Bab 22

Mystery & Detective Completed 6484

Setelah beberapa hari Saira terjaga koma, keadaannya makin stabil. Semenjak Saira sedar dia hanya bercakap bila perlu. Dia tidak peduli dengan keadaan disekeliling. Doktor menasihatkan keluarga Saira agar tidak terlalu memaksa Saira mengingati apa-apa.Bimbing Saira stress.

Rizman singgah dikedai bunga. Tiga hari lepas abang Saira ada menelifon dia.Abang Saira memberitahu Saira sudah sedar. Kebetulan dia ada di Sabah menghadiri seminar. Perasaan tidak sabar untuk bertemu Saira ditahan. Sudah lama dia rindukan gadis itu.

Ya dia akui Saira tidak melayan dia. Tapi entah mengapa hatinya terlalu ingin mendekati Saira. Walhal dia perasan mimik muka Saira tidak senang dengan kehadirannya. Tapi Rizman tetap mahu berusaha memikat Saira.

"Assalamualaikum." semua yang datang melawat Saira memandang ke arah Rizman sambil menjawab salam.

Mata Saira tidak lepas memandang Rizman. Matanya tidak berkedip melihat Rizman.

"Kenapa pandang macam tu Saira. Saira kenal ini siapa?" tanya mak. Saira hanya diam.

"Kamu jangan ambil hati ya Riz. Sejak sedar Saira begini la. Tidak bersuara. Entah apa yang difikirkan." kata mak Saira.

"Tak apa mak cik.Saya tak ambil hati. Saya faham keadaan Saira sekarang. Insyallah nanti Saira makin pulih." sejak dari tadi Saira perhatikan Rizman. Entah apa yang menarik minatnya. Rizman perasan cuma dia tidak ambil kisah.

Setiap hari Rizman datang melawat Saira dan setiap hari itu la Saira sentiasa memandang Rizman. Sampai la suatu hari. "Tunggu. Boleh tak saya cakap dengan awak sekejap?"

Rizman agak terkejut bila Saira bercakap dengan dia. Hari ini Rizman datang lewat malam kerana dia terpaksa settle kan urusan kerja.Rizman tidak jadi pulang.Dia berpatah balik. Rizman tarik kerusi duduk di sebelah Saira.

"Saya ganggu awak tidur? Saya mintak maaf sebab datang melawat awak lewat malam. Hmm ada apa yang awak nak cakapkan?"

"Tak, tak ganggu. Hmm boleh tak saya mintak tolong belikan burger mcd? Saya nak order online tapi saya tak tahu telifon dan purse saya dekat mana. Saya janji nanti saya bayar balik." Rizman tergelak.

"Hisy awak ni. Saya ingat awak nak cakap apa la tadi. Milo ais dengan Gcb." Saira menggeleng. Itu yang selalu Saira order. Dia mengambil tahu apa yang Saira suka dan tak suka melalui Helina kawan baik Saira.

"Big Mac dengan ais americano." setahu Rizman, Saira tak makan daging. 'Mungkin Saira lama koma jadi dia teringin'kata hati Rizman.

Agak gelojoh Saira makan. Barangkali dia lapar. Rizman mengelap bawah bibir Saira yang agak comot. Saira terkesima.

"Sorry." Saira menguyah perlahan lahan. Makin lam selera dia makin hilang.

"Awak berapa beradik." Rizman terpinga dengan soalan Saira. "Tak ada la, saya saja nak tau."

"Dua beradik."

"Oh, adik awak tinggal dengan awak?"

"Tak. Dia duduk kl."

"Mesti korang jarang jumpa kan?"

"Tak juga. Sebulan sekali dia akan turun JB jumpa saya. Kenapa awak tanya ?" Saira tersengeh.

"Awak. Saya tak tahu lepas makan tiba-tiba saya rasa ngantuk. Saya nak tidur dulu." Saira menarik selimut.

"Hmm ya la. Saya balik dulu. Jangan lupa baca doa tidur. Assalamualaikum."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience