" KAU cakap kau tak nak dah balik pada Harris. Sayang nak lepaskan sebab Harris tu berduit?", sinis sahaja soalan Rabiatun sambil tangannya mengupas buah mangga muda. Gigihlah dia ke pasar tani tadi bila Afiqah sibuk mahu makan buah itu. Tak mahu pula dia menyuruh Harris carikan.
" Kau ingat aku orang macam tu ke Atun?",
" Habis. Sebelum ni bukan main berkeras lagi tiba-tiba kau setuju rujuk. Kau tak takut ke kalau Harris tu cuma nak mainkan perasaan kau je. Lepas kau bersalin dia ambil anak kau. Lepas tu ceraikan kau lagi sekali. Bukan boleh percaya si Harris tu. Otak tak centre. Buatnya dia balik pada Kak Lia. Nak pula kau duduk sini dia duduk sana. Janda dia tu boleh jumpa si Harris tu hari-hari", kasar bahasa Rabiatun.
" Anak ini anak dia. Bukan anak aku seorang. Janda dia tu kakak aku Atun", perlahan suara Afiqah.
" Cakap dengan aku Iqa. Apa sebenarnya rancangan kau ni. Aku kenal kau bukan sehari dua lah. Aku tahu ada sesuatu ni", tanpa sedar pisau di tangan di tunjuk di hadapan Afiqah.
" Apa ni oi. Pisau tu. Cucuk mata aku ni nanti",
Rabiatun terus ketawa melihat wajah tidak selesa Afiqah di hadapannya. Manalah tidak cuak bila pisau disuakan di depan muka.
" Kak Lia?", soal Rabiatun masih tidak berpuas hati selagi Afiqah tidak berterus terang dengannya.
" Bukan..",
" Habis tu?",
" Entahlah. Ajaib tiba-tiba je aku berubah hati. Harris hembus-hembus aku kot", balas Afiqah bersahaja sambil tangannya mengambil hirisan mangga dan dicolek pada kicap yang berisi gula dan garam. " Hmm..sedap bangat",
" Harris hembus kau ke kau hembus Harris. Bukan main merayu bagai aku dengar nenek cakap",
" Sama- sama hembus", Afiqah ketawa dengan bicaranya namun disambut dengan wajah mencuka Rabiatun.
" Apa-apa pun keputusan kau aku sokong je Iqa. Kau yang akan hidup dengan dia nanti. Cuma aku akan warning si Harris tu. Kalau lepas ni dia sia-siakan kau lagi macam sebelum ni. Tahulah apa aku nak buat. Aku akan sialkan dia", sengaja perkataan sialkan diucap dengan suara yang dikuatkan dan dikeraskan.
Kuat ketawa Afiqah mendengar bicara Rabiatun apatahlagi bila sengaja Rabiatun mencucuk biji mangga beberapa kali.
" Kau ni kalau kahwin mahunya mati suami kau kalau buat hal",
" Lelaki kalau dah kahwin buat cara dah kahwin. Tahu tanggungjawab. Ini tidak. Kahwin pandai lepas tu tak pandai cari nafkah. Amboi banyak cantik. Bini kau bersengkang mata kerja kilang kau pulak duduk saja kat rumah. Pergi matilah jantan tak guna", marah Rabiatun.
" Fasal Mira dengan Talib lagi?", soal Afiqah.
" Siapa lagi. Jantan tak guna tu lah. Kalau aku jadi Mira dah lama aku ceraikan suami tak guna tu. Dari hidup teraniaya macam tu. Sihat walafiat bukan sakit kronik. Lain lah kau stroke ke tak boleh kerja. Eh. Tak boleh betul aku. Nasib baik si Harris ni rajin kerja. Kalau tak..Memang aku ..", sengaja tidak dihabiskan ayatnya.
" Kau nak buat apa pada Harris?", sengaja Afiqah mahu melayan bualan Rabiatun.
" Kerat anu dia lah",
Terus Afiqah ketawa kuat. Lebih kuat dari tadi. " Biol lah kau ni Atun. Meranalah batin aku kalau macam tu",
" Biarkan", Rabiatun terus bersahaja.
" Nanti kita pergi melawat Mira. Aku selagi si Talib tu jenis tak angkat tangan aku okay lagi. Kalau Talib tu jenis kaki pukul siaplah aku takkan biar Mira tu kena buli dengan laki macam tu",
" Hmm..buah ni tak rasa masam dah. Aku rasa panas berapi buah mangga ni Atun",
" Makan. Biar berapi badan kau. Harris tu buat hal lagi kau hembus api tu biar terbakar muka kerek dia tu",
Afiqah tergelak. Dengan Rabiatun memang Harris suka buat muka kerek kerana Rabiatun suka sangat buat muka tak puas hati dengan lelaki itu.
PETANG itu elok sahaja Rabiatun balik Harris tiba. Afiqah yang masih di pangkin hadapan rumah hanya memandang sekilas kemudian dia terus mencapai telefon dan menatal skrin yang terlayar video masakan.
" Teringin nak makan daging black paper ke tengok video masakan tu?", tegur Harris tanpa salam.
" Tengok video masakan tak semestinya sebab teringin nak makan", balas Afiqah bersahaja tanpa memandang lelaki itu.
" Atun belikan ke?", soal Harris apabila melihat mamgga muda yang sudah hampir luak dimakan.
" Hmm..",
" Kenapa tak beritahu abang nak makan mangga. Kan abang dah beritahu nak makan apa-apa cakap pada abang. Abang belikan", lembut sahaja suara Harris sambil duduk di birai pangkin mengadap Afiqah.
" Malas", langsung tidak memandang Harris di hadapannya.
" Sayang..Lepas ni cakap dengan abang. Abang ada kan", kali ini nada memujuk pula. " Nenek mana ni?",
" Rumah Kak Madiha",
" Iqa okay hari ni? Muntah teruk lagi tak?", soal Harris prihatin. Sebenarnya dia tahu sahaja keadaan Afiqah kerana setiap pagi dan petang dia datang melawat isterinya ini.
" Okay sikit dari semalam" , matanya masih menatal skrin.
" Alhamdulillah. Tapi muka Iqa masih nampak pucat lagi tu. Jom naik berehat atas rumah",
" Kat sini berangin",
" Hmm..", Harris menggumam sambil matanya tidak lepas dari memandang wajah Afiqah. Leka dia memandang sehingga telinganya terdengar Afiqah bercakap dengan nada agak kuat.
" Iqa cakap apa?",
" Mata tu boleh tak kawal sikit", sindiran Afiqah buat Harris ketawa kecil.
" Sentuh pun tak berdosa apatahlagi kalau setakat abang pandang sayang",
Afiqah mencebik. Semenjak mereka sama-sama setuju untuk kembali sebagai suami isteri, bibir Harris sentiasa memanggilnya sayang. Ingat romantik? Geli tahu tak!
" Kenapa tak bawa Atiya?", soal Afiqah kerana sejak dua minggu Harris datang ke sini Atiya langsung tidak ikut sama.
" Dengan Lia",
" Selalu ke Kak Lia ambil Atiya?",
" Tak juga. Biarlah dia ambil asalkan dia tak teruskan niat dia nak bawa Atiya dari sini", tanpa sedar Harris membuka cerita.
" Kak Lia nak ambil Tiya?", agak terkejut nada suara Afiqah. Kali ini barulah dia memandang wajah Harris
" Hmm..Tapi abang tak bagi. Bukan main terkejut bila Lia nak ambil Tiya ya. Kalau Lia nak ambil abang?", sengaja Harris mahu menguji.
Afiqah menjeling. " Lantaklah", balasnya mula mengemas pinggan yang digunakan.
" Eh..nanti. Dah lah tak jemput abang makan sekali. Lepas tu nak simpan pula",
" Awak bukan suka makan masam-masam",
" Abang nak raikan Iqa. Kejap..Jangan simpan lagi. Abang nak makan", dia bangun menuju ke paip air di tepi pagar.
Afiqah hanya memandang batang tubuh yang sedang berjalan. Sejak mereka rujuk semula setiap hari Harris datang ke rumah ini. Setuju seperti permintaan Afiqah yang mahu tinggal bersama neneknya. Walaupun berat hati Harris mahu mengizinkan tetapi diikutkan juga demi memenangi semula hati isterinya. Barulah Harris tahu keras juga hati Afiqah.
Usai membasuh tangan Harris melabuhkan punggung di birai pangkin. Dicapai sekeping mangga muda dan dicolek sedikit kicap yang terhidang lalu disuakan ke mulut.
" Ya Allah masamnya rasa dia sayang", berkerut dahi Harris.
" Siapa paksa makan. Awak sendiri nak makan kan",
Harris tersenyum dengan sindiran Afiqah. Biarlah. Dia tahu Afiqah masih marahkannya. Cukuplah sehiris mangga masuk ke mulut kemudian dia bangun.
" Jom. Naik rehat kat dalam",
" Biar je lah saya dekat sini. Awak tu pergilah balik. Lama-lama kat sini buat apa entah",
" Iqa halau abang ke?",
" Baguslah kalau faham",
Harris ketawa. " Tapi abang tak nak faham",
Afiqah bangun. Dia mahu berlalu namun kepalanya terus terasa pening. " Hmm..Tengok..", cepat Harris menarik tubuh Afiqah dalam pelukannya.
" Lepaslah. Tak sukalah", kasar dan keras lagaknya walaupun dalam pening dia tetap mahu menolak pertolongan lelaki itu. Namun Harris malas mahu melayan dan terus mencempung tubuh isterinya.
" Diam", keras juga suara Harris apabila Afiqah meronta keras mahu melepaskan diri. Terus terdiam Afiqah dan mencuka wajahnya. Entah kenapa hatinya tersentuh dengan suara keras Harris. Kaki Harris terus melangkah menuju naik ke rumah. Bilik dituju dan tubuh isterinya diletakkan perlahan di dada katil. Kemudian terus sahaja Afiqah mengiring membelakangkan tubuh Harris.
" Abang tak marah Iqa pun", punggung dilabuhkan di birai katil sambil tangannya menyentuh lembut bahu isterinya.
" Pergilah balik", cepat ditepis tangan lelaki itu.
" Abang tunggu nenek balik. Sayang nak apa-apa tak abang ambilkan",
" Tak nak. Pergilah balik",
Harris tersenyum melihat rajuk isterinya. " Okay abang minta maaf. Abang tak marah Iqa. Abang bimbang Iqa pengsan macam hari tu je",
" Pergilah balik", kali ketiga dia mengulang ayat itu. Harris bangun dan sempat juga dia menciumi sisi hujung kening Afiqah. " Sayang rehat. Abang tunggu dekat luar. Nak apa-apa panggil abang okay", segera dia berlalu keluar dari ruang bilik.
Tubuhnya disandarkan pada badan sofa. Kemudian dipalingkan wajahnya ke arah bilik. Permintaan Afiqah untuk tinggal di rumah Hasnah diturutkan sahaja. Jadi terpaksalah dia berulang alik setiap hari ke sini. Mujur juga cuma 10 minit sahaja masa perjalanan rumahnya dengan rumah Hasnah.
Lama juga dia menunggu kepulangan Hasnah. Sedang dia menatal skrin telefon bunyi panggilan masuk terus dijawab.
" Ada apa Zan?",
" Kau kat mana",
" Rumah nenek ni. Kenapa?",
" Budak Indon ni kena patuk ular senduk. Aku nak pergi hospital ni",
" Siapa",
" Budi",
" Hmm..Apa-apa beritahu aku", usai mematikan talian Harris terus bangun menuju ke bilik. Senyum terukir apabila melihat Afiqah yang terlena. Langkah diatur dan terus sahaja dia berbaring di sebelah isterinya. Wajah Afiqah direnung. Seketika dia tersenyum sendiri.
Maafkan abang kerana pernah sia-siakan Iqa selama ini. Abang takkan sia-siakan Iqa kali ini. Abang akan berikan Iqa selayaknya cinta suami kepada seorang isteri.
Happy reading..
Share this novel