Bab 7

Mystery & Detective Completed 6484

Saira dan Zafran berjalan pusing kampung. Saira perasan ada beberapa orang penduduk kampung memandangnya seperti kurang senang dengan kehadirannya. Namun perasaan tu di tepis. Bersangka baik.

"Saya nak tanya sesuatu boleh?" Zafran memandang Saira.

"Boleh tapi saya tak berjanji ada jawapan untuk soalan awak tu."

"Hmm tak apa la tak jadi nak tanya." Zafran senyum "Saya gurau saja.Tanya la."

"Awak tak kerja ke? Selalu je lepak dengan saya" Zafran menggeleng.

"Saya ambik cuti tanpa gaji. Ada hal yang perlu saya uruskan kat sini."

"Oh. awak kerja apa?" belum sempat Zafran menjawab ada sesorang memberi salam.

"Assalamualaikum Zafran." lelaki itu berpakaian baju pagoda berkain pelekat serta bersongkok. Zafran dan lelaki itu bersalam. "Tok ini ketua kampung sini. Tok, ini la Saira yang saya cerita dekat tok." Saira agak terkejut lelaki dihadapannya tampak muda namun mampu menjadi ketua kampung. Selalu yang menjadi ketua kampung mesti peringkat umur lebih tua.

"Oh ini Saira la. Mari kita sembang di laman rumah tok." Zafran mengantur langkah masuk ke laman rumah ketua kampung begitu juga Saira. "Tok mintak maaf la. Isteri tok tak ada. Nak buatkan air tu tok kurang mahir." mata tok memandang Zafran.

"Eh tak apa, tak payah susah-susah." sampuk Saira. Zafran menarik nafas lega.

"Tok ada benda sikit nak cakap dengan kamu berdua. Kamu berdua ada tempoh tinggal disini. Kamu kena cepat-cepat selesai apa yang belum selesai." Saira menanti apa yang ingin dibicara oleh tok ketua. "Tok mintak maaf Saira, bukan tok nak halau kamu. Ada yang menanti, segara lah pulang. Zafran, segara kan urusan kamu.Disini juga bukan tempat kamu." Zafran mengangguk tanda faham.

"Awak, saya tak faham apa yang tok cuba sampaikan dia terlalu berkias kalah orang tua tua. Sampai susah saya nak tafsir."Zafran tersenyum.

"Suatu hari nanti awak akan faham. Dah jom balik. Hari dah nak senja." pelbagai tanda tanya bermain difikirannya. Zafran pun satu semua benda nak rahsia. Nak tanya lebih- lebih, kang dia cakap aku kepoci.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience