Bab 3

Mystery & Detective Completed 6430

Sudah seminggu Saira tidak nampak batang hidung Riz. Call whatsapp pun tak ada. Hisy takkan rindu. Bukan ni ka yang aku nak. Telifon Saira berdering. Kemain laju Saira berlari. Namun panggilan tertera membuatkan dia hampa. Ingat Riz.

"Waalaikummussalam, abang long. Saira tengah masak. Ada apa along ?"

"Ya Allah. Teruk ke? Ya Saira balik sekarang." Saira bergegas tutup api dapur. Dia terkejut bukan kepalang bila along bagi tahu abah jatuh bilik air.

Saira terpaksa menggunakan jalan bawah untuk pulang. Hari ni hari kemerdekaan. Jalan jem. Dia guna jalan jarang orang guna. Dia tiada pilihan. Dia mahu cepat cepat pulang. Kejap lagi Saira sampai ayah.

Sedang dia memandu entah bagaimana ada satu kereta menggunakan laluan bertentangan. Saira mengelak akhirnya dia terbabas.

Saira memegang kepala. Ada darah. Kepalanya terasa pening. Dia sempat melihat ada cahaya putih. Akhirnya matanya jadi kabur dan dia pengsan.

Saira bagai tersedar dari mimpi. Kepala dipegang. Sakit teramat sangat.

"Awak jangan bergerak. Awak tak sihat lagi." kata lelaki berbaju sweatshirt kuning.

"Awak ni siapa? saya dekat mana?" lelaki itu tersenyum

"Saya Zafran. Awak dekat rumah saya. Saya jumpa awak dekat jalan bunga melur. Awak kemalangan. Saya nak bawak pergi hospital tapi jauh.Dah cuba call ambulan tapi line tak ada. Tapi awak jangan risau. Kawan saya dah ubatkan awak. Dia cakap dahi awak luka sikit je. Awak rehat dulu." Saira menarik nafas lega.

"Terima kasih. Mintak maaf sebab saya dah susahkan awak. Tapi saya nak balik. Ayah saya tak sihat." lelaki itu tersenyum manis. Kulitnya cerah. Mata bundar. Hidungnya mancung. Mungkin ada kacukkan arab.

"Tapi awak tak sihat lagi ni.Takkan awak nak balik dengan keadaan macam ni bahaya. Lagi pula kereta awak rosak. Tapi awak jangan risau saya dah hantar ke bengkel. Saya nak hantar awak pun tak boleh sebab kereta dekat luar tu tak boleh jalan jauh. Kereta lama. Bab ayah awak. Awak jangan risau nanti mesti dia contact awak. Percaya la. Sekarang awak rehat dulu. Nanti saya pergi beli makan dekat warung hujung sana." Kepala Saira terasa berdenyut. Matanya lali. Akhirnya di terlena kembali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience