Bab 28

Mystery & Detective Completed 6483

"Mak kena tolong Fahim mak. Fahim sayang Saira. Fahim nak kahwin dengan Saira." Kamariah sedang memotong sayur terhenti.

"Yang dulu kamu tinggal dia sekarang gila nak kahwin dengan dia.Kamu tahu kan mak tak suka Saira. Kamu ni dah kena ubat guna-guna ke dengan dia, Fahim?" mata Kamariah mencerlung memandang Fahim.

"Saira tak pernah buat benda tak elok pada Fahim mak. Mak sedar tak ini semua salah mak. Mak tahu Fahim tak mampu tapi mak tetap nak kenduri besar-besaran. Fahim tahu mak buat macam tu sebab mak nak Fahim dengan Saira putus. Berkat doa mak Fahim tak jadi kahwin dengan Saira.Habis duit Fahim mak. Fahim kena tipu. Hutang keliling pinggang.Puas hati mak kan?" Fahim mengelap air mata. Dia menghela nafas. Dia tidak berniat nak kurang ajar pada maknya. Cuma Fahim tak mampu nak tahan apa yang terbuku dihatinya.

"Kenapa mak tak pernah nak bagi peluang dekat anak-anak mak untuk pilih jalan hidup sendiri? Dari kecik sampai ke besar kita orang ikut cakap mak. Tapi kita orang tak pernah bahagia mak. Mak tengok berapa lama kak Farhana tak balik kampung. Mak tahu apa yang jadi dekat kak Farhana? Hari-hari kak Farhana kena pukul dengan menantu kesayangan mak. Tapi kak Farhana tak nak cerita sebab mak akan salah kak Farhana bukan dengan menantu kesayangan mak tu." Kamariah terkedu. Selalu dia bertanya khabar anak perempuan sulungnya. Tapi kata Farhana semuanya baik sahaja. Menantunya terlalu sibuk bekerja itu kerana mereka tidak pulang ke kampung. Kamariah ada juga memberitahu yang dia ingin melawat anaknya. Tapi Farhana melarang kerana mereka jarang berada dirumah.

"Mak sibuk cenang satu kampung pasal buruk Saira.Mak tau apa adik dah buat dekat belakang mak dengan ayah. Fahim pun tak tau berapa ramai jantan bawa adik ke hulu ke hilir. Berapa ramai yang adik pernah tidur sekatil dekat hotel." Pernah berapa kali Fahim terserempak dengan adiknya. Tapak tangan sudah acap kali sehingga di muka adiknya. Tapi tak makan saman. Degil benar adiknya.Suatu hari dia keluar dengan Saira, mereka terserempak dengan adik bersama seorang lelaki india sedang bermesra. Dia akui dia malu dengan Saira melihat perbuatan adiknya. Allah tu maha kaya. Hari ini mungkin kita merasa kita sebaik baik melaikat, tak mustahil besok kita boleh jadi jahat sejahat syaitan. Sekarang Allah bayar cash. Maknya selalu benar bercakap tidak elok bukan saja Saira, ada juga beberapa orang anak gadis di kampung mereka.

Ya adik seorang yang lemah lembut. Bertudung litup. Tapi semenjak adik belajar di ibu kota. Adik dah mula berubah.Mak terlalu manjakan dan percaya dengan adik. Sekarang adik mula jadi liar. Mungkin mak terlalu kongkong adik semasa di kampung dahulu.

"Fahim!" Jerkah Kamariah. "Kamu jangan nak tuduh adik kamu bukan-bukan. Mak kenal adik tu macam mana." Fahim tersenyum sinis.

"Fahim tahu dia tipu mak kata sibuk dengan final exam. Mak tahu tak adik tu dah lama kena buang kolej. Kalau mak tak percaya mak boleh pergi rumah sewa adik. Tak lama lagi mak nak timang cucu. Adik tak kahwin lagi pun boleh ada anak. Untung la mak." Fahim ketawa. Dia berlalu meninggalkan Kamariah.Kamariah mengurut dada. Kamariah segara mencari suaminya.

"Apa urusan kamu semua bertandang kemari?" Suaranya garau. Peter bersila di atas tanah. Peter telah dirasuk oleh Awang Hitam.

"Kami mahu jasad yang tertanam di bawah pohon disana dan mahu menamatkan riwayat sang Awang Hitam." Peter ketawa kuat.

"Adakah kau bergurau si buta? Aku sudah bersemayam di sini sudah sekian lama. Lebih lama dari keturunan kau wujud. Mana mungkin aku mangkat sebegitu mudah di tangan kau si buta." begitu angkuh Awang Hitam berkata-kata.

"Jangan terlalu yakin Awang Hitam. Mungkin aku tak mampu nak kalahkan kau. Tapi dengan izin Allah SWT aku boleh hapuskan kau. Kau dah banyak buat onar semenjak dari dahulu lagi." Awang Hitam terdiam.

"Aku janji aku tak kacau penduduk disini lagi. Aku akan keluar dari tubuh ini. Tapi bersyarat." Awang hitam bermain tarik tali. Namun Yassin tak mudah ditipu oleh Awang hitam.

"Apa syarat kau?" tanya Yassin.

"Aku mahu wanita itu sebagai gantian." Awang Hitam menunjuk Saira. Senyuman Awang Hitam membuat Saira takut. "Sudah lama rasanya aku tidak beradu dengan seorang gadis." Awang Hitam ketawa dengan kuat.

"Aku tak akan benarkan kau ambil dia. Bahkan biar kau sentuh tubuh dia walaupun seinci. Engkau iblis durjana, aku tak akan ikut syarat kau walau apa pun terjadi. Iblis macam kau ni tak pernah bercakap benar." Awang Hitam naik berang. Dia menghentak kakinya sehingga terasa gegarannya.

"Dasar si buta!" Jerkah Awang Hitam. Awang hitam cuba mendapatkan Saira. Namun dihalang oleh alunan ayat suci Al-quran yang di baca oleh Yassin.

"Panassssss!" Raung si Awang hitam. "Sial kau si buta. Aku bunuh kau!" Garau suara Awang Hitam membuatkan sesiapa mendengar terasa gerun.

"Saira tolong aku. Aku Zafran. Mintak dia hentikan baca mantra itu. Aku sakit. Riz tolong aku. Aku sakit." Awang hitam cuba perangkap Saira dan Rizman."

Kepada Pembaca: saya ucapkan terima kasih kerana sudi membaca "Dimensi ke 4" maaf agak terlewat update bab seterusnya kerana saya di ganggu (gangguan kecil) semasa menulis "Dimensi ke 4", atas sebab kurang keberanian saya stop sekejap. Selain kita yang berada dunia dia juga ada bersama... Saya hanya menulis pada waktu malam dan akan publish jam 1pagi. Saya doakan semoga pembaca sentiasa dirahmati oleh Allah SWT... Amin.- iman lee

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience