Bab 4

Mystery & Detective Completed 6484

Saira duduk di tangga rumah menikmati angin malam. Entah kenapa Saira terasa tenang. Tenang sangat di kampung ini. Rasa nyaman. Udara segar. Hilang seketika masalah dibenaknya.

Saira tidak pernah melihat kampung secantik ini. Konsep rumah kayu masih diguna pakai oleh penduduk kampung disini. Boleh kata semua rumah di kampung ini di perbuat daripada kayu. Mereka masih mengekalkan konsep melayu lama. Tak nampak ketinggalan zaman tapi nampak klasik. Bak kata orang putih limited edision.

"Apasal awak duduk dekat luar rumah? Awak belum sihat lagi kan?" Zafran duduk di pangkin buluh.

"Saya nak ambik angin kejap.Saya suka suasana kampung sini. Saya tak pernah jumpa lagi kampung macam ni. Apa nama kampung ni?" lelaki itu tersenyum. Tak habis dengan senyum dia tau la handsome. Tak lenguh ke asyik senyum.

" Senyum tu kan sedekah. Apapun ujian yang Allah berikan pada kita, belajar reda. Hati tenang. Insyallah wajah berseri." Aik dia boleh baca isi hati aku ke apa ni. Zafran tersenyum.

"Saya tanya awak belum jawab lagi pertanyaan saya. Saya tanya ni, apa nama kampung ni?" naik risau pulak hatinya. Tapi firasat dia mengatakan bahawa lelaki dihadapannya orang yang baik.

"Kampung Bunian." riak wajah Saira nampak takut.

"Awak jangan nak takut kan saya." Zafran mengeleng kepala.

"Tak. Buat saya nak takutkan awak. Awak jugak yang tanya saya, kampung ni nama apa. Kampung ni nama Kampung Bunian. Tapi dulu kampung ni nama lain." berkerut wajah Saira.

"Dah tak payah buat muka macam tengah fikirkan masalah negara sangat. Sekarang awak masuk tidur. Nanti bila saya free, saya cerita dekat awak. Besok saya bawak awak jalan-jalan pusing kampung." Zafran baru hendak berjalan pulang. Namanya dipanggil.

"Ini kan rumah awak. Awak nak pergi mana?"

"Saya tidur rumah kawan saya. Tapi kalau awak tak kisah saya ok je nak tidur sini." Zafran bernada biasa.

"Eh jangan nak mengada. Ada juga yang kena siku kang." Zafran ketawa.

"Saya gurau ja la. Takkan saya nak tidur dakat rumah ni berdua dengan awak. Saya tau hukum awak. Awak jangan risau." Entah kenapa Saira tenang mendengar bicara dari Zafran mengingatkan dia tentang seseorang. "Hmm lagi satu saya nak pesan. Dekat sini awak jangan makan sembarangan. Awak nak makan apa bagitau saya. Saya cari. Jangan pernah ambik apa apa pun makanan dari orang lain melainkan saya bagi."

"Kenapa tak halal ke?" alahai banyak bunyi pulak mak cik ni.

"Ya tak halal. Tempat diorang kotor." nada Zafran agak serius.

"Awak, terima kasih tau sebab benarkan saya tumpang dekat rumah awak. Saya tak tahu nak balas macam mana." Zafran tersenyum.

"Apa yang terjadi kehendak Allah. Sudah masuk tidur. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummussalam."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience