Bab 6

Mystery & Detective Completed 6483

"Assalamualaikum, Saira. Saya nak mintak maaf. Memang ayah awak ada call masa kawan saya ubatkan awak. Tapi masa tu line tak berapa ok. Saya terlupa nak bagitahu awak."Saira masih marahkan Zafran.Kenapa ayah tak benarkan dia pulang. Adakah ayah masih lagi marahkan dia.

"Macam awak tahu nama saya? sedangkan saya tak ada bagi tahu pun." Zafran menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kan semalam awak on call dengan ayah awak. So saya terdengar awak bahasakan diri awak Saira. Hmm nama awak Saira kan?" Saira mengecilkan mata. Saira bertindak seolah-olah hendak memukul Zafran.

"Oh curi-curi dengar ya?"

"Saya cuma dengar awak sebut Saira je." Puas dia mencari signal internet namun langsung tak ada. Nak call pun tak ada line.'Kenapa ayah call boleh asal aku call tak boleh' rungut hatinya.Puas dia dail number keluarganya, tak ada satu pun panggilan boleh keluar. Hatinya benar rindukan ayah. Dia rasa seperti ada sesuatu yang berlaku. Dia harus pulang.

Saira hanya termenung. Makanan dihadapannya langsung tidak dijamah. Zafran perhatikan Saira.
Wajah Saira ditenung lama.

"Apa yang awak menungkan kan? Sampai nak tembus hutan ke sebelah sana. Tak baik termenung depan rezeki atau awak tak suka? nak saya beli yang lain?" Saira menggeleng kepala.

"Saya nak balik. Saya rindukan keluarga saya. Mesti ibu dan ayah tengah tunggu saya." Zafran berhenti menjamah.

"Saya tahu awak rindukan keluarga. Saya pun rindu keluarga. Tapi awak kena sabar kejap. Kereta awak rosak teruk. Makan masa untuk siap. Tapi kalau nak juga balik saya boleh hantar tapi sampai tengah hutan saja. Nak pergi ke jalan besar memang makan masa kecuali ada kenderaan. Lagipun saya masih baru dekat sini tak hafal sangat jalan hutan ni." Zafran berharap sangat Saira tidak mempersoalkan tentang hal mahu pulang. Zafran harus segera bertindak. Hanya Saira boleh membantu dia.

"Kita balik sama-sama nak?Nanti boleh kita jumpa keluarga masing masing." Zafran tersenyum.

"Tak boleh. Selagi masalah belum selesai. Saya tak boleh pulang." Saira tidak mengerti apa yang hendak dibicarakan oleh Zafran. "Suatu hari nanti awak akan tahu tapi bukan sekarang." Saira hanya memilih untuk berdiam tanpa mempersoalkan apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience