Saira sedang bersiap. Hari ini dia berjanji untuk berjumpa dengan Rizman. Saira terdengar seperti pintu rumah di ketuk. Saira tersenyum. Pasti Rizman datang menjemputnya detik hati. Pantas dia turun. Siara membuka pintu. Alangkah terkejut wajah Fahim berada di muka pintu. Saira cuba menutup pintu kembali. Tapi di halang oleh Fahim.
"Sayang... Tolong dengar apa i nak cakap." Fahim mencengkam pergelangan tangan Saira.
"Lepas la Fahim, sakit tahu tak? Nak cakap, cakap ja la. i dengar." Hatinya risau takut di apa apakan oleh Fahim. Fahim melepaskan tangan Saira.
"Sayang i mintak maaf, i tahu i salah. i sayang you. Kita kahwin hmm?" Saira memandang Fahim.
"Kahwin?" Saira tersenyum sinis. "Kenapa baru sekarang baru nak cari i? you tahu tak i tunggu you datang masa majlis kita. Tapi batang hidung pun tak nampak. Family you sendiri pun tak datang bagi tahu apa-apa. Tahu-tahu dapat call you dah hilang. You tahu tak masa tu i rasa macam perempuan bodFahim.ngharapkan you datang. Family i tanggung malu sebab you tak datang majlis kita. Mana janji you Fahim. Kalau ada masalah cakap awal-awal jangan menyusahkan orang lain. You dah libatkan keluarga i. i dah tawar hati Fahim. i mintak maaf cinta untuk you makin lama makin terhakis sebab perasaan benci!" jerit Saira. Saira menangis.
"i ... tahu i salah. i datang ni, i nak tebus kesalahan. Kita kahwin." Saira menggeleng. Saira mengesat air mata.
"Balik la Fahim. Sebelum i call polis. i tahu polis tengah cari you sekarang." Saira mengesat air mata. Tubuh Fahim di tolak keluar dari rumahnya.
"Jadi you dah tahu semua." Saira mengangguk. "Boleh tak untuk kali terakhir you tunaikan permintaan i?"
Fahim menghela nafas."i nak you hantar i dekat balai polis. i nak serah diri." Saira agak terkejut dengan permintaan Fahim.
Rizman menghentikan kereta dihadapan rumah Saira. Lekas-lekas di keluar dari kereta. Rizman terus meluru ke arah Fahim. Satu tumbukkan hinggap ke muka Fahim.
"Kau memang bangsat. Berani kau sentuh keluarga aku." Fahim tidak melawan. Saira menghalang Rizman dari terus memukul Fahim. "Kalau hebat sangat. Bangun! meh hadap aku. Kita lawan" Saira menarik Rizman jauh dari Fahim.
"Dah Riz. Berhenti. Malu jiran tengok. Awak follow saya. Saya nak bawa Fahim pergi balai polis." Sengaja Saira ingin pergi berdua menaiki kereta bersama Fahim. Saira dapat rasakan Fahim mahu berbicara dengan dia.
Masing-masing diam dalam kereta. Fahim memandang Saira yang sedang memandu.
"Lelaki tu pengganti i." Saira diam. "Kalau i tak buat kerja bodoh ni. Mesti kita dah lama bahagia. Dah ada anak pun" Fahim senyum sendiri. "i tak ada niat nak bunuh dia. i terpaksa."
"Ya i tahu. Semua sebab duitkan? i dah tahu semua Fahim. Cuma i kecewa you tak pernah kongsi masalah dengan i. Andai kata kita berdua kahwin. i tak rasa kita akan bahagia. You kena ingat mak you tak pernah sukakan i. Mak you tak redha macam mana kita nak dapat bahagia.Fahim, i dah terima dengan apa yang jadi. i dah selesa dengan kehidupan i sekarang. i pernah rasa di sayangi di hargai, di kecewakan, rasa debaran nak kahwin. Itu dah cukup memandai buat i. Terima kasih untuk pengalaman yang you ciptakan untuk i." Saira meletakkan kenderaan. "Kita dah sampai."
Saira cuba mengawal perasaannya. Sedikit sebanyak Saira turut bersedih dengan apa yang berlaku. "Fahim, i harap apa yang terjadi akan jadi pengajaran untuk you. i doakan semoga Allah permudahkan urusan you. i kenal you dah lama. i tahu you seorang yang baik." Saira menghadiahkan senyuman.
"Terima kasih. i nak you tau dalam hati i tak ada perempuan lain. i sayang you. Maaf sebab dah kecewakan you dan dah buat keluarga you malu. Semoga Allah pertemukan you dengan jodoh yang lebih dari i. Insyallah andai umur kita panjang. Kita jumpa lagi. Assalamualaikum." suara Fahim kedengaran sebak. Tanpa sedar air mata jantan mengalir. Mata Saira mengekori langkah Fahim masuk ke dalam balai polis.Fahim menyerahkan diri kepada pihak polis.
Saira terasa beban yang dipikul selama ini selesai. Saira bersyukur kepada Allah swt. Apa yang dia doa, Allah makbulkan.
"Zafran.. Alhamdulillah urusan awak dipermudahkan. Kematian awak dibela. Semoga awak tenang disana."
Satu Malaysia digemparkan dengan kematian Zafran yang agak tragis. Pelbagai tajuk menghiasi di dada akhbar.Kertas siasatan kes mama,papa serta Camelia dibuka kembali. Pelaku yang bersalah harus dihukum, yang di tindas wajib mendapat pembelaan.
Share this novel