Bab 10

Mystery & Detective Completed 6484

"Aku nak benda ni settle secepat mungkin. Apapun cara aku nak kau hapuskan Zafran. Aku dah banyak habiskan duit untuk korang tapi satu kerja pun tak jalan." marah Puan Zarina. Puan Zarina merupakan ibu saudara Zafran. Selepas mama dan papa Zafran meninggal dunia akibat terperangkap dalam kebakaran, ibu saudara dan Dato Zainudin iaitu atuk Zafran yang menjaga nya. Zafran juga mempunyai abang angkat yang dijaga oleh atuk iaitu Rizman.

Puan Zarina telah bercerai dan mempunyai seorang anak perempuan.Namun dijaga oleh bekas suami Puan Zarina.Puan Zarina jadi sedih kerana hak penjagaan milik suami.Puan Zarina ingin membawa kes ke mahkamah kembali tetapi dihalang oleh ayahnya. "Kalau kau bawa kes ni ke mahkamah. Proses akan menjadi lebih lama. Ya kita boleh upah peguam yang lebih baik. Kau tahu Hamdan tu macam mana, nanti susah kau nak jumpa Zulaikha. Bukan Hamdan tak kasi kau jumpa Zulaikha terus. Sudah jangan kau panjang-panjangkan benda ni. Kesian cucu aku nanti. Nanti besar panjang budak tahu la dia nak cari mak dia."

Puan Zarina mengambil keputusan membantu Dato Zainudin menguruskan syarikat import export. Dato Zainudin mempunyai ladang ternakkan seperti lembu, kambing dan ayam. Beberapa buah tempat peranginan yang terdapat di lapan buah negeri juga di miliki oleh Dato Zainudin. Dato Zainudin tidak menguruskan hal-hal ini sendiri. Ada juga yang diurus oleh orang-orang kepercayaan Dato Zainudin antaranya Zafran tetapi tidak pada Rizman. Rizman lebih selesa bekerja sendiri. Rizman seorang tenaga pengajar disebuah universiti swasta.

Selepas kematian Dato Zainudin pembahagian harta dilakukan mengikut wasiat Dato Zainudin. Disini bermula episod hitam buat Zafran. Zafran mendapat harta yang di wasiatkan oleh Dato Zainudin lebih banyak berbanding Puan Zarina. Sikap tidak puas hati mula menjengah dihatinya. Layanan Puan Zarina terhadap Zafran masih seperti ibu dan anak. Bak kata orang 'depan pijak semut tak mati tapi di belakang perangai nauzubillah'.

Zafran pernah berkongsi cerita pada Rizman tentang Puan Zarina. Tetapi Rizman langsung tidak percaya. Ya dia tiada bukti memang patut Rizman tidak percayakan dia. Namun dia tidak mengalah mencari bukti sehingga suatu hari dia dapat maklumat tentang Fahmi. Dia cuba menjejaki tempat tinggal Fahmi di kampung.Namun Puan Zarina mengetahui rahsia sudah pecah. Puan Zarina cuba menghalang Zafran.

Semasa dia memandu kereta dia dihalang oleh kereta lain. Kereta Zafran berhenti dibahu jalan. Empat lelaki datang menyerangnya. Mereka memukul Rizman sehingga pengsan.

Mereka menggunakan jalan Melur. Mereka masuk ke dalam hutan sehingga terjumpa kampung yang telah lama ditinggalkan iaitu Kampung Bunian.

Setiap hari Zafran diseksa sehingga sampai satu tahap, Zafran tidak mampu bertahan menahan kesakitan yang teramat sangat. Kulit bagai disiat. Setiap tulang temulangnya bagaikan patah remuk. Rupa Zafran tidak seperti orang. Wajahnya ditoreh. Besi yang panas di letakkan atas badan Zafran tanpa belas kasian. Semua itu di lakukan oleh Puan Zarina sendiri. Puan Zarina bagai disampuk syaitan. Dia merasa seronok apabila mendengar Zafran menjerit kesakitan.Sudah hilang sifat keibuan Puan Zarina yang ditonjolkan selama ini. Zafran tak berdaya melakukan apa-apa kerana kaki dan tangannya dirantai besi. Apa dirasainya hanya Allah sahaja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience