Bab 36

Mystery & Detective Completed 6430

Saira membuka pintu bilik yang di huni oleh Rizman perlahan-lahan.Rizman sekujur tubuh Rizman berada dikatil Hospital.Buah tangan yang di bawa di letak atas meja. Rizman sedang tidur.Wajah Rizman nampak cengkung dan pucat. Saira menarik kerusi. Dia melabuhkan punggung.

Wajah Rizman ditatap. Timbul rasa kesian pada lelaki itu. Hidup dalam kecelaruan identiti sebenar. Tidak pernah kenal ibu dan ayah sebenar.Moga ada sinar bahagia yang akan menyenari hidup awak.

Kelopak mata Rizman bergerak. Rizman membuka matanya.Rizman mengosok kedua-dua belah matanya.Agak kurang jelas penglihatan.

"Saira? Dah lama awak sampai?" Rizman cuba untuk bangun. Tapi di halang oleh Saira.

"Awak rehat la. Saya baru datang. Saya datang kejap ja ni." Rizman menangkat sedikit kepala katil.

"Kenapa sekejap?Kenapa tak lama?" Haih banyak tanya pak cik ni. Kira untung dah datang melawat.

"Jangan nak macam-macam." Rizman ketawa kecil. "Macam mana boleh sampai masuk hospital ni?" tanya Saira.

"Sebab terlalu rindukan awak." kata Rizman bersahaja.

"Dah la saya nak balik." Rizman buat Saira rasa tidak selesa.

"Jangan la balik lagi. Saya baru nak sembang dengan awak. Ok ok saya tak cakap macam tu dah. Ok" Rizman buat muka comel. "Awak tahu dari mana saya masuk hospital ni?"

"Ina bagitahu. Ina cakap dia tengok story ig kawan awak. Itu yang saya datang." Sebab saya risaukan awak. Awak tahu tak. Saya balik kampung baru nak bersenang lenang. Tahu-tahu awak sakit. Hati saya gundah gulana fikirkan awak. Sayangnya luahan itu hanya mampu terungkap dihati.

"Mesti Ina tengok story Iman ni. Awak drive sorang-sorang?" Saira menggeleng.

"Tak. Along hantar. Kereta rosak."

"Habis kejap lagi awak balik dengan siapa? " Hatinya mula risau. Lagi pula sudah lewat malam.

"Balik naik grab." Rizman menggeleng. Dia mencari kunci keretanya di dalam laci.

"Nah. Balik naik kereta saya.Bahaya la naik grab. Lagi pula awak perempuan." Saira menolak.

"Macam mana kereta awak boleh ada dekat sini. Tak apa la saya boleh naik grab." segan Saira. Kalau boleh dia tidak mahu menyusahkan Rizman. Sudah acap kali lelaki itu menolongnya.

"Ambik. Jangan degil boleh tak? Bahaya balik naik grab. Sekarang macam-macam berita keluar dekat surat khabar." Suara Rizman agak tegas. "Lepas habis kerja saya datang nak ambik ubat je. Bila doktor check suhu tinggi. Itu yang kena lepak dekat sini. Pakai ja kereta saya. Lagipun awak nak pergi kerja macam mana kalau kereta rosak." nak tak nak dia terpaksa terima.

"Hmm saya dah banyak susahkan awak. Segan saya. Saya tak nak orang cakap saya mempergunakan awak. Walhal saya dengan awak tak ada apa-apa pun." ayat termembuat Rizman tersentap. Rizman menarik nafas.

"Saira dengar sini apa yang saya nak cakap." Rizman memandang tepat ke anak mata Saira.

"Saya tau dekat luar sana ramai lelaki yang lebih baik dari saya.. Saya tau kisah awak dengan lelaki yang saya pukul tu. Saya tau awak sukakan Zafran. Jangan tanya macam mana saya boleh tahu. Saya cuma mintak awak beri saya peluang untuk kenal awak lebih daripada sekarang. Mana tahu kita memang ditakdirkan bersama. Saya tak tahu nak yakin pada awak yang saya betul-betul sayangkan awak lebih dari saya sayangkan diri saya. Saya tak paksa awak untuk terima saya. Saya nak awak terima sebab ikhlas dari hati bukan kesiankan saya. Saya tak mintak awak beri jawapan sekarang. Ambik la masa banyak mana yang awak nak. Saya faham situasi awak dengan perkara yang dah lepas. Saya tunggu jawapan awak."

Saira mencari number plat kereta yang di beritahu oleh Rizman. Cuma ada tiga biji kereta sahaja di tempat letak kereta. Parking berbayar mana ada orang nak letak sangat.

Terbeliak biji mata Saira. Biar betik naik volkswagen beetle yang baru. Bila pak long ni beli. Dah la warna kuning. Tetiba teringat cerita volkswagen kuning. Rasa meremang. Astagfirullahalazim Saira. Kau nak balik jauh ni.

"Besok Kak Jah tengok aku mesti punya dia perli kaw kaw." Kak Jah kawan tempat sekerjanya. Kak Jah pernah terserempak dia dan Rizman. Kebetulan Kak jah bawa anak sedara yang belajar di tempat Rizman mengajar. Hmm apa lagi, duk besok tu kecoh satu ofis. Tak pasal kena sakat. Siara tak ambik hati pun sebab memang tahu perangai Kak Jah tu macam mana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience