Bab 9

Mystery & Detective Completed 6484

Semalam Zafran sudah berjanji akan menceritakan segalanya pada Saira. Saira menanti Zafran di halaman rumah.Hatinya bedebar saat ini. Mata Saira terpadang kelibat Zafran berlari anak ke arahnya.Zafran masih dengan baju sama. "Hisy tak basuh baju agaknya mamat ini." omel Saira.Akan tetapi haruman Zafran sentiasa rasa nyaman.

"Maaf lambat. Saya ada kerja sikit tadi." tidak lekang senyuman dibibir Zafran.

"Tak apa." Saira membalas senyuman Zafran.

"Hari ni saya akan cerita segalanya dekat awak. Saya tak paksa awak untuk percaya. Tapi saya yakin Allah hantar awak untuk bantu saya." dari sinar mata Zafran berharap segalanya akan berakhir. "Sekarang saya nak awak letak tapak tangan atas tanah ni. Lepastu awak pejam mata.Awak jangan risau saya ada dengan awak." tanpa banyak soal Saira mengikut kata-kata Zafran.

"Sekarang awak boleh muka mata." mulut Saira terlopong melihat Zafran dengan seorang wanita yang cantik. Kecil molek orangnya. Nampak sopan ayu saja. Zafran mengisyarat tanda diam.

Camelia menbetulkan tali leher Zafran tampak bahagia pasangan ini, persis pasangan baru berkahwin.Nampak serasi. Bagai pinang dibelah dua.

"Kejap lagi saya kena pergi ofis nak ambik barang tertinggal." Zafran senyum. Hatinya tidak sabar untuk memiliki Camelia. Sungguh dia cintakan Camelia.

"Nak saya teman ke?" Camelia menggeleng kepala.

"Tak payah la. Sebab saya ingat lepas balik dari ofis saya nak singgah rumah mak ngah. Ok la saya gerak dulu. Takut lambat sampai." Zafran melihat jam dipergelangan tangannya. Jam menunjukkan hampir pukul dua petang. Hari ini dia ada mensyuarat penting.

"Hati hati drive kereta. Dah sampai bagi tau saya." Camelia menghadiahkan senyuman sambil membuat isyarat tanda ok. Zafran dan Saira mengikuti langkah Camelia.

"Kenapa kita kat sini?" Saira hairan tadi mereka mengikut Camelia tapi sekarang mereka berada ditepi jalan raya.

"Kejap lagi kereta Camelia akan lalui kawasan ini.Dan dekat sini Cemelia akan kemalangan." Saira kaget. Tiba-tiba bunyi dentuman yang kuat. Menyebabkan kereta Honda civic yang dipandu Camelia berpusing sebanyak tiga kali dan terbabas.

"Awak jangan-jangan itu kereta Camelia. Jom kita tolong dia awak."

"Tak boleh Saira. Itu semua luar bidang kuasa kita. Apa yang saya tunjuk ini hanya gambaran kejadian yang lepas. Awak boleh sentuh mereka tapi mereka tak dapat rasa sentuhan kita bahkan melihat kita.Inilah dimensi ke empat." Saira mengeleng kepala.

"Apa yang awak merepek ni? Saya tak faham." Zafran tersenyum.

"Saya mintak awak sabar kejap. Semuanya nanti akan buat awak faham. Awak cakap nak tolong saya. Sekarang saya akan tunjukkan apa yang telah terjadi."

Wayar dibadan Camelia berselirat. Seseorang sedang berada di sisi Camelia. Zafran tidak dapat menahan air mata melihat keadaan Camelia. Melihat orang yang kita sayang menanggung kesakitan. Zafran memohon doa agar ada keajaiban yang berlaku.

"Sayang, saya datang ni? Saya tau awak dengar suara saya. Sayang bangun. Saya rindu awak. Kenapa benda ni jadi sekalip mata. Saya mintak awak cepat- cepat sembuh sebab tak lama lagi kita akan kahwin." Zafran diam seketika.

"Saya rindu nak luangkan masa macam kita dekat U dulu. Saya tahu saya banyak habiskan masa untuk kerja. Tapi percaya la sayang, saya buat ini untuk kita.Saya tahu awak seorang yang kuat." hatinya terasa sebak. Dia mengumpul kekuatan supaya suara tidak merasa sedih.

"Camelia Adriana binti Mohd Dasuki, saya nak awak tau dalam hati saya hanya ada awak. Cinta sayang saya hanya untuk awak. Saya akan tunggu awak sampai awak sembuh." bisik Zafran pada Camelia. Setelah lama Zafran berada di situ akhirnya dia pulang. Tanpa sedar air mata Camelia mengalir.

Saira memandang Zafran namun tidak ada sedikit riak sedih diwajahnya.

Saira terpandang susuk tubuh yang sangat dia kenali.

"Fahim?" bekas bakal suami tak jadi Saira. Tetapi lelaki itu langsung tidak mendengar panggilan Saira. Fahim bagai tercari-cari sesuatu dimesin bantuan pernafasan Camelia.

"Fahim you buat apa ni?" Fahim cuba mencucuk cecair kedalam tubuh Camelia.Saira cuba menghalang perbuatan Fahim. Tubuh Fahim di tolak namun sia-sia.Saira ibarat halimunan.Saira menangis semahu-mahunya. Kakinya tidak mampu berdiri akhirnya dia jatuh terduduk. Zafran mendekati Saira.

"Kenapa Fahim buat semua benda ni Zafran?" Saira menangis namun Zafran cuba tenangkan Saira.

"Apa yang jadi adalah kehendak Allah. Percaya la Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ada hikmah yang berlaku. Kita balik?" Saira menggeleng kepala. Dia mahu semua benda ni selesai hari ni juga. Saira merenung tajam saat Fahim tersenyum sinis. Hatinya senang kerana kerana kerja nya sudah beres. 'Kau siapa sebenarnya Fahim. Kenapa kau bunuh dia. Aku tak sangka kau manusia bertopengkan syaitan.' bisik hati Saira.

Doktor dan nurse kelihatan cemas melihat keadaan Cemalia. Pernafasan Cemalia juga kurang baik. Akhirnya Camelia menghubuskan nafas terakhir. Waris dihubungi tentang kematian Cemalia. Saira tidak dapat menahan sebak. Zafran nampak tenang. Mungkin air matanya sudah kering untuk tangisi insan tercinta. Redha di hati melepaskan Cemalia pergi menghadap sang pencipta. Namun sikap durjana seorang manusia tidak mampu terlepas daripada balasan Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience