Bab 8

Mystery & Detective Completed 6484

Hari ini dia berjalan bersendirian. Zafran masih belum muncul.Entah kemana lelaki itu pergi. Sedang Saira berjalan Saira terpadang buah yang aneh. Saira memetik buah itu. Nampak sedap buah yang dipetik.Perutnya berkeroncong.

Saira makan buah tanpa berfikir panjang. Tiba-tiba dada terasa sakit. Saira jatuh terduduk. Kepala terasa pusing. Matanya ternampak ruangan putih.Saira terhidu bauan yang selalu dia bau ketika di hospital. Terdengar bisikkan di telinganya akan tetapi kurang jelas. Dia nampak beberapa batang tubuh berada disisinya namun mata Saira kabur untuk melihat. Akhirnya Saira pengsan lagi.

Saira membuka mata. Jelas wajah Zafran sedang memandangnya. Saira lupa apa yang dia alami seketika tadi.

"Zafran, awak buat kat sini?" wajah Zafran agak serius. Tiada senyuman seperti selalu.

"Saya jumpa awak pengsan dekat hujung kampung. Itu yang saya bawa awak balik rumah. Awak jangan risau tok ketua dah ubatkan awak. Awak rehat dulu.Saya ada bawa makan tu. Nanti awak makan la. Saya nak balik dulu." sikap Zafran agak dingin.

"Zafran awak ok?" Zafran hanya mengangguk. Terus Zafran keluar dari rumahnya. Saira baru hendak bertanya lagi. Zafran sudah pergi.

Semenjak kejadian Saira sakit Zafran jarang bertemu Saira. Lepas hantar makanan depan pintu rumah, Zafran pulang. Saira jadi hairan mengapa sikap Zafran berubah begitu.

"Zafran tunggu saya nak cakap dengan awak." Saira mencepatkan langkah dia menghalang laluan Zafran. "Kalau saya ada buat salah, saya mintak maaf.Kenapa awak macam nak jauhkan diri daripada saya."

"Saya dah pesan dekat awak, jangan makan makanan sembarangan,tapi awak degil. Awak tau tak kalau saya lambat haritu awak boleh mati!" marah Zafran. Saira kaget, belum pernah Zafran memarahi dia.

"Saya hantar awak balik. Lagipun memang awak nak balik kan." Saira menangis. Zafran terkedu.

"Awak dah tak suka saya tinggal kat sini? Saya mintak maaf sebab menyusahkan awak." Saira berjalan meninggalkan Zafran. Zafran menarik lengan Saira.Jari jemari Saira digenggam. Namun Saira langsung tidak memandangnya. Zafran memegang dagu Saira supaya melihat wajahnya.

"Saira hey pandang saya." Nada suara Zafran sangat lembut saat.Zafran mengelap airmata Saira. "Saya tak ada niat nak marah awak. Saya tak ada niat nak halau awak. Saya sayang awak. Saya tak nak apa-apa yang buruk berlaku dekat awak. Awak dekat sini tanggungjawab saya. Saya mintak maaf." mendengar perkataan sayang wajah Saira berona merah.

"Saira awak nak tahu sesuatu tak?" Entah kenapa Zafran rasa Saira comel selepas menangis.

"Apadia?"

"Saya sebenarnya dah mati." Saira ketawa.

"Awak ni agak-agak la awak nak cakap awak dah mati. Takkan saya boleh tengok orang dah mati."

"Tiada yang mustahil di dunia dengan kehendak Allah swt." Saira berhenti ketawa. Saira menelan air liur. Jadi selama ini Saira berkawan dengan roh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience