Bab 38

Mystery & Detective Completed 6484

Tiga Tahun Kemudian ....

Saira sibuk didapur menyediakan sarapan pagi. Saira mencuci pinggan mangkuk yang berada dalam sinki.
Cuaca diluar nampak mendung. Pakaian sudah dibasuh. Tinggal nak keringkan saja. Rizman datang memeluk Saira dari belakang. Bahu Saira di cium. Saira tersenyum

"Kenapa umi tak kejutkan baba?" Saira pusing menghadap Rizman. Saira membelai rambut Rizman.

"Nampak awak sedap sangat tidur. Saya tak sampai hati nak kejutkan awak. Lagipun awak cuti hari ni." Rizman memandang ke anak mata Saira. Saira malu-malu. Saira kahwin dengan Rizman dekat tiga tahun tapi masih malu-malu lagi.

"Asal makin hari sayang makin cantik? Risau baba takut ada yang nak ngorat awak." Pipi Saira dicium.

"Eiii dah la tak mandi. Ada la tu nak bodek apa-apa. Dah pergi mandi laa baba. Busuk." kata Saira dengan suara manja.

"Eleh busuk konon. Meh sini." Rizman mencium seluruh wajah Saira. "Baba!" Rizman ketawa. "Comel awak buat muka macam tu. Tapi lagi comel kalau kat sini ada baby." Rizman mengosok perut Saira. Saira mencubit perut Rizman.Mereka dua terdengar suara budak menangis.

"Allah, Rania.Baba terlupa, tertinggal Nia dalam bilik." Rizman naik ke bilik mendapatkan Rania.

"Hmm itu pun nak anak lagi. Ada sorang anak pun dah lupa."

"Mengumpat baba sorang-sorang nampak." Saira tersengih.

"Nia nangis kenapa ni?" Saira mengelap air mata Rania. Tubuh Rizman dipeluk.

"Kenapa menangis? Sakit ke? Nia nak apa sayang? hmm" Rania menujuk sesuatu.

"Umi tadi Nia nampak ada hantu." Rania bercakap masih pelat tapi boleh di fahami. Rizman memandang Saira.

"Hmm tak ada la sayang. Dia dah pergi. Umi dah suruh dia pergi jangan kacau anak umi yang comel ni." Rania berhenti menangis. Sudah acap kali Rania memberitahu dia atau Rizman tentang entiti. Bila Rania tunjuk, dia dan Rizman pandang tak ada apa-apa pun.

"Baba rasa Nia perlukan teman. Nia nak adik tak?" Rizman mengusik Saira. Tapi dalam masa yang sama Rizman mahu memujuk Rania tak mahu Rania rasa takut.

"Nak..." kemain laju je Rania jawab. Saira mencubit Rizman.

"Sakit sayangggg.." Rania ketawa melihat babanya menjerit kesakitan.

"Dah pergi mandi. Jangan nak merepek. Apa baba ni depan anak cakap bukan-bukan." Saira mengambil Rania diletak diruang tamu. "Nia duduk sini kejap, umi buat susu." Rania sibuk dengan permainannya yang baru dibeli oleh Rizman.

Rizman mencium dahi Saira. "I love you." pipi cubit. Rizman lari masuk ke bilik. Saira menggeleng kepala melihat telatah Rizman. Alhamdulillah sepanjang Saira berkahwin dengan Rizman. Rizman melayan dia baik. Ya Rizman suami yang sempurna untuknya. Saira bersyukur memiliki Rizman. Rania tidur di ribanya sambil minum susu botolnya. Rambut Rania dibelai. Wajah Rania ditatap. Kata-kata Awang Hitam kembali terngiang-ngiang ditelinganya.

"Aku bersumpah setiap keturunan kau akan melihat kewujudan seperti aku. Kau tak boleh lari dari aku. Hahaha.'' nyaring Awang Hitam ketawa membuatkan bulu romanya naik setiap kali mengingati peristiwa itu.

Adakah Rania terkena sumpahan Awang Hitam.Segera Saira istigfar. Seharusnya dia tidak terlalu taksub dengan kata-kata Awang Hitam. Saira berdoa memohon perlindungan dari Allah swt. Moga apa yang anaknya lihat sekarang hanya lah bersifat sementara. Saira mencium dahi anaknya.

Selesai tidurkan Rania. Saira bancuh air milo panas untuk Rizman. Saira membawa dua mug ke ruang tamu.

"Kenapa susah-susah bancuh air sayang. Saya boleh buat sendiri la.Rania dah tidur?"Segara Rizman mengambil mug ditangan Saira diletak atas meja. Saira duduk sebelah Rizman.

"Dah, seronok sangat main petang tadi dengan awak. Penat sangat la tu, letak kejap dah tidur. Apa yang susah. Air ja pun atau awak dah tak sudi nak minum yang saya buatkan?" Mata Rizman yang ralit memandang tv terus pandang Saira. Rizman mencubit kedua belah pipi Saira.

"Sakit la." Geram dibuatnya melihat pipi Saira yang makin tembam. Gebu macam pau. Ikut hati nak ja gigit.

"Alo...alo.. Sorry ... kuat sangat eh. Hmm cakap lagi macam tu." Rizman membelai kedua-dua belah pipi Saira. "Apa saja yang datang dari tangan sayang, saya makan saya minum. Saya kalau boleh tak nak susahkan awak. Saya tak nak awak penat. Kerja ni saya boleh buat.Sayang sakit masa bersalinkan Rania sumpah saya tak boleh lupa. Saya risau kalau-kalau sayang tak ada sisi saya." Saira terharu dengan kata-kata Rizman.

"Kenapa renung saya macam tu?"

"Hmm sebab awak cantik." Saira tersipu malu.

"Ngada awak ni." Saira pandang ke arah lain.

"Sayang.. terima kasih sebab sudi saya. Terima kasih sebab sudi jadi suri dihati saya. Terima kasih sebab lahirkan anak kita.Saya berdoa semoga perkahwinan kita kekal hingga ke syurga. Saya nak sayang tau dekat hati saya tak ada perempuan lain melainkan awak sayang." Rizman membelai rambut Saira.

"Saya pun nak cakap benda sama. Terima kasih sebab jadi suami yang terbaik untuk saya." Saira mencium dahi Rizman. Rizman tersenyum. Rizman merebahkan kepalanya diatas paha Saira. Mereka berdua menonton rancangan di tv bersama.

Setelah akad nikah puas juga Zulaikha buat drama sebab tak boleh terima Saira kahwin dengan Rizman. Rizman pujuk bagai nak rak. Saira tengok naik berbulu biji mata. Mana tak berbulu. Zulaikha siap peluk Rizman. Mujurlah Rizman tolak dengan baik. Kalau tak balik rumah memang perang dunia ke dua la dengan Saira.

Selepas Saira berkahwin, Zafran ada hadir dalam mimpinya. Zafran memakai baju putih berada sebuah tempat yang luas. Wajah Zafran putih bersih. Zafran berterima kasih kepada Saira kerana sudi membantu nya dan menerima Rizman sebagai suami. Kata Zafran, Rizman adalah lelaki pilih terbaik untuk Saira. Manakala Puan Zarina telah dimasukkan hospital sakit jiwa. Dua tahun lepas, mereka menerima khabar bahawa Puan Zarina telah meninggal dunia. Puan Zarina menghentuk kepalanya sendiri di dinding. Peliknya tiada siapa yang dengar atau melihat perbuatan Puan Zarina.

Fahim pula sedang menjalani hukuman dipenjara. Keadaan Fahim agak kurang memuaskan. Kata Farhana kakak Fahim, sempat juga dia melawat Fahim. Fahim tidak berbicara. Wajahnya sentiasa pucat. Fahim banyak menyendiri. Semoga Fahim baik-baik saja.

"Setiap kehidupan seseorang pasti memiliki pengalaman kehidupan baik atau buruk. Pengalaman kehidupan seseorang itu berbeza jangan bandingkan pengalaman kehidupan seseorang itu dengan kita. Mungkin mudah dari segi pandang mata kita untuk jalani tapi sulit bagi dia yang menghadapi. Jangan menghukum kesalahan seseorang yang lepas sebaliknya bantu dia kembali ke jalan benar. Usah persoalkan tentang penghuni syurga dan neraka sebaliknya terus buat kebaikan kerana Allah swt." - imanlee

TAMAT.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience