Bab 24

Mystery & Detective Completed 6483

"Assalamualaikum" Saira memberi salam.Adik beradik Saira datang mendapatkanya.

"Kak ngah." Jerit Sakinah. Mereka berpelukkan.

"Kak ngah." adik bongsu Saira datang bersalam.

"Sham sihat?" tubuh kecil Sham juga dipeluk.

"Alhamdulillah macam yang kak ngah tengok sekarang la.Rindu kak ngah." Sakinah mencebik bibir.

"Eleh rindu nak pau kak ngah la tu." kata Sakinah.

"Mana ada. Pandai-pandai ja kau ni." balas Sham. Saira menggelang kepala. Pantang dekat mula la nak bergaduh.

"Sham nanti tolong angkat beg kak ngah." arah along. Mata Saira meliar mencari ayah.

"Mak, mana ayah?" semua terdiam mendengar pertanyaan Saira. Saira berjalan menuju ke dapur mencari ayahnya namun tiada. Saira pergi ke bilik mak dan ayah. Pintu diketuk tapi tiada jawapan. Tombol pintu dipulas. Namun hampa ayahnya tiada.

"Saira, duduk kejap abang long nak cakap sikit."

"Kejap, Saira tengah cari ayah."

"Duduk dulu, nanti abang long bagitahu ayah dekat mana." Saira akur dengan arahan along. Semua berkumpul di ruang tamu.

"Apa yang abang long nak cakapkan ni harap Saira boleh terima kenyataan. Ayah dah meninggal dunia masa dalam perjalanan ke hospital." Saira tak terkata apa. Dia bangun masuk kedalam bilik.

Saira rasa sedih tapi air matanya tidak mahu mengalir. Benar dia merasa kehilangan. Adakah dia bercakap dengan ayah melalui telifon ditepi sungai itu adalah kali terakhir. Benarkah itu ayah. Kenapa hal ini berlaku terlalu pantas.

Awal-awal pagi lagi Saira sudah bangun. Saira mengenakan baju kurung serta bertudung bawal. Saira keluar dari bilik.

"Saira nak pergi mana?" tanya mak. Risau hatinya, Saira langsung tidak keluar bilik selepas anak lelaki sulungnya memberitahu ayahnya sudah tiada. Risau kalau Saira sakit semula.

"Siara nak pergi melawat kubur ayah. Abang long mana mak?"along berjalan mendekati mereka.

"Saira nak pergi mana ni?" tanya along.

"Abang long. Boleh tak hantarkan Saira ke kubur?Saira nak zairah kubur ayah." Along pandang mak. Mak memberi izin membawa Saira ke kubur.

Selesai membaca yasin. Saira menjurus air di pusara ayahnya.Saira mintak maaf ayah sebab banyak buat salah. Saira tinggalkan mak dan ayah selepas perkahwinan Saira dan Fahim tak jadi. Saira biar mak dan ayah tanggung malu dari mulut orang kampung. Saira langsung tak jenguk mak dan ayah kat kampung. Masa ayah sakit pun Saira tak merasa nak jaga ayah. Saira mintak ampun ayah. Saira sayangkan ayah. Kata-kata itu hanya mampu terluah dihati. Betul lah kata orang selagi mak dan ayah masih ada hargai la mereka.

Saira memegang batu nisan ayah. Entah kenapa kepalanya terasa sakit sangat. Along memanggil dia. Saira terasa badannya seperti di awangan. Saira rebah tapi sempat disambut along.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience