Bab 25

Mystery & Detective Completed 6484

"Zafran." Saira terjaga dari pengsan. Mak segera mendapatkan Saira. Dahi Saira berpeluh.

"Alhamdulillah kamu dah sedar. Risau mak." Mak mengelap peluh Saira. Along, Sham dan Sakina datang mendekati Saira.

"Mak, Saira kena balik Jb. Ada benda Saira kena settle." Mak mula risau. Mak pandang along.

"Saira. Awak tu belum sihat lagi. Kalau sakit lagi macam mana?" along cuba memujuk Saira.

"Betul tu kak ngah. Kak ngah belum sihat lagi. Sekurang-kurangnya kalau kak ngah dekat sini kitaorang boleh tengok kan kak ngah." Sham juga menyampuk.

"Saira, tak tahu nk cerita dekat korang macam macam. Kalau Saira tak settle benda ni. Sampai bila-bila Saira akan sakit mak. Ada yang perlukan Saira mak. Hanya Saira yang boleh bantu Zafran." mereka saling berpandangan.

"Siapa Zafran?" tanya along.

Saira menceritakan apa yang telah terjadi padanya semasa koma. Keluarganya agak terkejut. Tapi along menasihatkan supaya siasat terlebih dahulu.

"Assalamualaikum." Saira tersenyum memandang lelaki di hadapannya.

"Waalaikummusalam." Rizman tarik kerusi duduk di hadapan Saira.

"Sorry lambat. Ada hal sikit tadi. Saira dah sihat? Bukan baru ja balik kampung hmm?" Rizman bertanya dengan nada lembut.

"Alhamdulillah. Macam awak tengok sekarang ni.Hmm saya ada benda nak cakap dengan awak."

"Bunyi macam serius je. Cakap la." Saira menarik nafas.

"Minggu depan awak teman saya pergi Bukit Rimbun." Rizman terasa hairan mengapa Saira mengajaknya ke sana.

"Buat apa pergi sana? Hiking? Dekat situ bahaya la. Pernah ada orang hilang dekat sana. Kalau awak nak pergi hiking saya boleh cari tempat yang sesuai." Rizman ada mendengar kes kehilangan orang dari teman sekerjanya. Mereka berkata Bukit Rimbun ada penunggunya. Jarang orang kesana.

"Saya bukan nak pergi hiking. Dekat sana ada satu perkampungan orang asli. Saya cuma nak pergi sana. Kalau awak tak boleh teman saya tak apa. Saya boleh pergi sendiri." Segara Rizman menghalang.

"Ok.ok...Saya teman awak. Hujung minggu ni saya ambik awak dekat rumah." Saira senyum lebar. Moga urusan dia, Allah permudahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience