Bab 15

Mystery & Detective Completed 6484

Pagi yang dingin. Matahari hari mula terbit. Sang burung berkicauan. Saira menggeliat malas. Dia menguap tanpa menutup mulut. Ini kalau mak mentua tengok terus reject nak buat menantu.

Zafran sudah tercegat depan pintu rumah. Zafran duduk dipangkin bawah pohon rambutan. Sesekali matanya mengalih ke arah pintu rumah. Namun batang hidung Saira masih belum kelihatan.

"Awal datang." tegur Saira. Zafran menghadiahkan senyum sehingga ternampak lesung pipitnya.

"Dah teringat awak. Itu yang datang." Saira buat muka. Ini la lelaki suka bagi harapan. Zafran menyuakan makanan untuk Saira.

"Eleh, ngada." Saira tersipu malu.

"Mama takkan kita nak biarkan Zafran hilang macam tu je?" Rizman tidak puas dengan keputusan pihak polis. Kata mereka sudah tiga tahun Zafran hilang tapi masih tiada kesan keberadaan adiknya.Berkemungkinan kes bakal ditutup. Mama seolah bersetuju dengan keputusan mereka. Rizman rasa seperti ada yang tidak kena. Takkan kes kehilangan adiknya dibiar begitu saja.

"Habis Riz nak mama buat apa? Tiga tahun Riz bukan tiga hari Zafran hilang. Zafran dah besar Riz lambat laun dia akan pulang." ya pulang, tetapi pulang hanya tinggal rangka saja.Detik hati Puan Zarina.

"Tak apa la mama.Riz balik dulu. Nak pergi hospital melawat kawan sekejap." Rizman malas mahu panjangkan cerita. Dia akan usaha mencari adiknya.

"Siapa? Budak perempuan tu lagi? Kalau tak salah mama budak tu dah koma sebulan lebih.Sudah Riz banyak lagi perempuan dekat luar sana. Mama tak nak Riz kecewa." Rizman memakai kasut.

"Benda yang lepas pun banyak buat Riz kecewa. Tak apa la mama Riz dah biasa." Rizman bersalam dengan mamanya sebelum masuk kedalam perut kereta.

"Suka hati kau lah anak pungut. Kau bukan ada kaitan dengan aku.Apa yang penting sekarang Zafran dah mati. Harta Zafran dah tentu jadi milik aku. Puas hati aku." gumam Puan Zarina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience