BAB 4

Romance Series 107602

BEG pakaiannya telah siap dikemas. Dia cuma menanti Hasnah pulang dari masjid sahaja sebelum bertolak ke Kuantan. Namun ketika mahu mengangkat beg keluar dari bilik jantung Afiqah bagai mahu terkeluar apabila melihat Harris di hadapan pintu biliknya.

" Terkejutlah. Nak apa datang sini? Suka hati je masuk rumah orang! ", kuat suara Afiqah. Jelas dia sedang marah dek kerana terkejut melihat lelaki itu tiba-tiba menjelma di hadapan mata. Tiada bunyi langsung! Jalan tak jejak bumi ke apa? Lagi marah kerana sesuka hati sahaja lelaki itu masuk ke rumah ini.

" Nenek cakap Iqa mengandung. Kenapa tak beritahu saya", tiada basa basi Afiqah terus diterjah dengan soalan.

Afiqah menjerit dalam hati. Nenek!!! Haish nenek ni kan langsung tak boleh beri kerjasama betul. Dah cakap jangan beritahu Harris! Makin kita halang makin dia buat pula! Nasib nenek yang aku sayang. Kalau orang lain aku dah karate!

" So?", Afiqah berlagak bersahaja.

" Kenapa Iqa tak beritahu saya yang Iqa mengandung?", Harris ulang semula soalan tadi. Lembut sahaja suara lelaki itu. Ya dia akui Harris sebenarnya jenis lelaki tenang. Pernah sekali sahaja lelaki itu meninggikan suara padanya dulu.

" Dia tak perlukan ayah. Cukuplah saya ada sebagai ibu dia", Afiqah mula melangkah ke ruang tamu yang lebih terbuka. Dia bimbang pula Harris akan bertindak bukan-bukan jika berada di hadapan biliknya.

" Siapa kata seorang anak tak perlukan seorang ayah",

" Kita dah berpisah Harris. Buat cara kita dah berpisah. Saya dah tak nak ada apa-apa hubungan lagi dengan awak. Anak ni pun kalau ikutkan saya tak nak", dia merepek mahu menyakitkan hati lelaki itu.

" Astaghfirullahaladzhim. Istighfar Iqa",

Afiqah mendengus. " Awak datang sebab anak ni ke?",

" Ya. Sebab saya ayah dia",

" Ayah..", Afiqah mencebik. Berbulu pula telinganya apabila Harris mengaku ayah.

" Iqa masih dalam iddah. Kita rujuk", suara Harris mengejutkan Afiqah. Namun dia mahu terus keraskan hatinya. Dia tidak mahu Harris mengambil kesempatan di atas kelembutan hatinya seperti sebelum ini.

" Tak nak",

" Kenapa tak nak?",

" Banyak sebab. Yang utamanya saya dah tak nak ada sebarang hubungan lagi dengan awak Harris Ismail",

Harris bangun dan berdiri di jendela yang terbuka. Mengintai ruang simpanan basikal. Melihat basikal elektrik milik Hasnah tiada jadi dia tahu Hasnah masih belum balik dari pengajian Al Quran di masjid. Tanpa amaran Harris mendekati dan mencempung tubuh Afiqah. Terjerit- jerit Afiqah sambil meronta kasar kerana tidak suka dengan perbuatan lepas laku lelaki itu.

" Awak nak rogol saya ke Harris?", kuat suara Afiqah apabila tubuh Afiqah sudah diletakkan di atas dada katil. Harris tersentak dengan tuduhan wanita itu. Tidak. Dia takkan pilih untuk jadi lelaki begitu.

" Saya rujuk Iqa. Kita bersama semula sebagai suami isteri ya", masih tenang suaranya.

" Senang je kan. Tak nak buang. Nak ambil. Awak ingat saya ni apa Harris. Bola. Boleh tendang sana sini. Jangan harap saya akan terima. Saya tak nak", pekik Afiqah. Biar. Biar Harris tahu kedegilannya. Jangan ingat aku akan kalah dengan permintaan dia.

" Kita ke mahkamah esok untuk proses rujuk", Harris cepat berlalu keluar. Dia bimbang jika lama lagi di sini lain pula yang dibuatnya. Dia pun bukanlah penyabar dan kuat iman sangat.

Afiqah bengang. Lelaki ini memang tak faham bahasa kan. Dia bangun dan menarik belakang baju Harris sehingga terhenti langkah kaki lelaki itu. " Awak jangan ingat awak banyak duit. Awak ada kawan peguam. Kawan dekat jabatan agama tu saya akan diam Harris. Saya akan tolak rujuk tu. Saya akan bagi sebab yang tak terjangkau di fikiran awak", ugut Afiqah.

Harris berpaling. " Saya cuma nak Iqa kembali jadi isteri saya. Tu je", kendur suara Harris saat dia berpaling.

" Saya tak nak! Saya tak nak! Faham tak! Saya tak nak", Afiqah terus menjerit kuat bagai hilang akal sehingga tubuhnya mula longlai. Mujur sempat disambut Harris.

" KENAPA sampai pengsan ni Iqa?", soal Hasnah saat Afiqah membuka mata.

Mata Afiqah meliar melihat sekeliling. Tiada Harris di situ. Dia terasa hampa. Namun apabila Harris masuk ke bilik hatinya mula berasa jengkel dan meluat pula.

" Sayang dah sedar?", tegur Harris.

Ah! Sayang? Sejak bila pula lelaki ini memanggilnya sayang. Buat tabiat nak mati agaknya! Hatinya terus menggerutu.

" Minum air ni", Harris menghulurkan segelas air putih kepada Afiqah. Ya. Dia benar-benar dahaga. Agaknya tenaganya habis kerana terjerit-jerit tadi. Air putih diteguk beberapa kali sehingga habis segelas. Gelas dihulur semula kepada lelaki itu.

Afiqah kurang selesa apabila kedua orang di hadapannya memandang sahaja wajahnya.

" Nenek tak payahlah pandang Iqa macam tu. Iqa tak suka lah",

" Masalahnya kamu berdua buat apa sampai Iqa pengsan-pengsan", Hasnah menjeling tajam kedua tubuh di hadapannya.

" Kami tak buat apa nek. Rris cuma datang pujuk Iqa untuk rujuk semula",

" Rujuk? Alhamdulillah. Syukur",

" Tapi..Iqa tak..", Afiqah cuba membalas.

" Iqa belum setuju nek", Harris cepat mencelah bicara Afiqah. Dia akan menggunakan peluang ini untuk membiarkan Hasnah membantunya. Dia tahu Afiqah akan kalah dengan permintaan nenek yang menjaganya sejak kecil.

" Iqa tak setuju? Rujuk hak suami Iqa. Cuba Iqa bagi Rris peluang Iqa. Harris tahu tanggungjawab dia pada anak yang kamu kandung ni",

" Rujuk sebab anak? Bukan sebab Iqa", selamba sahaja dia membalas.

" Saya tahu salah saya terlalu ikutkan emosi dan perasaan sehingga abaikan perasaan isteri saya",

" Maaf. Saya bukan lagi isteri awak",

" Saya nak kita jalani hidup macam suami isteri lain. Iqa tak sudi?",

" Tak..Tolonglah nek. Tolonglah Rris. Saya dah tak boleh nak teruskan hubungan ni. Awak jangan risau fasal anak ni. Saya akan lahirkan dia dan jaga dia sebaiknya. Saya akan izinkan awak jumpa dengan dia", rayu Afiqah.

" Tapi..umi kan sayang ayah. Tak boleh ke umi berbaik semula dengan ayah", suara tangisan Atiya yang tiba-tiba menjelma di pintu bilik mengejutkan semua. Atiya terus memeluk tubuh Afiqah yang sedang bersandar di kepala katil. Tangan Afiqah terus mengelus lembut kepala anak itu. Masing-masing saling memandang.

PUJUKAN demi pujukan langsung tidak diendahkan Afiqah. Siapa yang tidak memujuk. Harris. Atiya. Hasnah malah Salmiah ibu mertuanya juga langsung dia tidak peduli seakan patah hati sangat. Keputusannya untuk ke Kuantan pula ditangguhkan seketika kerana keadaanya yang sedang mabuk teruk sehingga langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma dipaksa rehat oleh Hasnah dan mujur juga dibenarkan Atiya untuk datang menemaninya.

" Mak tahu Iqa terasa hati dengan Harris kan", soal Salmiah datang melawat pagi itu kerana aduan Atiya menyatakan yang Afiqah asyik muntah sehingga begitu lemah. Mahu ke bilik air pun dipapah Hasnah.

" Bukan macam tu mak. Iqa tak nak Abang Harris buat keputusan ini hanya sebab rasa bersalah pada Iqa mak. Abang Harris berhak bahagia dengan Kak Lia. Lama abang tunggu Kak Lia mak", sebenarnya dia malu juga apabila ibu mertuanya mula campur tangan dalam hubungannya bersama Harris.

" Tapi sekarang abang nak Iqa", Harris muncul juga setelah lama mencuri dengar perbualan Afiqah dan Salmiah.

" Mak tinggalkan kamu dengan Iqa ni. Jangan buat bukan-bukan pula", amaran dari Salmiah Harris sambut dengan senyuman sahaja.

Salmiah bangun menuju ke dapur membiarkan Afiqah dan Harris terus berbincang.

" Awak nak saya sebab anak ni je kan? Tak payahlah Harris. Ya anak ini anak awak dan awak berhak ke atas dia tapi bukan lagi ke atas saya",

" Bagi peluang pada abang. Kita perbaiki semula hubungan kita. Hmm..", Harris masih memujuk.

" Kenapa awak berubah fikiran tiba-tiba Harris? Bukan sebelum ni awak nekad nak balik semula pada Kak Lia. Tapi bila dengar saya pregnant awak berubah hati? Kalau saya tak mengandung awak takkan beria pujuk saya macam ni kan", Afiqah menyoal berani. Ya dia perlu tahu.

" Ya. Sebab Iqa mengandung. Anak itu zuriat abang. Pewaris abang. Tanggungjawab abang. Abang tak nak nanti dipersoalkan di akhirat kerana abaikan anak abang",

" Abaikan isteri?",

" Abang pernah abaikan ke tanggungjawab abang pada Iqa selama kita suami isteri. Zahir batin abang beri. Kalau tak Iqa takkan mengandungkan?",

Ah! Sakit pula hatinya dengan jawapan lelaki ini!

" Kak Lia?", soal Afiqah pula tetap mahu lelaki itu terus memberikan jawapan yang buat dia berpuas hati.

" Kenapa dengan Zahlia?",

" Awak sendiri yang cakap dengan saya awak nak balik semula pada dia. Kita berpisah sebab awak nak balik pada dia. Sekarang kita dah berpisah pun. Buat apa nak balik semula pada saya. Andai kata awak nak saya terus dengan awak, awak tak boleh dengan Kak Lia. Awak pun tahu dan faham hukum dalam agama kan",

" Sebab Iqa mengandungkan anak saya..Itu alasan yang cukup kukuh untuk saya nak Iqa",

Afiqah ketawa kecil. " Kemudian apa Harris? Kita rujuk. Lepas saya lahirkan anak ini awak ceraikan saya semula dan balik pada Kak Lia? Mengarut semua ni. Dahlah. Tak payahlah awak datang sini pujuk saya ke. Gunakan Atiya, nenek dan mak untuk pujuk saya lagi. Saya tetap tak mahu balik pada awak Harris",

" Iqa sayangkan abang kan?", soalan Harris dengan redup pandang wajahnya buat Afiqah terkaku.

" Tak guna dah semua tu. Itu dulu. Since awak cakap awak nak kembali semula pada Kak Lia hati saya dah hilang semua rasa tu", Afiqah mula bangun dari duduknya tadi.

" Kita mulakan semula sayang", kali ini tangan Afiqah dicapai dan dielus lembut jemari itu.

" Dont you ever touch me", terus direntap tangannya. Kerana tindakan kasarnya itu buat kepalanya kepeningan dan hampir sahaja dia rebah. Namun sempat Harris memaut tubuh lemah itu.

" Nampak tak Iqa perlukan abang untuk lalui semua ini", ujar Harris saat tubuhnya dibaringkan di sofa.

" Saya tak perlukan awak Harris", dalam pening masih sempat dia menjawab.

" Kalau Iqa tak nak buat semua ni sebab abang Iqa buat sebab baby kita. Iqa nak dia lahir nanti tak ada ayah?",

" Awak boleh je datang sini tengok dia jumpa dia. Saya takkan halang dan saya takkan nafikan hak awak sebagai ayah dia",

" Tapi abang tak nak macam tu",

Afiqah diam. Sudah berminggu juga Harris memujuk tanpa kenal erti putus asa. Dia boleh sahaja memaksa kerana rujuk itu hak suami dan dia dah lafazkan pun dia mahu merujuk. Cuma aku. Aku yang terus berkeras.

Tangan duduk dan tangannya menyentuh dan mengusap lembut perut Afiqah. " Abang sayang dia. Dan abang akan sayang umi yang kandungkan dia", mata Harris memandang tepat wajah Afiqah. Dia mahu Afiqah tahu dia bersungguh kali ini.

Happy reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience