Bab 27

Mystery & Detective Completed 6484

Gerakkan mencari Zafran di kampung Bunian bermula. Lelaki yang memberi tahu arah rumah Pak Samad iaitu Peter juga mengikuti. Peter membawa seekor anjing untuk mengesan mayat Zafran. Jauh perjalanan untuk sampai ke sana. Saira hairan bagaimana Zarina ibu saudara kepada Zafran boleh sampai ke sini.

"Kita berehat terlebih dahulu. Masih jauh perjalanan kita." kata Yassin. Matahari kian meninggi. Tanda sudah tengah hari.

Tiba tiba anjing milik Peter menyalak. Masing-masing mata meliar mencari apa yang ditegur oleh anjing Peter.

"Buat macam biasa seperti tiada apa-apa. Mata jangan meliar mencari." Yassin dapat merasakan Awang Hitam sedang memerhati mereka.

"Awak ok?" tanya Rizman kepada Saira.

"Saya ok." Saira tersenyum. Agak lelah kerana perjalanan mereka agak jauh.

"Alhamdulillah kita dah sampai." mereka saling berpandangan. Kawasan itu hanya ditumbuh pokok besar tidak nampak sebuah rumah pun disitu.

Yassin tersenyum pasti mereka tidak nampak apa apa di kawasan itu melainkan pepohon yang kian membesar.Memang kawasan itu tidak dapat di lihat melalui mata kasar tapi hanya mampu di lihat mata batin.

Saira merasakan tempat ini bukan tempat yang dia singgah ketika dia koma. Saira mengucapkan kalimah bismillah berserta doa di dalam hati.

'Ya Allah, engkau maha berkuasa sekian alam. Aku memohon petunjuk mu.Permudahkan lah urusan kami mencari jasad Zafran.Kau bantulah hamba mu yang lemah ini.'Saira memejamkan mata.

"Nanti kalau awak nak cari saya. Saya ada dekat pokok bawah pangkin." sambil Zafran tersenyum. Saira bagai tersedar. Baru dia teringat.

Mata Saira tercari-cari pangkin yang disebut oleh Zafran. Siara cuba melangkah tapi dihalang dengan kata-kata Yassin.

"Jangan berpecah. Awang Hitam sedang memerhatikan kita. Silap langkah mungkin kita tidak akan pulang. Saya nak ingatkan kamu semua. Buat apa-apa atas suruhan saya sahaja. Jangan tertipu dengan apa yang sedang di tayangkan. Itu sekadar khayalan bukan nyata." Yassin memberi amaran kepada mereka. Risau kalau ada yang termakan dengan umpan Awang Hitam.

Langit kelihatan hitam. Yassin meminta Rizman melukiskan bulatan menggunakan kayu. Semua yang ada wajib berada didalam bulatan tersebut. Angin mula bertiup kencang. Yassin membaca berapa surah berserta doa memohon perlindungan dari Allah swt.

Yassin seperti sedang melawan sesuatu. Yassin meminta kepada mereka membaca ayat kursi berulang kali. Peter mampu berdoa cara agamanya.

Entah bagaimana silap Peter. Peter terpandang sesuatu membuatkan dia terpukau. Peter melangkah keluar dari bulatan tersebut.

Rizman cuba menghalang Peter. Namun gagal. Peter berdiri jauh dari bulatan tersebut. Anjing belaan Peter berlari kearahnya. Anjing tersebut seperti marah dengan kehadiran sesuatu. Anjing menyerang Peter. Peter menendang anjing tersebut membuatkan anjing itu tidak bergerak. Hanya bunyi dengusan yang agak keras.

Saira tidak dapat menahan air mata melihat anjing itu menahan kesakitan. Dia tidak dapat melakukan apa-apa. Riak wajah Peter agak menakutkan. Mungkin Awang Hitam sudah menguasai tubuh Peter.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience