Seorang gadis duduk bersimpuh, sopan gaya. Berkebaya ungu muda dan berkain batik. Rambutnya disanggul rapi. Gadis itu sentiasa tersenyum manis.
"Lama tunggu?Maaf Melur lambat." Ali bersila di sebelah Melur. Melur, gadis yang menjadi kegilaan pemuda kampung. Akan tetapi Ali berjaya menawan hati Melur. Melur merupakan gadis dari kampung seberang.
Kisah dia mengenali Melur bermula dia menjejak kaki ke kampung itu untuk bertanding silat. Melur merupakan anak guru silat. Hati Ali tertarik saat melihat Melur menghidang makanan. Dari situ Ali yakin dia sedang jatuh cinta. Setelah beberapa kali bermain mata akhirnya Ali meminta izin pada bapa Melur untuk mengenali Melur lebih rapat. Sikap kesungguhan Ali membuat Ayah Melur memberi kebenaran untuk berkawan dengan anaknya.
Mendengar perkara itu oleh pemuda-pemuda kampung ada kurang senang serta iri hati kerana Ali berjaya memikat hati Melur.
"Tidak mengapa Melur, untuk Melur seribu tahun pun abang sanggup tunggu." Melur mengalih wajahnya ke arah lain.Malu mendengar apa yang Ali katakan tadi.
"Melur,abang ada berita gembira nak bagitahu Melur." wajah ceria Ali dipandang. Melur ternanti apa yang bakal Ali ingin sampaikan.
"Hmm abang dapat kerja dekat ibu kota, dekat syarikat besar.Minggu depan abang dah mula kerja." Senyuman pahit Melur terukir.
"Kenapa Melur nampak sedih. Melur tak suka abang dapat kerja."
"Mesti la Melur suka tengok abang dapat kejar impian abang. Tapi Melur masih belum dapat apa yang Melur nak."
"Ok, apa yang Melur nak? Abang boleh tolong Melur." Mata Ali direnung hingga ke dasar.
"Melur nak Abang. Melur nak ada dengan abang waktu susah senang. 5 tahun Melur tunggu abang dikampung. Sekarang abang dah balik. Lepas ni abang nak pergi lagi." Melur hanya mampu berkias mana mungkin dia mengajak Ali untuk berkahwin. Malu la dia.
"Abang mintak maaf sebab dah buat Melur tertunggu-tunggu. Abang hargai sangat-sangat sebab Melur masih setia menunggu abang.Untuk pengetahuan Melur, abang dah bincang dengan mak pinangkan Melur untuk abang. Insyallah dalam masa tiga bulan kita akan menjadi suami isteri yang sah. Itu pun kalau mak ayah dan Melur setuju." mengalir air mata Melur. Saat yang dinantikan bakal tiba. Penantian bakal berakhir. Ali bakal menjadi suaminya.
Persiapan sudah hampir terlaksana. Wajah Melur sungguh berseri-seri. Lagi tiga hari dia bakal menjadi isteri Ali.
"Abang Ali tunggu kau dekat sungai." bisik Zainab.
"Mana kau tahu?" tanya Melur
"Dali yang bagi tahu aku." Melur bergegas bersiap.
"Aku keluar kejap. Nanti kalau mak ayah aku tanya, pandai-pandai la kau kelentong."
"Melur dah malam. Besok la kau jumpa dia. Bahaya la. Kau tu dah nak kahwin." risau dihati Zainab kalau-kalau terjadi apa-apa pada Melur.
"Jangan kau risau. Lagipun awal lagi ni. Kesian abang Ali tunggu aku dekat sana." Melur tetap berdegil.
Kelibat lelaki sedang berdiri diatas titi membuatkan Melur tersenyum lebar. Melur memberi salam namun salam itu tidak dijawab.
"Lama abang tunggu Melur kat sini. Sejuk. Mujur abang tak jadi ais." Melur ketawa mendengar gurauan Ali.
"Maaf lambat. Melur keluar senyap-senyap takut mak ayah tak kasi keluar. Kenapa muka abang nampak pucat? Abang tak sihat?" Ali memegang wajah.
"Abang sihat. Cuma itulah gementar nak kahwin kan."
"Hmm, jaga kesihatan tau. Risau Melur tengok abang. Ada apa abang nak jumpa Melur." Ali menarik tangan Melur dicium.
"Abang, kalau orang tengok kan tak manis."
"Biar lah orang tengok, lagipun abang dengan Melur kan dah nak kahwin.Abang rindu dengan Melur. Tapi Melur tak sudi nak layan abang. Tak apa la, abang balik dulu." Ali memusingkan tubuh untuk beredar namun ditahan oleh Melur. Ali tersenyum terjerat sudah mengena.
"Ok, Ok... Melur mintak maaf. Melur pun rindu abang. Melur tak sabar nak tunggu hari perkahwinan kita." Ali membelai rambut Melur. Wajah Melur dicium beberapa kali.
"Tapi abang rasa, abang dah tak boleh tunggu Melur." Ali menarik Melur kedalam hutan. Melur bagai lembu dicucuk hidung. Dia mengikut kata-kata Ali. Satu persatu baju Melur dibuka. Melur hanyut dibuai bahtera. Sudah hilang permata yang dijaga. Makin lama Melur merasa sakit terlampau di bahagian alat sulitnya.
Melur membuka mata, alangkah terkejut wajah Ali sudah tiada. Wajah menakutkan sedang merobek isi perutnya. Melur meraung kesakitan. Melur cuba untuk menolak makhluk berbadan manusia berwajah binatang itu.Namun kudratnya sudah tiada. Nafas Melur makin tipis. Wajah Melur dicakar. Akhirnya Melur meninggal dunia.
Share this novel