Bab 2

Mystery & Detective Completed 6484

Sudah sebulan dia tinggal berseorang. Rasa sunyi tanpa bebelan Helina. Rindu rasanya. Saira singgah di supermarket. Tekak terasa mahu makan tomyam daging. Mula mula dia ingat nak beli saja yang sudah siap tapi mengingatkan tomyam di kedai hanya lebihkan bawang dan serai dari daging baik dia masak sendiri. Baru ada kepuasan.

"Saira." Saira menarik nafas. Dia kenal suara itu. Saira menghadiahkan senyuman terpaksa ke arah lelaki itu.

"Saira buat kat sini? Sorang saja?" Dia punya soalan macam peluru gun.

"Saya tengah meniaga sayur. Ni sebelah saya ada tiga orang lagi. Tak nampak?" Riz ketawa.

"Pandai Saira bergurau. Hmm banyak beli barang? Abang singgah sini cari barang sikit, pastu nampak Saira. Tak apa kan abang teman Saira beli barang?" Saira rasa macam nak cepat cepat bayar dekat kaunter.

"Saya tak tanya pun,sibuk bercerita apa benda entah. Nak teman bagai. Supermarket dekat lain banyak kat sini jugak kau nak beli. Tak ada tempat lain agaknya." Saira bermonolog sorang diri.

"Saira cakap apa? Abang tak dengar."

"Abang ni telinga letak dekat mana." Saira berkata sambil senyum senyum plastik. "Saira cakap apa salahnya kalau abang nak teman Saira." Riz tersenyum bahagia. Dia tak tau yang Saira dah menyampah dengan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience