Selesai sudah pekebumian Zafran. Zarina dan yang terlibat dengan kes Zafran juga sudah sudah di tahan oleh pihak polis kecuali Fahim. Operasi mencari Fahim juga sedang di jalan kan.
Along ada memberitahu Saira, semasa dia koma Fahim ada datang melawat. Along tak sangka Fahim sanggup bersongkongkol untuk membunuh.
Saira tak pernah salah Fahim seratus peratus. Apa yang terjadi bukan kehendak Fahim. Fahim terpaksa. Cuma Saira terkilan Fahim langsung tak memberitahu tentang masalah kewangan yang dihadapi. Bukan dia tidak pernah bertanya.Pernah. Cuma Fahim hanya mengatakan " itu tanggungjawab i. Biar i yang urus". Saira tidak mampu berkata apa-apa. Semenjak dia bertemu Zafran hatinya bagai tertarik dengan jejaka itu. Tapi apakan daya Allah lebih sayangkan Zafran.
"Riz.." Lelaki lingkungan lima puluh itu memeluk tubuh Rizman.
"Bila papa balik?" agak teruja apabila melihat ayah angkatnya pulang dari luar negara. Setelah lama bermastautin luar negara.
"Papa balik semalam. Papa dapat call dari pihak polis berhubung kes Zafran. Papa tak sangka mama kamu terlibat." Hamadan memandang Saira. " Tak nak kenalkan pada papa?" Saira tersenyum dan menunduk hormat.
"Oh ini kawan Riz. Saira ini papa angkat saya. Suami bekas mama Zarina.Zulaikha tak balik sekali pa?" belum sempat Hamdan menjawab Zulaikha datang.
"Ingat dah girlfriend dah lupa Zulaikha." Rizman hanya diam.Mata melirik ke arah Saira.
"Jom la singgah ke rumah arwah atuk dulu. Malam ni Riz buat tahlil untuk Zafran dekat masjid dekat rumah."
Rizman bersiap untuk ke masjid. Sedang dia mencari songkok. Ada seseorang memeluk tubunnya dari belakang.
"Astaghfirullahalazim. Zulaikha! apa yang Zulaikha buat ni." marah Rizman.
"Zulaikha rindu abang. Salah Zulaikha nak tunjuk yang Zulaikha sayang abang?" air matanya bergenang kerna Rizman bertindak meninggikan suara terhadap dia.
"Perasaan sayang tu tak salah. Perbuatan Zulaikha tu salah. Zulaikha dengan abang bukan mahram. Berdosa tahu tak. Ni kalau papa tengok apa papa cakap. Dah tepi. Abang dah lambat nak ke masjid." tegur Rizman. Sejak kecil Zulaikha menuruh hati kepada Rizman. Namun Rizman hanya menganggap Zulaikha seperti adik sahaja.
"Hmm jauh termenung." Rizman menghadiahkan senyuman kepada Siara.
"Sorry sebab saya susahkan awak. Tak pasal pasal awak kena ambik cuti." Rizman melabuhkan punggung di sebelah Saira.
"Tak apa. Saya ok ja la. Lagipun Zafran kawan saya juga. Cantik rumah atuk awak kan. Saya suka la duduk sini, rasa tenang."
"Kalau awak nak duduk sini terus pun boleh tapi kena kahwin dengan saya la." Rizman berseloroh.
"Ah tak nak la saya. Nanti tak pasal pasal kena cungkil biji mata dengan buah hati awak." Rizman mengaru kepala.
"Buah hati?Siapa?Zulaikha? ada ada ja la awak ni.Saya anggap dia macam adik ja la. Saya dengan dia macam langit dengan bumi. Family diaorang dah banyak tolong saya. Apa yang saya mampu balas mungkin dengan protect Zulaikha memandangkan dia waris terakhir, untuk berkahwin dengan Zulaikha mungkin tak. Sebab hati saya dah di miliki oleh gadis yang cantik disebelah saya ni." Bicara Rizman tampak begitu serius. Saira bungkam. Mulut bagai di gam.
"Hmm rancak berbual." tegur Hamdan.
"Papa, dah lama balik?" Rizman bersalam dengan Hamdan. Matanya terpandang wajah Zulaikha yang masam cuka. Zulaikha terus masuk ke rumah.
"Baru ja sampai. Saira suruh Kak Melah buatkan minum petang." Saira mengangguk dan terus berlalu.
"Macam mana dengan urusan sana?" tanya Rizman.
"Mama mengaku bersalah. Dalam seminggu lagi kes akan dibawa ke mahkamah. Pihak polis masih mengesan seorang lagi suspek. Apa-apa pun papa nak mintak maaf bagi pihak mama. Papa tak sangka mama sanggup bertindak sekejam ini." Rizman hanya diam. Dia turut rasa kesal dengan perbuatan mama.
"Sebenarnya mama sakit. Ada gangguan mental.Papa dapat detact pun selepas kahwin. Bila papa tahu masalah mama. Papa bawa dia berjumpa dengan pakar. Alhamdulillah mama pulih. Tapi mama terlalu leka sampai dia lupa makan ubat. Dendam pada mummy Zafran masih menebal.Mama selalu di hantui oleh kesalahanya. Mama yang rancang untuk bunuh mummy dan daddy Zafran. Mama pernah nak bunuh Zulaikha. Mujur atuk sempat tengok. Kalau tak papa tak tahu la." Rizman agak terkejut. Pada nya mama adalah ibu yang terbaik selain mummy.
Sambung Hamdan "Banyak benda yang jadi Riz. Tapi papa tak mampu nak ceritakan.Benda dah lepas, cuma papa harap mama dah dapat kembali ke pangkal jalan.Papa tak ada niat nak ceraikan mama tapi atas keselamatan Zulaikha papa terpaksa lepaskan mama. Mama sayangkan daddy Zafran tapi itulah daddy Zafran terlalu cintakan mummy Zafran.Papa dah habis cuba jadi suami yang terbaik. Jodoh kami tak lama. Papa harap kamu dan Zulaikha dapat teruskan perniagaan atuk." Hamdan menepuk bahu Rizman.
Share this novel