun dah buat aku terharu." terkejut beratus whatsapp call mesej. Alhamdulillah dia di keliling dengan orang yang sentiasa memberi semangat positif.

"Ah engkau, ye la tu rindu aku. Hmm kau dengan abang Riz macam mana?" Saira dah rasa tak selesa. Sudah lama dia tidak contact Rizman selepas menghantar barang bantuan kepada penduduk kampung Dewa.

"Hmm macam tu la macam mana lagi. Eh engkau teman aku beli barang boleh?"

"Saja laa tu tukar topik." Saira buat tidak dengar . Kang menjawab makin membebel mak cik ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience