Saira membantu Helina mengemas baju. "Kau betul nak tinggal dekat rumah ni sorang sorang?" Helina baru sahaja berkahwin. Dia terpaksa mengikut suami berpindah ke sabah. Suaminya seorang guru disekolah rendah.
"Ya aku nak duduk sorang. Aku risau kalau dapat penyewa pengotor. Serik aku bila ingat balik si Reena tu. Muka lawa tapi pengotor. Dah la suka rembat barang aku." Helina ketawa. Reena budak kolej kebetulan anak sedara mak cik kedai runcit simpang jalan tu. Mula mula tu pelik juga kenapa dia tak bagi Reena tinggal sekali dengan dia. Siap bagi alasan anak lelaki dia ramai tak elok orang pandang. Padahal selalu nampak anak dia usung anak dara orang kesana kesini. Sekali dah sewa bilik baru tau perangai si Reena tu macam mana. Saira boikot kedai mak cik tu sampai sekarang. Sanggup dia beli barang dekat kedai jauh. Puas jugak mak cik tu mintak maaf. Tapi Saira buat keras kepala dia.
"Engkau ingat lagi budak tu."
"Mana aku tak ingat. Hangin aku dengan budak tu. Kalau aku dapat, tau la nasib dia. Nasib dia dah habis belajar. Pandai pula dia buat taik time last sem." marah betul Saira.
"Aku bukan apa. Risau aku kalau kau tinggal sorang sorang. Abang Riz nak kau, kau jual. Kau dengan dia ok apa." Saira mencebik bibir. Bukan dia memilih cuma dia malas untuk bercinta. Dia serik bila ingat kembali tentang Fahmi.
"Engkau je la dengan dia." Saira bangun meninggalkan Helina.
"Eh kurang asam punya kawan. Aku suruh kau. Cakap pasal abang Riz lari.Saira!" jerit Helina.
"Ngantuk! besok aku kerja." Helina menggeleng kepala.
Share this novel