Saira terjaga dari tidur. Terasa bahang mentari menyentuh kulitnya. Rumah mak Saira beratapkan zink,bila waktu tengah hari dan pentang akan terasa bahang panas nak pulak sekarang musim kemarau.
"Ya Allah dah pukul dua belas. Macam mana boleh terbabas ni." Selepas solat subuh Saira tidur kembali. Niatnya hanya untuk tidur sekajap saja. Tak sangka sudah tengah hari.
Saira mencari maknya di dapur. Mak Saira sibuk memasak dibantu adiknya Sakina.
"Baru bangun kak ngah." nak sindir aku la tu bangun lambat.
"Eh tak la baru nak tidur." balas Saira. "Kenapa mak tak kejutkan Saira?"
"Dah besar pun takkan orang nak kejutkan lagi." tambah adiknya Sakina. Sakina memang kuat menyakat. Tapi Saira jenis malas layan. Saira dan Sakina kurang rapat berbanding Along dan Syam.
"Sakina tak elok menyampuk bila orang tengah bercakap." Saira senyum sinis. Sakina menjeling. Jeling-jeling cucuk dengan garfu baru dia tahu macam mana rasa jadi Kasim Selamat.
"Mak tengok kamu letih sangat. Itu yang mak tak kejutkan kamu. Kamu balik pun semalam dah lewat. Mesti penat." Selesai kerja terus di pulang ke kampung. Agak lewat dia balik semalam kerana banyak kerja dia perlu selesaikan sebelum pulang.
"Kak ngah! Kak Ina call." jerit Syam.
"Allah budak ni. Serupa nak bagi tau satu kampung." kata maknya. Saira terus mendapat telefon.
"Waalaikummusalam. Hmm ada apa?"
"Aku whatsapp kau. Kau tak bukak eh?" suara Helina agak kelam kabut. Terdengar anak Helina merengek.
"Aku cas fon.Asal kau gelabah semacam je?"
"Tak tadi aku tengok story ig kawan abang Riz. Abang Riz masuk hospital." Saira terkejut.
"Macam mana boleh masuk hospital?"
"Aku tanya kawan abang Riz katanya demam. Suhu tak nak turun.Tu pasal kena tahan dekat wad." hati Saira mula risau bila tahu Riz sakit.
"Pastu kau nak pergi melawat tak?"
"Aku on the way nak pergi Kedah. Sedara aku kahwin."
"Oh ye ke. Tak apa la. Take care."
Saira terpaksa pulang awal. Entah kenapa hatinya risau akan keadaan Rizman. Terpaksa dia tumpang Along kerana keretanya buat hal. Mujur la Along memang nak ke JB.
"Aiyyy.. muka tu risau semacam je. Ada apa-apa ke?" Along mengusik Saira.
"Mana ada.Along ni pandai-pandai je." Saira menepis kata-kata Along.
"Mulut Saira boleh menipu tapi hati Saira tak boleh menipu. Along tengok Rizman tu baik ja tak ada apa yang kurang. Ok apa. Ada ciri-ciri lelaki yang boleh buat suami. Dia pun suka Saira." Saira ketawa.
"Mana along tau? Jangan buat gosip murahan."
"Along lelaki along tahu la. Cara dia pandang Saira. Cara dia ambik berat pasal Saira."
"Eleh lelaki, bagi harapan lepas tu tinggal."
"Tak baik Saira cakap macam tu. Jangan sebab benda lepas, Saira pukul sama rata pasal lelaki. Rizman pernah bagi tahu Along dengan mak yang dia betul-betul sukakan Saira. Mana tau hujung tahun boleh naik pelamin sekali dengan Along. Meriah sikit." Saira tidak menjawab. Dia pilih untuk diam. Biar betik mamat ni dia bagi tahu dekat along dengan mak. Kusut fikiran Saira bila fikir tentang cinta. Kenapa perlu ada rasa perasaan ini. Moga Allah beri petunjuk.
Share this novel