Bab 13

Mystery & Detective Completed 6484

Saira merenung langit. Fikirnya melayang mengingatkan ayah dan ibu adakah mereka sihat. Kerjanya pun sudah banyak tertangguh barangkali selepas dia pulang pasti dia sudah diberhentikan kerja. Zafran memberitahu Saira bahawa dia sedang koma akibat kemalangan jalan raya. Akan tetapi Zafran tidak dapat membawa Saira bertemu dengan jasadnya. Zafran sendiri tidak pasti kenapa.Entah mengapa hati Saira berbelah bahagi untuk pulang.

"Hmm jauh termenung.Fikirkan saya ke?" Zafran berkata sambil tersenyum-senyum.

"Haah." balas Saira dengan nada bersaja.

"Kalau awak nak balik. Balik saja." Saira memandang Zafran. "Habis awak macam mana?"

"Macam yang saya cakap. Awak cari abang saya. Insyallah awak akan jumpa saya balik."

"Tapi kalau saya jumpa awak lepas ni saya nak tak boleh jumpa sembang dengan awak macam ni dah. Tak boleh nak pandang awak."

"Terus terang saya cakap, sekarang saya hidup dalam keadaan terseksa. Sakit tu Allah saja yang tahu. Jasad saya entah ke mana. Roh saya tak ada hala tuju. Saya sekarang berada ditengah-tengah. Tak boleh nak pergi mana.Selagi semua benda ni tak settle, selagi itulah roh saya sentiasa begini.Dalam keadaan macam ini saya risaukan Rizman. Saya risaukan awak."

"Kenapa awak nak risaukan saya?" wajah putih bersih Saira dipandang Zafran.

"Mesti saya risau, awak dah tau segalanya tentang apa yang berlaku. Andai kata mama dapat tahu. Awak mungkin dalam bahaya. Termasuk Rizman."

"Kalau macam tu saya tak payah balik. Saya tinggal kat sini dengan awak." Zafran mengeluh berat.

"Tak boleh Saira. Awak masih bernafas. Nafas awak boleh dirasai. Tapi saya dah tak boleh. Awak ada keluarga tengah tunggu awak. Awak tak kesian pada mereka? Hari-hari tunggu awak sedar dari koma." wajah Saira kelihatan muram.

"Saya nak tanya awak sesuatu boleh?"

"Boleh."

"Awak sayang saya?" Zafran tersenyum.

"Mesti la saya sayang awak." Saira masih tidak puas hati dengan jawapan yang Zafran berikan.

"Antara saya dan Camelia siapa yang paling awak sayang? " Zafran tidak terkejut dengan pertanyaan Saira. Dia sudah agak soalan ini pasti ditanya oleh Saira. Soalan Saira di biar sepi tanpa jawapan. Dia merasakan Saira ada hati padanya. Jika dia menyukai Saira sekali pun mereka tetap tidak mungkin dapat bersama. Bagaimana cinta dia dan Camelia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience