Bab 26

Mystery & Detective Completed 6483

Tepat pukul lapan pagi Rizman mengambil Saira. Kereta yang dipandu Rizman menuju ke Kampung Dewa. Dada Saira bedebar. Saira berdoa agar urusannya dipermudahkan.

"Assalamualaikum, hmm tumpang tanya.Ini kampung Dewa?" tanya Saira kepada seseorang lelaki yang berbaju lusuh.

"Maaf saya Kristian. Betul ini kampung Dewa. Ada keperluan apa cik datang kesini?"

"Hmm saya Saira. Saya nak jumpa dengan ketua kampung disini. Pak Samad."

"Oh, cik cari rumah tok batin. Rumah dia depan itu." Saira mengucap terima kasih kepada lelaki itu.

"Saira. Apa yang jadi sebenarnya ni?Saya tak faham apa yang awak nak buat."

"Tak apa. Nanti awak akan tau semuanya."

"Ya apa hajat kamu berdua nak bertemu dengan tok?" Rizman memandang Saira.

"Saya Saira dan ni kawan saya Rizman. Saya datang sini ada nak mintak pertolongan tok." Pak Samad membalut rokok daun. Api dicucuh. Di hisap perlahan dan di hembus.

"Apa pertolongan yang kamu nak mintak pada aku tu?"

"Kawan saya tersesat dalam hutan dekat kampung bunian. Saya kena tolong dia. Tapi saya tak tahu jalan kesana. Saya harap tok boleh tolong saya." rokok segera dimatikan.

"Kenapa kamu tak report polis. Dekat sana bahaya. Tak ada siapa yang berani ke sana."

"Saya bukan tak nak pergi buat report tok. Ok macam ni.Saya kemalangan dua bulan lepas. Saya koma. Apa yang saya nak cerita mungkin tak masuk akal.Semasa saya koma roh saya ke kampung bunian. Saya jumpa kawan saya. Dia tak boleh nak cari jalan balik sebab dia dah mati.Jasadnya kian mereput. Saya cuma nak nasib dia terbela tok. Saya juga ada jumpa Ali adik tok." Rizman terkejut dengan apa yang Saira ceritakan. Pak Samad juga terkejut nama adiknya disebut.

"Ali macam mana sekarang?" sungguh Pak Samad rindukan adiknya. Begitu juga maknya. Namun maknya telah meninggal dunia.

"Dia sihat. Cuma dia tak boleh nak balik ke sini. Tok Ali terpaksa pertaruhkan nyawanya demi Kampung Dewa. Awang hitam punca semua ini berlaku." Pak Samad terkedu. Ya sudah lama peristiwa hitam itu berlalu.

"Macam mana aku nak tolong kamu.Di sana bahaya. Lagipula aku pun sudah tua untuk melawan Awang Hitam. Ilmunya terlalu kebal tiada siapa yang boleh lawan dia."

"Pak Samad, kita masih ada Allah. Insyallah Awang hitam boleh lenyap dari bumi dan Tok Ali mungkin dapat kembali. Saya perlu bantuan dari Yassin anak Pak cik Kamis untuk tolong kita."

"Yassin? Dia buta, macam anak Kamis tu nak tolong." Saira tersenyum.

"Ya dia buta mata. Tapi hatinya terang untuk mencari jalan penyelesaian untuk kita. Insyallah tok semua tanda tanya yang bermain difikiran akan dapat diselesaikan."

Malam ini mereka berehat di rumah tok ketua. Besok awal-awal pagi mereka akan berangkat ke kampung bunian.

"Kenapa awak pandang saya macam tu." Saira hairan melihat Rizman memandang serius ke arahnya.

"Tak saya pelik dengan apa yang awak ceritakan. Susah saya nak percaya." Saira tersenyum.

"Siapa suruh awak percaya, saya suruh awak teman saya ke sini sahaja."

"Saira. Awak tahu tak awak belum sihat. Saya risaukan awak. Dekat sana boleh jadi macam-macam tahu tak.Kenapa awak nak risaukan dia yang dekat hutan tu. Lagipun dia dah meninggal. Kita suruh polis je la datang ambik dia." riak wajah Saira berubah.

"Awak rasa kalau saya pergi balai polis buat report. Awak agak mereka percaya saya ke? Silap silap polis tu cop saya gila. Tengok la awak sendiri pun sangsi dengan saya. " Saira senyum sindir. "Dia terseksa Riz dekat sana. Saya sorang ja tahu pasal dia. Kalau saya tak tolong dia siapa lagi. Kalau awak nak tahu yang mati dekat hutan sana, Zafran adik awak." tergamam Rizman dibuatnya. Rizman menggeleng. Dia menindakkan kebenaran yang Saira ingin memberi tahu.

"Jangan nak merepek boleh tak?" Rizman tidak percaya.

"See... awak still tak boleh percaya saya. Last dia hilang dia pakai sweatshirt kuning seluar jeans hitam. Betul? Awak sebenarnya pun bukan abang Zafran. Awak cuma dijaga oleh datuk Zafran. Mak ayah Zafran dah meninggal disebabkan kebakaran. Tunang Zafran meninggal selepas kemalangan.Mak saudara Zafran yang jaga dia kan? Mesti awak terkejut? semuanya saya dah tahu. Saya tak ada bukti nak tujuk pada awak sekarang. Saya yakin besok kita akan jumpa mayat Zafran.Cuma sekarang saya mintak awak jangan info apa-apa pada sesiapa terutama mak saudara awak.Kalau awak nak kita semua selamat dan Zafran selamat dikebumikan. Saya harap awak ada dengan saya waktu ni. Saya tahu awak sedang bekeras nak cari Zafran. Saya betul-betul nak tolong awak. Ini amanah Zafran pada saya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience