Bab 14

Mystery & Detective Completed 6484

Sepuluh tahun lalu ...

Riuh rendah kedengaran di perkampungan orang asli. Terdengar tangisan kuat dari jauh. Wanita tua itu sedang merantap kesedihan. Beberapa orang wanita sedang menenangkan wanita sudah berumur itu.

"Sudah la mak jangan menangis macam ni. Malu orang dengar." pujuk Samad ketua kampung Dewa. Mata Zainab mencerlung tajam ke arah Samad.

"Yang hilang anak aku bukan anak kau. Kau seronok la Ali hilang. Kau memang tak suka dia dari dulu kan." Samad terkesima dengan ayat maknya. Malu Samad dipandang orang bila mak sanggup berkata sedemikian.

"Nab apa yang kau ni. Samad dah berkerja keras cari adiknya termasuk dengan orang kampung. Dari kampung tengah sampai ke kampung sebelah tak ada siapa yang nampak Ali. Samad pun tetap anak kau Nab." Kasim memandang Zainab. Mata Zainab merah. Air matanya tak henti mengalir mengenangkan anak lelakinya yang tidak pulang sejak semalam. Ali merupakan anak kesayangan Zainab berbanding Samad. Didalam kampung itu hanya Ali seorang saja yang melangkah kaki universiti. Pemuda yang lain hanya kerja di dearah situ saja.Pada orang kampung asli seperti pasti mereka bangga ada anak jati kampung bisa melangkah ke menara gading. Anak-anak kecil menjadikan Ali sebagai idola mereka. Ali seorang yang merendah diri. Dia taat pada mak. Ali sentiasa memberi kata-kata semangat pada Samad saat diperlekehkan oleh Zainab.

Samad hanya diam. Orang kampung yang berhimpun dirumahnya kian beransur pulang. Dia sudah acap kali dimarahi, diherdik, dipukul oleh maknya sejak kecil lagi. Akan tetapi semua itu dia sudah terbiasa.

"Mak, kenapa mak benci dengan aku? Aku bukan anak mak?" Zainab hanya diam. Zainab bangun meninggalkan Samad sendiri di ruang tamu.

Rosnah membawa dulang berisi air kopi. Asap nipis kelihatan.

"Abang, minum dulu."

"Anak-anak sudah tidur?" Samad menghirup air kopi panas perlahan-lahan.

"Sudah bang.Hmm macam mana dengan Ali?"

"Entah la Ros. Puas Abang dengan orang kampung mencari Ali tapi tetap tak jumpa jejak dia." dia juga risau tentang adik iparnya itu. Ali seorang periang. Bila kehilangan Ali agak terasa bagi seisi keluarga.

"Kenapa kau ajak aku jumpa dekat sini." beriya Fauzi mengajak dia datang ke sungai katanya ada benda penting.Fauzi memandang kiri kanan. Risau-risau kalau ada orang terdengar perbualan mereka.

"Sebelum Ali hilang aku ternampak Ali dengan seorang perempuan. Perempuan itu aku yakin Melur. Aku bukan tak nak cerita dekat kau. Tapi aku takut benda yang lepas berulang." sebagai ketua kampung dia turut risau kejadian lepas kembali berulang.

Selepas tiga hari bertemu Fauzi. Seorang penduduk kampung menjumpai mayat Fauzi agak mengerikan. Mata Fauzi di korek, usus Fauzi hilang mungkin sudah di makan oleh sang belang. Operasi mencari Ali dihentikan seketika demi keselamatan penduduk kampung Dewa.

Hari-hari dia di maki oleh ibunya kerana menghentikan percarian Ali. Namun dia tiada pilihan. Keselamatan serta keamanan penduduk kampung Dewa perlu dia jaga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience