Bab 37

Mystery & Detective Completed 6483

Dua tiga hari ini Saira terlalu sibuk dengan kerja. Saira menaip menggunakan papan kekunci komputer. Saira memandang jam di pergelangan tangannya. Dah masuk waktu rehat.

"Saira jom pergi makan." pelawa Kak Jah.

"Tak apa Kak. Saya banyak kerja ni. Lagipun saya dah makan nasi lemak dua bungkus tadi. Kenyang lagi." Padahal perutnya berkeroncong. Memandangkan kerja masih banyak terpaksa dia lupakan hasrat untuk makan tengah hari.

"Kerja ni Saira kalau nak ikutkan sampai bila-bila tak habis. Kesihatan tu penting." Kata Kamal.Saira hanya membalas dengan senyuman.

"Kau nak kirim apa-apa tak?" Saira menggeleng kepala.
Nampaknya semua staf sudah keluar makan tengah hari. Tinggal dia sendirian. Telefon Saira berdering. Setelah menjawab panggilan. Saira mengemas mejanya.

"Aku baru nak siapkan kerja. Hmm alamatnya balik lambat lagi la hari ni." Tangannya mencapai handbeg.

"Sorry ganggu awak." Siara memakai tali pinggang keledar.

"It's okay. Saya tak dengar whatsapp masuk. Awak nak ajak saya lunch kat mana?" Haih la perut untung la kau dapat makan.

"Saya nak ayam penyet dekat Mydin. Tetiba rasa teringin."

"Ok boleh. Jauh awak datang semata-mata nak makan ayam penyet jer?"

"Saya adahal sikit dekat area sini tadi. Ingat nak balik terus. Tiba-tiba lapar tapi takde teman. Itu yang saya ajak awak."

"Asslamuaikum, Saira." Saira berhenti menyuap nasi ke dalam mulut begitu juga Rizman.

"Mak cik, Kak Farhana. Eh jemput la duduk." Saira menarik kerusi untuk Kamariah. Tiada lagi wajah tidak senang bila memandang Saira. Dahulu jika berkunjung ke rumah keluarga Fahim, ibu Fahim paling ketara dengan pandangan kurang senang dengan kehadiran Saira."Akak dengan mak cik nak minum apa-apa? saya pesankan."

"Eh tak payah susah-susah. Akak dengan mak baru je sudah makan. Kebetulan lalu sini ternampak Saira. Itu yang singgah kejap. Mak beriya nak jumpa Saira." Rizman tidak menyampuk hanya mendengar perbualan mereka. Kamariah menangis. Saira kaget.

"Saira. Mak cik nak mintak maaf. Mak cik punca segalanya. Perkahwinan kamu dengan Fahim patutnya dimudahkan tapi mak cik yang susahkan. Mak cik terlalu mahukan kehidupan yang sempurna untuk anak-anak tapi mak cik tersilap. Mak cik yang ciptakan derita untuk anak-anak sendiri. Mak cik mintak maaf kerana dah malukan kamu sekeluarga." Saira memegang tangan Kamariah.

"Benda dah jadi mak cik. Tak usah lagi diungkit. Saya dan Fahim bukan ditakdirkan bersama. Saya maafkan. Lagipun benda dah lama." Kamariah tak mampu berkata-kata. Air mata Kamariah tak berhenti mengalir. Tubuh Saira dipeluk erat.

"Awak ok?" wajah Rizman dipandang. "Saya ok. Kenapa tanya?"

"Tak ada la. Nampak awak termenung je." Rizman sebenarnya ingin mengatakan sesuatu. Rizman mengaru kepala yang tidak gatal.

"Hmm Saira, saya nak cakap sesuatu boleh?" Rizman menelan air liur.

"Sejak bila nak cakap kena mintak kebenaran? Cakap ja la." Saira tergelak. Macam-macam pak cik ni.

"Hujung minggu ni saya nak hantar rombongan merisik awak untuk saya." Saira berhenti ketawa. Aku salah dengar ke apa ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience