Bab 19

Mystery & Detective Completed 6484

Berita kematian Melur mula tersebar. Mak Melur meratap kematian anak tunggalnya. Kematian sangat terhina serta tragis. Tanpa seurat benang di badan Melur. Perut dan arinya sudah dirobek. Ali berlari mendapat guru silatnya.

"Pak Halim, mana Melur." belum sempat Ali menjawab. Pak Halim menumbuk perut serta nampar muka Ali tanpa bertanya apa-apa.

"Eh Halim apasal kau pukul anak aku?" Marah Zainab kepada Pak Halim.

"Kau tanya anak kau apa yang dia dah buat dekat anak aku semalam." beberapa penduduk kampung menahan Pak halim dari memukul Ali.

"Kau jangan nak buat cerita Halim, anak aku sibuk bergotong royong dekat rumah dengan orang kampung. Bila masa dia keluar semalam." ada beberapa orang bersama Ali membelanya.

"Dali dengan Zainab anak Seman bagi tau aku. Melur jumpa Ali semalam."

"Betul kau orang jumpa Ali semalam?"tanya Zainab.

" Saya yang bagitahu Zainab semalam,suruh bagitahu Melur.Ali nak jumpa. Memang Ali yang saya jumpa semalam. Eh kenapa kepala kau tak ada kesan luka? Saya jumpa Ali semalam kepala dia luka Pak Halim.Sumpah, semalam memang Ali yang saya jumpa."Dali terkejut melihat wajah Ali hitam manis tanpa sebarang kesan luka.

Semua orang yang berada di laman rumah Ali terkejut. Takkan jelmaan Ali. Ali tidak pernah membela bahkan satu keturunan tidak ada saka.

Pak Halim terduduk. Adakah ini perjanjiannya terdahulu. Sebelum dia berkahwin, Pak Halim telah membuat perjanjian andaikata dia mempunyai zuriat perempuan. Dia akan memberi anaknya kepada sang awang hitam yang telah memberi kekuatan yang kuat. Tiada siapa yang mampu mengalahkan Pak Halim. Perjanjian itu Pak Halim abaikan sehingga Melur sudah meningkat dewasa.

Jasad Melur sudah selamat dikebumikan. Keluarga Pak Halim masih berduka dengan dengan kepergian Melur. Pak Halim duduk berdua dengan Ali. Pak Halim menghisap rokok daun. Sekali sekali dia menghembus asap rokok.

"Aku nak mintak maaf dengan kau. Aku terlalu mengikut emosi tadi."

"Tak apa Pak Halim. Kalau saya dekat tempat Pak Halim pun saya akan buat benda yang sama." Perutnya masih terasa senak.

"Aku baru sedar, ini semua salah aku. Melur mati sebab aku." tanpa sedar air matanya mengalir. Ali terkedu. Pak Halim menceritakan semua pada Ali. Ali agak terkejut.

"Biar saya sahaja yang menuntut bela Pak Halim." Pak Halim menahan Ali.

"Kau, aku atau sesiapa sahaja. Bukan lawan dia Ali. Dia akan mencari mangsa setiap sepuluh tahun. Kemudian dia akan kembali beradu dan akan kembali semula untuk mencari santapan setelah lama dibuai mimpi." Namun hati Ali membara setelah kekasih hatinya telah dijamah dengan begitu keji. Atas nasihat Pak Halim, Ali kembali ke ibu kota.

Beberapa tahun Ali membawa diri sehingga kembali pulang ke kampung kerana mendapat berita ibunya kurang sihat. Suatu hari Ali berjalan keliling kampung sampai disungai. Satu susuk tubuh yang sangat Ali rindui, Melur.

Terus Ali mendapat Melur. Dia seakan terlupa yang Melur sudah lama meninggal.

"Melur?" Melur menghadiahkan senyuman yang paling manis. Kemudian gadis itu berjalan menuju ke hutan. Ali hanya mengikuti langkah Melur. Sehingga dia sampai disebuah perkampungan. Terdapat papan tanda yang tertulis KAMPUNG BUNIAN.

Akhirnya Ali bagai terikat disitu dia tidak mampu pulang. Kerana Melur berada disisinya. Melur cinta sejatinya. Dia sudah terlupa keluarga dikampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience